Chapter 17

10.4K 506 6
                                    

Mata yang sekian lama terkatup itu akhirnya dibuka jua. Penglihatannya menjamah persekitaran yang agak asing bagi dirinya.

"Ibu.." Lantas dipanggil Puan Zahirah walaupun dia sendiri tidak pasti ada atau tidak wanita itu disini.

"Ib--" Sekali lagi dia ingin memanggil tetapi tersekat kerana ada seseorang menolak pintu bilik dari luar.

Terkelip-kelip matanya memandang gerangan yang sedang berdiri tegak dihadapannya sambil mengukirkan senyuman. Bukan sinis tapi manis.

"Feeling better?" Soalan yang diajukan langsung tidak disambut akibat terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya waktu itu.

"My rose..I'm asking you." Adrique mula mengambil tempat dipinggir katil. Kepala Dahlia dibelai manja. Rindu dia pada gadis ini seperti tidak terkira.

"I'm.." Dahlia sendiri tidak tahu mahu jawab bagaimana kerana dia langsung tidak ingat tentang kejadian semalam. Dia hanya tertanya-tanya mengapa perutnya berasa sakit dan kedua-dua pipinya pedih kemudian mengapa dia terlantar dihospital saat ini.

"Apa yang dah jadi? Kenapa saya dihospital?" Adrique berkerut kening kemudian bibirnya mula menguntumkan senyuman nakal.

"You tak ingat ke pasal semalam?" Dahlia menggeleng.

"Langsung?" Gadis itu menggeleng lagi.

"Semalam kan kita dah..'togather'. Lupa ke?" Dahlia menayangkan wajah bingung cuba mencerna bicara teman lelakinya. Togather? Apa ke benda tu?

Tiba-tiba otaknya menangkap sesuatu. Terus membulat matanya.

"Eii dasar otak berkarat!" Peha Prince Adrique ditampar Dahlia membuatkan jejaka tampan itu melepaskan tawa kecil.

"Aw aw!" Akibat pergerakan mengejut, perutnya yang masih sakit itu juga jadi terkejut. Berkerut dahinya menanggung perit.

"Haa padanlah dengan muka. Sakit tak? Kalau rasa tak sakit, bergeraklah banyak lagi kalau boleh lari satu padang bola." Dahlia menjeling tajam Prince Adrique dengan hujung mata sambil mengurutkan perutnya.

Tiada rasa belas kasihan ke lelaki itu terhadapnya? Orang tengah sakit pergilah tolong, kan? Tapi tidak pada Adrique. Lagi diperli ada lah. Dia mana punya perasaan samalah macam semua pengawal dia. Kadang-kadang Dahlia sendiri pun tertukar mana satu robot dan mana satu manusia sebab mereka adalah sama. Tiada beza.

"Kenal Ramli?" Tanpa banyak bicara, Adrique terus pada tajuk utama. Wajah yang minta penampar tadi lantas diseriuskan.

Dahlia yang melihat akan perubahan air muka Prince Adrique langsung fokus pada wajah anak raja itu. Dia tahu yang lelaki itu sekarang tidak main-main seperti tadi. Nak tahu? Lihat pada air muka saja.

"Ramli? Pak Li ke maksud awak?" Adrique mengangguk benar.

"Kenapa dengan Pak Li?"

"Dia dengan 3 orang anak buah dialah yang pecah masuk rumah you semalam. Ingat lagi? Ke dah amnesia?" Sindirnya apabila memandang muka Dahlia yang sedang berkerut-kerut memikirkan kejadian semalam.

"Tak..tak mungkin Pak Li. Pak Li baiklah. Hari-hari dia datang warung melepak dengan ibu. Awak jangan nak fitnah-fitnah orang macam tu." Makin banyak bicara, makin sakit perut dan pipinya akibat ditumbuk dan ditampar berkali-kali semalam.

Adrique mengeluh perlahan. Dia sudah dapat rasakan yang bunga mawar ini tidak boleh menerima apa yang disampaikannya. Tidak lagi dicerita tujuan si Ramli itu pecah masuk.

"My rose.." Kepala gadis itu diusap-usap cuba memujuk.

"Dahlah awak. Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi. Saya tak suka ada orang memburukkan Pak Li. Saya dah anggap Pak Li tu macam ayah kedua saya dah." Dahlia memusingkan badannya membelakangi lelaki itu.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now