Van putih itu berhenti di hadapan sebuah bangunan pencakar langit. Pintu van diseret buka kemudian kedua belah lengannya dipegang kemas lalu dirinya dibawa menuju lif.
Kotak lif itu bergerak pantas ke tingkat 31 setelah salah seorang lelaki itu mengimbas sekeping kad berwarna emas pada alat pengimbas.
Ingin saja dia menjerit sekuat hati namun apakan daya, mulutnya sudah diikat menggunakan kain hitam.
Dia sudah penat meronta di dalam van tadi tetapi tiada siapa yang melayan malah semua sedang sibuk dengan alat peranti masing-masing. Mulutnya juga diikat disebabkan terlalu riuh seperti peniaga di pasar pagi.
Ting!
Bunyi lif itu menandakan bahawa mereka telah sampai di tingkat 31. Terbuka saja pintu lif, di hadapan matanya terpampang sekeping pintu yang sedikit tinggi serta lebar.
'Penthouse siapa ni?' Soalnya pada diri sendiri.
Kad yang berwarna emas tadi kembali diimbas pada alat pengimbas yang terdapat dibawah pemegang pintu untuk membuka pintu tersebut.
Kemudian dia ditolak masuk ke dalam lalu pintu ditutup semula. Dua orang lelaki tadi telah meninggalkan dirinya tercengang-cengang di dalam megapuri mewah itu.
Mulutnya melopong saat menyaksikan isi dalaman rumah itu. Cukup cantik dan mewah. Dirasakan pemilik megapuri ini sangat kaya orangnya. Tapi kalau kaya sebab dadah pun tiada guna juga.
"My rose.." Dia tersentak bukan kerana sapaan itu tetapi kerana gelaran yang dipanggil untuknya. Tiada lagi orang lain memanggil dirinya dengan gelaran itu kecuali..
Tak! Tidak mungkin orang yang sama memanggil nama itu. Dia menggeleng-geleng kecil. Ingat, itu hanya mimpi Dahlia.
"Rose Dahlia.." Dahlia mengambil keputusan untuk berpusing ke belakang demi mengetahui siapa dalang yang telah menculiknya.
Sepasang mata hitam kepunyaannya langsung menikam sepasang mata violet seusai dia berpusing. Dia terkaku di situ. Benarkah apa yang dilihatnya waktu ini?
"I miss you so bad, baby." Lelaki di hadapannya itu berjalan ke arahnya lalu tubuhnya dipeluk kemas.
"Berpisah dengan you membuatkan hidup I menderita. Cukuplah hampir 2 bulan kita seperti orang yang tak kenal antara satu sama lain. I tak sanggup lagi buat semua tu." Dahi Dahlia berkerut mendengar bicara jejaka itu. Tubuh yang memeluknya itu ditolak.
"Apa yang Prince Rique maksudkan? Saya tak faham." Adrique mengeluh lemah. Perit berasa ingin menceritakan apa yang telah terjadi pada gadis itu.
"Rose, semua itu bukan mimpi tapi realiti. Segala soalan yang you pernah tanya pada ibu you, Aida dan juga bos you itu jawapannya tiada pada mereka tapi ada pada I. You boleh hukum I atas segala silap I pada you. I'm so sorry, my rose." Dia duduk melutut di hadapan Dahlia meminta ampun.
Dia sanggup tunaikan apa saja permintaan Dahlia supaya gadis itu mengampuninya tetapi tidak pada perpisahan kerana dia tidak sanggup lagi tinggal berjauhan daripada mawar putihnya.
Mata Dahlia semakin berair lalu mutiara mahal itu jatuh ke pipi. Jadi betullah selama ini dia tidak bermimpi bahawa dia pernah berpacaran dengan anak raja itu?
Tapi mengapa semua termasuk ibunya sendiri, wanita yang paling dia percayai sanggup menipu dirinya?
Ya Tuhan, terlalu perit hati ini untuk menerima kenyataan.
"Tergamak awak buat saya macam ini kan? Awak biarkan saya terkapai-kapai bagai orang bodoh dan sekarang, senang-senang saja awak minta maaf? Wah! Awak memang hebat. Drama awak tu sila simpan untuk anak, cucu dan cicit awak nanti. Saya nak balik!" Dia membentak. Kaki diatur laju menuju ke pintu tetapi terlebih dahulu disekat lelaki itu.
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Romance[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...