Chapter 34

10.6K 429 19
                                    

"Okay, that's all for today from me. Hope can see you guys tomorrow and thank you for attending this meeting." Mesyuarat itu diakhiri dengan ucapan terima kasih.

Seramai 21 orang yang hadir mesyuarat itu mula bangun dan bersurai setelah selesai berjabat tangan dengan ketua mereka.

Rizal yang berada diluar bilik mesyuarat melangkah masuk ke dalam ruangan besar itu dan berdiri mengadap Prince Adrique. Tundukan hormat diberikan.

"Kenapa?" Soal Adrique sementara tangannya masih melekat pada tetikus untuk menyimpan dokumen syarikat di dalam laptop.

Rizal memerhati sekeliling terlebih dahulu ingin memastikan semua sudah keluar. Setelah semua sudah pergi, matanya kembali fokus pada anak raja itu semula.

"Hujung minggu ni Cik Rose akan bertunang dengan sepupu Cik Rose sendiri." Kata-kata anak buahnya itu berjaya menghentikan tangan kanannya yang bergerak. Berdesing telinganya saat mendengar berita itu.

"Siapa yang sampaikan berita bodoh ini pada kau?" Suara Adrique keras saja bunyinya waktu itu. Wajahnya sedikit demi sedikit mula tegang.

"Badrul." Dia yang berdiri secara membongkok terus mengepal penumbuk kemudian ditumbuk meja mesyuarat. Bunyi saja nama Badrul, anginnya bertambah naik kerana lelaki berketurunan cina itu tidak pernah menipu dirinya. Segala yang disampaikan Badrul, semua dia percaya. Badrul ialah seorang yang boleh dipercayai berbanding pengawal peribadinya yang lain.

Sebelum ini dia boleh terima yang gadis itu mula rapat dengan lelaki yang bernama Adam tapi kalau dah masuk bab bertunang ini, jangan harap dia akan biarkan begitu saja.

Dia selalu stalk Dahlia melalui aplikasi instagram tetapi dia tidak pernah follow akaun gadis itu bimbang jika ayahandanya dapat mengesan perkara itu.

Dahlia sentiasa memuat naik gambarnya bersama seorang lelaki bernama Adam. Senyuman bahagia Dahlia apabila bersama Adam membuatkan dia terlalu cemburu.

Adam. Dia yakin bahawa salah seorang sepupu lelaki Dahlia itulah yang akan menjadi tunang gadisnya kerana Dahlia hanya rapat dengan lelaki bernama Adam itu saja.

Dia mengangkat muka memandang lurus ke hadapan. Sel-sel otaknya mula berhubung memikirkan cara untuk membatalkan majlis yang tidak berguna baginya.

"Lusa balik Hirland." Seperti biasa, perintahnya akan diturut. Rizal membongkok bagi menghormati Yang Amat Mulia lalu dia mengatur langkah keluar dari ruangan yang cukup luas itu.

Adrique melabuhkan punggung di atas kerusi cuba menenangkan dirinya yang agak gelisah. Tahulah dia apa yang ingin dilakukannya nanti. Yang pastinya, jika dia tidak dapat Dahlia, yang lain pun turut sama.

....................

Jendela bilik dibuka luas serentak itu angin malam yang dingin mula menyapa kulit putihnya. Angin segar itu seakan telah merawat keletihannya akibat berhempas-pulas di dapur warung milik keluarganya tadi.

Puan Zahirah sentiasa melarangnya supaya tidak menolong wanita itu di warung kerana kata ibunya, lelahnya setelah pulang dari tempat kerja masih lagi tersisa. Dia tidak pedulikan semua itu asalkan ratu hatinya bahagia.

Azamnya untuk tahun ini adalah dengan menghadiahkan Puan Zahirah sebuah kereta. Kesian juga melihat wanita itu yang ke mana-mana menaiki motor dibawah terik mentari. Jadi, dia harus mengumpul duit sebanyak mungkin.

Telefon pintar diambil dari dalam poket seluar tiga sukunya kemudian skrin dinyalakan. Akaun intagram kepunyaannya dibuka. Gambar pertama yang menyapa penglihatannya ialah seorang lelaki sedang membuat pembentangan yang ditulis caption 'Done my presentation for today.' Gambar itu di memuatnaik pada hari kelmarin.

"Oh dia dekat Moskow sekarang. Jauhnya.." Tanda tempat diatas gambar itu membuatkan dia tahu keberadaan lelaki itu.

Dia menekan butang tengah telefonnya untuk kembali ke skrin utama. Perlahan kakinya diatur ke katil lalu dilabuhkan punggung di birai katil yang hanya muat seorang itu. Keluhan kecil dilepaskan.

