Laju dia mencatit pesanan yang dipesan dari pelanggan ke atas sebuah buku catatan kecil. Angin malam yang dingin itu tidak berjaya menembusi bajunya yang berkain agak tebal membuatkan tubuhnya berasa begitu selesa untuk melakukan kerja malam itu.
"Nasi goreng, sup daging dengan air teh limau. Itu saja?" Dia menyoal kembali untuk meminta kepastian. Seorang lelaki lingkungan 30an yang menjadi pelanggannya itu mengangguk.
Dahlia melemparkan senyuman sebelum berlalu masuk ke bahagian dapur warungnya. Kedainya beroperasi dari pagi sehingga tengah hari dan kemudian menyambung semula pada pukul 6 petang sampai 11 malam.
Kertas yang tertulis senarai makanan itu dikoyakkan lalu diserahkan pada Puan Zahirah. Wanita itu tanpa banyak bicara lantas mengambilnya.
"Ibu.." Meleret saja dia memanggil ibunya.
"Hm?"
"Nak tanya sikit boleh tak?" Puan Zahirah yang sedang membuka api dapur mengerutkan dahinya hairan. Tidak pernah-pernah anaknya yang seorang itu meminta izin untuk bertanya.
"Kamu kena sampuk ke Lia?" Dahlia mencebik bibir.
"Ibu ni..mana adalah. Ni, Lia nak tanya ibu. Masa dulu-dululah kan, masa walid lamar ibu, ibu terima tak?" Wanita itu menaikkan jarinya lalu menjentik dahi si anak.
"Kalau ibu tak terima, tak wujudlah kamu dekat dunia ni! Astaghfirullah..kenapalah aku tak bagi banyak-banyak susu Anmum dekat dia ni masa kecil kang dah pasal-pasal sel-sel otak tak berhubung terus. Ya Allah.." Menggeleng Puan Zahirah dengan perangai lembab gadis itu.
"Haah ya tak ya juga kan? Maaflah ibu, Lia slow sikit sejak berkawan dengan Aida. Lembab Aida terjangkit dekat Lia." Nama orang yang langsung tiada kena-mengena dikaitkan juga. Kesian Aida.
"Ish dah dah! Makin dilayan kamu ni, makin pening ibu. Pergi buat air sana!" Puan Zahirah menolak-nolak tubuh anaknya supaya bergerak ke tempat membuat air.
Gadis itu menjuih bibir sebelum dengan malas kakinya melangkah.
Setelah beberapa belas minit, Dahlia membawa keluar dulang dari dapur yang berisi makanan bersama minuman yang dipesan tadi pada meja nombor 5.
"Encik..silakan." Sopan dia berkata-kata selepas meletakkan sepinggan nasi goreng, semangkuk sup daging dan segelas air teh limau ke atas meja itu.
"Terima kasih." Dia membalas ucapan lelaki itu dengan sebuah anggukan mesra sebelum wajahnya didongakkan.
Jantung yang berdetak normal tadi mula mengepam darah dengan laju dan tidak menentu. Matanya membulat.
'Ya Allah..ini semua kerja gila! Dia buat apa dekat sini?' Omelnya dalam hati.
Pantas dia berjalan ke arah seorang jejaka yang baru keluar dari kereta Mercedez hitam bercermin gelap. Ditarik lengan putera itu ke halaman belakang.
"Prince Rique buat apa dekat sini? Bahayalah!" Terpancar riak kalut diwajahnya. Bimbang jika sesiapa yang bakal terlihat wajah Prince Adrique tanpa kaca mata hitam.
Bibir Adrique menarik senyuman nakal. Jarinya dinaikkan mengelus pipi gebu dihadapannya.
"Daren. Nama I Daren. You dah lupa ke?" Dahlia menggigit bibir bawah. Rasanya banyak perkara yang telah dia terlupa hari ini terutama sekali hal tengah hari tadi.
Nampaknya lelaki ini datang ke sini untuk menagih jawapan darinya. Aduh! Dia belum ada jawapan lagi untuk itu.
"Maaf Da.Daren. Saya belum bersedia lagi. Ini akan melibatkan hidup dan mati saya. Saya tak boleh buat keputusan tergesa-gesa takut nanti memakan diri saya. Saya minta maaf sangat-sangat." Jujur dia menjawab sambil menunduk memandang tanah. Dirinya diselubungi rasa bersalah pada Prince Adrique.
Adrique memejam sebentar matanya. Blazer hitam yang tersarung ditubuh segera ditanggalkan. Habis saja kerja dipejabat, dia langsung ke sini untuk mendapatkan jawapan kerana ditelefon gadis ini tapi tidak diangkat.
Dia penat. Lenguh akibat menaip tadi belum lagi hilang. Dia berasa terkilan dengan jawapan yang diberikan Dahlia. Riak wajahnya yang biasa tadi terus bertukar dingin.
Beg dompetnya diambil dari poket belakang seluar slack hitamnya. Sekeping kad bersama beberapa keping not100 diletakkan diatas sebuah bangku ditepi mereka.
"Your IC." Itu saja bicara Prince Adrique sebelum lelaki itu mengatur langkah menuju ke kereta.
Dahlia memandang sayu kepergian anak raja itu. Dia mahu terima lamaran itu tetapi dia takut jika keputusannya nanti akan memakan diri sendiri kerana dia bukan bakal bergandingan dengan orang biasa-biasa malah bersama putera raja.
Tetapi..
Ada dia cakap yang keputusannya sudah muktamad? Tidak ada sama sekali. Masih pening dengan rancangannya? Tak usah bimbang. Masa akan mengungkapkan segalanya.
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Romance[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...