Chapter 60

13K 487 8
                                    

Maldives


Maladewa atau lebih dikenali sebagai Maldives adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Samudera Hindia dan tepat berada di sebelah barat India. Maldives merupakan negara dengan luas wilayah terkecil di Benua Asia ini.

Majoriti penduduk Maladewa ialah penduduk beragama Islam dan Agama Islam juga merupakan agama rasmi negara yang memiliki nama lengkap Republik Maladewa ini. Bahasa yang digunakan penduduk setempat adalah Divehi.

Tiga etnik utama di negara ini iaitu etnik India Selatan, etnik Arab dan etnik Sinhalese. Nama Maldives berasal dari bahasa Sanskerta iaitu Mala (untaian atau kalung) Dvipa (pulau) atau jika disambungkan menjadi 'Untaian Pulau-pulau'.

Dahlia mengangguk-angguk tanda faham dengan latar belakang Maldives tempat dia berada sekarang ini.

Dia membelek-belek gambar yang terpampar di internet. Memang banyak tempat yang menarik dan cantik di pulau ini termasuklah tempat..bibirnya melakarkan senyuman penuh makna.

"Abang!" Dia yang sedang berbaring diatas sofa menghadap ke laut memanggil Adrique. Malas mahu mencari lelaki itu. Biar Adrique datang sendirilah mencarinya.

"Abang di sini saja. Tak perlu menjerit." Wajah segera dipusing ke kiri. Dia tersengih saat memandang wajah suaminya. Rupanya lelaki itu ada saja disofa sebelahnya sedari tadi.

"Laa abang dekat sini rupanya." Dia bangkit dari sofa lalu menempel pada sofa yang di duduki Prince Adrique pula.

Kepala direbahkan diatas lengan sasa jejaka tampan itu. Satu kucupan singgah pada ubun-ubunnya.

"Honey.." Meleret saja suaranya memanggil Adrique dengan panggilan manja.

Manakala Adrique pula sudah mengerti makna disebalik itu. Dia sudah masak dengan perangai isterinya.

"Hm?" Walaupun dia menyahut tetapi matanya tidak lepas dari menyaksikan pemandangan yang menakjubkan di langit. Matahari yang semakin ingin terbenam menyebabkan langit bertukar warna kemerah-merahan.

"Malam ini kita pergi ke Restoran Ithaa nak tak? Tempat dia lawa sangat abang. Restoran itu dekat bawah aquarium." Dahlia sedikit mendongak ingin melihat muka suaminya.

Adrique menurunkan kepalanya menatap wajah si isteri. Dia memusingkan tubuh ke kanan menghadap Dahlia. Pinggang gadis itu dipeluk kemas bimbang jika jatuh ke lantai kerana sofa itu hanya baki sedikit saja ruang kosong sebelum wanita itu ikut berbaring tadi.

"Makan dekat villa ini saja tak boleh ke? Baru sweet sikit honeymoon kita kali ini." Dahlia laju menggelengkan kepala.

"Mana boleh abang. Rugilah kita datang sini tapi duduk saja dalam villa terapung ini. Kita kena juga berjalan untuk luaskan ilmu pengetahuan. Bukan selalu kita boleh datang sini kecualilah kalau kita menetap dekat sini sampai bila-bila." Adrique mendengar bicara isterinya sambil jarinya menyelitkan rambut Dahlia di belakang telinga. Kemudian pipi tembam gadis itu pula dielus dengan jari telunjuk. Mata violetnya menatap lembut ke dalam anak mata hitam itu dengan penuh cinta.

"Mana boleh menetap dekat sini sampai bila-bila sayang. Nanti pokailah abang nak kena bayar villa besar ini. Bayangkanlah, RH21 ribu darab dengan sampai bila-bila itu. Berapa agaknya jumlah dia? Abang rasa kalkulator pun pening nak kira." Dahlia mencebik bibir.

"Eleh pokai konon. Tak ada maknanya abang nak pokai. Setiap saat duit masuk dalam bank. Tang mananya miskin itu?" Lelaki itu lantas menjarakkan wajahnya dari wajah Dahlia akibat terkejut.

"Mana sayang tahu?"

"Ayahanda ada bagitahu hari itu. Ayahanda pesan kalau nak apa-apa, minta saja pada abang. Jangan minta yang murah, minta yang mahal terus sebab duit abang masuk setiap masa. Dekat siapa lagi nak habiskan duit jika bukan pada keluarga sendiri." Benarlah apa yang dikatakan gadis itu.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now