Mengapa dirinya berasa bahawa dia pernah berhubungan dengan jejaka di dalam gambar tadi? Apa kaitan dia dengan lelaki itu? Saudara? Sudah semestinya jauh sekali. Terus?

Mata violet yang dia tatap di majlis ulangtahun lelaki itu seperti dia pernah lihat sebelum ini. Bukan di dalam gambar tetapi secara muka ke muka.

Dan cara lelaki itu pandangnya juga bagaikan ada satu maksud yang tersirat disebalik pandangan itu atau..dia yang kuat berangan saja?

Dahlia menggeleng cuba mengusir syaitan yang sedang menghasut fikirannya. Kepala direbahkan ke atas bantal. Setelah beberapa minit, matanya makin memberat lalu tertutup rapat.

Di luar sana, ada seseorang yang tengah memerhati sambil berpeluk tubuh. Kesian dia melihat gadis itu yang seperti sedang kusut memikirkan sesuatu.

Dia pasti yang telah mengganggu fikiran gadis itu adalah perkara yang disorokkan selama ini daripada pengetahuan Dahlia.

Mahu atau tidak, perkara ini perlu dirahsiakan demi keselamatan gadis itu juga. Dia yakin bahawa ada 2 keping hati yang sedang menanggung perit sekarang ini.

Tiba-tiba poket seluarnya bergetar menandakan ada yang menelefon. Panggilan itu diangkat setelah mengetahui si pemanggil.

"Kau dekat mana sekarang?"

"Di depan rumah Cik Rose, Prince Rique."

"Good. Jaga dia dan ibu dia sekali sementara aku dekat Moskow sekarang ni. Esok petang aku sampai Hirland. Jangan bagitahu ayahanda yang aku balik."

"Baik Prince Rique."

"Rose dah tidur?"

"Dah, baru saja tadi. Prince Rique, saya kesian tengok Cik Rose."

"Kenapa?"

"Cik Rose nampak serabut sangat. Cik Aida pun ada bagitahu saya yang Cik Rose tergapai-gapai cari jawapan tentang sebulan lepas. Cik Aida cakap, lepas saja Cik Rose sedar dari koma, Cik Rose terus tercari-cari Prince Rique."

Lama pemanggil dihujung sana mendiamkan diri mungkin berasa bersalah dengan tindakannya.

"Prince Rique?" Badrul memanggil bagi menyedarkan Prince Adrique.

"Badrul..I love her more than myself. I miss her so bad. Kenapa ayahanda buat aku macam ini? Halangan bodoh ini buat aku terseksa untuk lalui, kau tahu tak? Ergh!!"

Esakan kecil si pemanggil terdengar di corong telefon yang membuktikan bahawa anak raja itu benar-benar menanggung derita dalam menempuhi cabaran untuk mendapatkan hanya sekuntum mawar putih.

"Prince Rique, hanya selangkah saja lagi yang perlu Prince Rique lalui. Prince Rique kena perbanyakkan bersabar dan berdoa supaya dipermudahkan segala urusan. Allah takkan menduga hambaNya jika diluar kemampuan kita."

Sejak menjalinkan hubungan dengan Aida lah dia berubah menjadi baik begini. Sekarang, solat fardhu pun sudah terjaga. Dulu ke laut rasanya.

"Ini mesti kes kau bercinta dengan si budak nama Aida itu kan? Macamlah aku tak tahu. Dulu tak pernah-pernah bagi ceramah free pada aku. Diam-diam ubi berisi kau rupanya."

Badrul tersentak. Terkantoi juga rahsianya.

"Err..Prince Rique, saya kena tutup tingkap bilik Cik Rose dulu bimbang pula nyamuk masuk berjemaah. Nanti kalau Cik Rose kena demam nyamuk ke apa, Prince Rique juga yang susah hati. Saya letak dulu ya?"

Tanpa menunggu balasan daripada Prince Adrique, dia terus mematikan panggilan takut pula jika putera itu bertanya macam-macam lagi mengenai hubungannya dengan Aida.

Telefon ditaruhkan ke dalam poket seluar semula. Dia berjalan menghampiri pagar rumah Dahlia lalu dipanjat kerana dia tahu yang pagar itu sudah berkunci.

Tingkap bilik gadis itu ditolak perlahan-lahan supaya bunyi tidak terhasil. Setelah jendela yang tinggi separas kepalanya itu tertutup rapat, dia mengambil keputusan untuk pergi dari situ.

Pacuan empat roda itu dipandu menuju ke istana yang terletak ditengah-tengah kota Hirland.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now