Badrul meletakkan kereta di lorong antara kedai yang ingin ditujunya dengan kedai membaiki kenderaan. Hanya ruang itu saja yang kosong untuk parking keretanya.
Dia masuk ke dalam kedai serbaneka sebentar untuk membeli barangan yang dikirim isteri Prince Adrique seperti sayur-sayuran dan telur untuk memasak.
Pembantu rumah pula telah mengambil cuti sakit selama 3 hari. Mata sepetnya mula meliar mencari serai dan lobak merah serta daun ketumbar.
Kepala yang tidak gatal digaru. Sumpah dia tidak kenal rupa nama sayur sebegitu. Setakat lobak merah itu dia kenallah. Ini serai dan daun ketumbar. Bagaimana bentuknya juga dia tidak pasti.
"Maaf encik, encik cari apa?" Tegur salah seorang pekerja di kedai itu. Kesian juga dia melihat lelaki kacukan cina itu terbongkok-bongkok mencari sesuatu di dalam peti sejuk.
"Err saya cari daun ketum.." Tiba-tiba saja ingatannya menjadi lumpuh seketika.
"Aduh..daun apa yang Cik Rose suruh cari tadi eh?" Bicaranya perlahan seorang diri.
"Daun ketum kami tak jual encik." Pelik pekerja itu memandang jejaka berpakaian sut lengkap lagak baru pulang kerja itu.
"Eh tak tak! Bukan daun ketum. Daun yang--" Ayatnya dipotong seseorang yang juga ingin bertanya pada pekerja perempuan disebelahnya.
"Cik, daun ketumbar ada?" Baris nama daun itu membuatkan dia ingat kembali. Hah! Ketumbar sebenarnya. Ini tidak, ketum..ketum. Memang tidak dijuallah.
"Ada ada. Sekejap ya?" Pintu peti sejuk disebelah kanan dibuka staf itu lalu dikeluarkan satu plastik kecil daun ketumbar kemudian diberikan kepada si bertanya tadi.
"Terima kasih."
"Sama-sama. Ya encik? Daun apa tadi?" Badrul berdehem. Mukanya mula berlagak tegas.
"Tak apalah, dah jumpa." Dia juga membuka peti sejuk di bahagian kanan lalu mengambil satu plastik daun ketumbar.
"Oh! Encik cari daun ketumbar ke? Saya ingatkan daun ketum. Kalau daun ketum memang tak ada." Gadis itu melepaskan ketawa halus.
Badrul membiarkan pekerja itu sendirian. Dia berjalan menuju ke kaunter pembayaran diikuti gadis tadi.
"Ini saja ke encik?"
"Tak. Tolong ambilkan serai RH2, lobak merah setengah kg dan telur RH5." Ada pekerja kan? Jadi, suruh sajalah pekerja itu ambilkan.
Aduhai, bikin penat saja dia terbongkok-bongkok cari daun ketumbar tadi.
"Baiklah." Anggukan diterima lalu gadis itu mula mengambil apa yang dipinta Badrul.
Beberapa minit kemudian pekerja itu kembali semula dengan barangan yang dipesan. Badrul membuat pembayaran kemudian segera keluar dari kedai serbaneka itu.
Sewaktu dia ingin ke keretanya, telinganya menangkap satu suara yang cukup dia kenali. Dia mengambil keputusan untuk menyorok di tepi sebuah tiang kedai tadi untuk mencuri dengar perbualan orang itu.
"Kau kena ingat pesan bos tadi, teruskan pantau pergerakan Adrique supaya kita tahu ke mana saja dia pergi. Dan rahsia ini, jangan berani-berani kau cerita pada sesiapa terutamanya Badrul. Mampus kita kalau bos mengamuk." Pesan seseorang pada Qarif.
Ya, suara yang dia kenali itu ialah suara Qarif iaitu orang bawahan King Dahmod.
"Ya aku tahulah kerja aku. Kau tu, cepatlah-cepatlah perbodohkan Dahmod. Buat dia makin benci pada anak sulung dia tu biar kerja kita cepat settle." Lama dia berdiri disebelah tiang demi mendengarkan perbualan itu.
Penumbuk dikepal kuat. Rupanya selama ini perasaan tidak sedap hatinya pada Qarif adalah tepat sekali.
Dia harus memaklumkan hal ini segera kepada Prince Adrique.
"Encik, encik buat apa tepi tiang ini? Ini, telur ayam encik tertinggal." Dia tersentak. Wajah ditoleh pada gerangan itu.
"Siapa tu?" Laungan dari lorong itu mengakibatkan dia makin panik. Dengan langkah segera, mulut pekerja kedai tadi ditekup kemudian dia mengheret gadis itu masuk ke dalam kedai dan mereka menyorok di bawah kaunter. Rasanya itu saja tempat yang ada untuk menyorok.
Beberapa saat setelah itu dia terdengar derapan kasut memasuki kedai itu.
"Betul ke kau rasa ada orang pasang telinga apa yang kita bualkan tadi?" Soal Qarif pada rakan sekerjanya.
"Ya Qarif. Aku belum pekak lagi. Ada orang berdiri tepi tiang tu dan curi dengar apa yang kita bualkan. Dah, kau pergi cari orang itu sebelah kiri dan aku cari sebelah sana." Qarif menganggukkan kepala menerima arahan.
Mereka berdua mula bergegas ke segenap ruang mencari mangsa mereka yang sengaja cari pasal.
Apabila derapan kaki tadi menghilang, Badrul melepaskan tekupan dimulut gadis itu. Dia mengintai sedikit bagi memastikan sudah tiada orang dihadapan kaunter.
Setelah itu dia lantas berdiri dan keluar dari situ. Pintu kereta dibuka lalu dia meletakkan berhati-hati barangan yang dibelinya di kerusi sebelah bimbang jika telur ayam itu pecah.
Enjin dihidupkan kemudian laju dia memecut kereta meninggalkan kawasan itu.
Deruman kuat keretanya menyebabkan Qarif bersama Qashah yang berada didalam kedai itu langsung keluar.
"Shit! Badrul." Sumpah Qarif. Dia begitu cam kereta jenis Volkswagen Golf R merah pekat itu. Itulah kereta persendirian milik Badrul yang mempunyai nombor daftar kereta iaitu B 4.
Mengapa dia tidak perasan tentang kewujudan kereta itu tadi? Ah! Menyesal sudah tiada guna.
"Sekarang, apa yang patut kita buat Shah? Mustahil kalau Badrul tak bagitahu perkara ini pada Adrique." Qashah merengus kasar. Tangan dicekak pada pinggang.
Tajam matanya memanah pada jalan yang dipenuhi kenderaan. Dia harus memikirkan rancangan sendiri yang pastinya tanpa pengetahuan kepala besar.
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Roman d'amour[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...