Chapter 9

11K 559 1
                                    

Dahlia menilik-nilik gelang tangan yang penuh ditaburi berlian bertakhtakan permata yang berbentuk crown ditengah-tengah gelang itu. Bersinar-sinar gelang itu apabila disuluh lampu. Pasti mahal!

Ting!
Satu mesej melalui whatsapp masuk ke dalam peti pemberitahuan telefonnya.

From: Mylove
-So?

Dia mengerutkan kening. So? Apa yang so nya? Makin berkerut dahinya saat terpandang pada nama si penghantar mesej itu.

"Eh bila masa aku pernah simpan kenalan nama 'Mylove' ni?" Bicaranya sendirian. Bulu keningnya dimain-mainkan sambil otak sedang mengimbas kembali di masa lampau.

Sah! Dia memang tidak pernah menyimpan nama kenalan sebegini. Ini pasti ada tangan gatal yang bermain-main dengan telefonnya.

To: Mylove
-Maaf, ni siapa ya?

From: Mylove
-Your love.

Your love? Dia mana pernah bercinta sebelum ini jadi dia tidak ada cinta atau buah hati atau bekas. Langsung tiada. Orang ni tersilap nombor ke? Kalau orang itu betul-betul tersilap nombor, memang buat malu je tak pasal-pasal. Nak pm orang tapi silap nombor. Kalau dialah kan, bertahun juga nak hilang malu.

To: Mylove
-Serious lah dei! Siapa ni?

From: Mylove
-Your sweetheart.

To: Mylove
-Ohh macam tu. Maaf ya, saya tiada masa nak melayan orang macam awak ni. I'll block your number. Thank you.

Hah! Baru padan muka. Nak main-main sangat kan? Haa rasakanlah. Hujung jari telunjuknya ditekan pada details nombor itu. Baru saja dia ingin menekan butang 'sekat', deringan telefonnya berbunyi. Terpampang 'Mylove' didada skrinnya. Ikon hijau ditolaknya.

"Hell--" Tidak habis lagi sapaan 'hello' nya. Tengok, kan dah jadi maksud lain tu.

"Please don't block my number!" Halwa telinganya disapa dengan satu suara garau yang sepertinya dia pernah dengar sebelum ini tetapi dimana ya?

"Siapa ni? Encik tersilap nombor ke?"

"No. It's me, Daren Adrique." Didada Dahlia seakan dihalang sesuatu yang menyebabkan dirinya seperti sukar untuk bernafas. Dia kaku macam Rizal yang berdiri ditepi tandas tengah hari tadi.

"Hello? Are you still there?"

"Hah? Yeah yeah I'm still here. Why are you..no I mean macam mana Prince Rique dapat nombor saya?" Ketawa terletus dibibir pemanggil disana.

"Rose..Rose..you know what? Whatever I want, I'll get it till I got it even I've to face the hardships. Tonight, by hook or by crook, I want your decision. Keep my words, I. Just. Want. To. Hear. Yes. Not. No. That's it. Bye my rose!"

Tutt..

"Hey wait ergh!" Menggelengak hati Dahlia apabila dia tidak sempat untuk berkata-kata akibat lelaki itu sudah memutuskan talian.

"Dahlia Dahlio Dahlie!" Dahlia memutarkan bebola mata. Nampaknya bala sudah sampai. Gelang pemberian Prince Adrique itu kembali disimpan ke dalam bekasnya lalu diletakkan didalam beg tangannya. Kalau hilang ini, tidak tahu apa yang ingin dijawabnya pada putera itu. Jika lelaki itu suruh bayar ganti rugi? Rasanya 7 keturunan pun tidak lepas dia untuk membayar gelang permata digabung berlian itu.

"Apa?" Kerja menaipnya diteruskan. Jika diikutkan, hanya jasadnya yang berada disini manakala rohnya sudah melayang ke barat, timur, utara dan selatan. Selepas dia mendapat lamaran dari Prince Adrique, fikirannya menjadi terganggu. Dia tak gila eh! Cuma fikiran je yang kacau.

"Betul ke dengan apa yang aku dengar dari mulut staf-staf lain yang kau keluar dan balik sini semula dengan Prince Rique? Kau pergi mana dengan dia?" Dahlia menayangkan muka menyampah. Dah agak dah.

Sewaktu dia masuk ke bangunan Syarikat Magazine ini patutlah semua pakat tengok dia. Rupa-rupanya ini masalah negara sebenarnya.

"Nanti-nantilah borak pasal dia. Aku tengah sibuk ni. Aku nak fotostat benda alah ni kejap. Sebelum balik dah kena hantar dekat Encik Saiful. Kang bising pula dia." Dahlia berdiri dari kerusi sambil ditangan terdapat sehelai kertas yang terkandung ayat yang ditaipnya pagi tadi.

"Alah kau ni..fotostat sehelai tu je pun bukannya ambil masa berjam-jam. Eh! Astaghfirullah..lupa nak cakap dekat kau. Adam tunggu kau depan office tadi. Katanya nak jemput kau makan tengah hari sekali." Mata dia terbuntang.

"Ya Allah..aku langsung tak ingat pasal dia! Kau pun satu, asal tak call aku?" Aida menjuih bibir. Asyik-asyik dia yang kena.

"Aku tertinggal telefon dekat rumah. Kenapa? Dia tak call kau ke?" Dahlia segera mencapai telefonnya. Dahinya berkerut. Tiada pula mesej atau panggilan yang masuk dari lelaki itu. Aik? Pelik ni.

Nombor Adam lantas dicari didalam kenalan untuk menelefon lelaki itu kerana ingin memohon maaf atas kesilapannya tadi.

Scroll punya scroll, nombor Adam tetap tidak dijumpainya. Ke manakah nombor itu menghilang?

"Aku terpadam ke nombor dia? Kenapa tak ada ni?" Pening kepalanya memikirkan banyak perkara yang berlaku pada hari itu.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now