Dahlia menyanggul kemas rambutnya sebelum keluar dari bilik. Kakinya diorak langkah ke arah meja makan untuk bersarapan sebelum berangkat ke tempat kerja.
"Ibu, Lia balik lewat sikit hari ini. Lia ada banyak kerja nak kena buat dekat pejabat. Ibu okay kan duduk rumah seorang diri?" Soalnya pada Puan Zahirah yang sedang menuang teh panas ke dalam cawan.
"Alah, kamu bercakap macam tak biasa tinggalkan ibu malam-malam. Dua bulan lepas tak silap ibu, kamu balik tengah malam. Ibu okay saja." Dahlia menceduk bihun goreng ke pinggannya. Bukan selalu dia membiarkan wanita itu sendirian dirumah hingga ke larut malam, hanya jarang-jarang. Entahlah, tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati pula hari ini.
"Ibu tumpang rumah Syidah jelah malam ini untuk sementara waktu ya? Risaulah Lia dengan ibu ni. Boleh tak senang duduk tau Lia dekat office kalau kepala asyik fikirkan ibu. Hari ni hari Isnin, warung tak buka dan mungkin ibu akan rasa sunyi sikit." Bicaranya lalu menyuapkan bihun itu ke dalam mulut sambil menatap wajah ibunya.
"Ish tak naklah ibu menyusahkan sepupu kamu tu. Lagipun dia dah berkeluarga. Ada ke patut tumpang rumah dia? Ibu okay sajalah. Tak usah risau. Sunyi ke tak sunyi ke, ibu kena hadap juga. Ibu kuatlah Lia. Ibu bukan seorang yang penakut." Dia mendiamkan diri setelah diberi keputusan muktamad oleh wanita itu.
Pin pinn!
Kedengaran satu hon kereta dibunyikan dari luar rumah."Haa Aida dah sampai dah tu. Cepat makan! Kesian dia menunggu kamu lama-lama." Pinta Puan Zahirah.
Dahlia mengerutkan kening. Jam dipergelangan tangan dilihat sekilas. Masih berbaki 5 minit lagi sebelum menginjak pukul 8. Awal betul si Aida datang. Biasanya 8.15 pagi baru nampak batang hidung. Teruja nak jumpa Encik Saiful mungkin hari ini.
Dia menyudahkan suapan terakhirnya sebelum berdiri dan mendapatkan ibunya. Tangan wanita itu dikucup lembut.
"Lia pergi dulu. Apa-apa terus telefon Lia ya ibu?" Puan Zahirah mengangguk.
"Dah dah! Pergi cepat." Dahlia memikul beg kecil berjenama Quechua hitam miliknya lalu bergegas ke luar rumah. Kakinya laju menuruni anak tangga. Kasut baby pink bercorak mawar putih disarung pada kakinya.
Dia melangkah ke pintu pagar. Kunci pada pintu itu dibuka dan pintunya ditarik. Wajah didongakkan lalu mulutnya terlopong.
"Badrul?" Sungguh dia tidak percaya apa yang dilihatnya waktu itu. Pengawal peribadi Prince Adrique yang menjemputnya?
"Silakan Cik Rose.." Badrul membongkokkan sedikit tubuhnya sebelum memberi laluan kepada gadis itu untuk masuk ke dalam kereta.
"Ke..kenapa awak je.jemput saya?" Tergagap-gagap dia menyoal.
"Ini arahan daripada Prince Rique untuk membawa Cik Rose ke mana saja termasuk ambil dan hantar Cik Rose ke tempat kerja. Silakan Cik Rose." Sekali lagi Badrul menjemput Dahlia masuk.
Dahlia teragak-agak untuk masuk tapi lambat-laun dia meloloskan diri ke dalam kereta itu juga. Pintu ditutup lelaki itu dan segera mengambil tempat dibahagian pemandu. Kereta mewah itu meluncur laju diatas jalan raya.
Telefon diambil didalam poket seluar skinny jeans putihnya. Satu mesej dihantar pada Aida menyuruh rakannya itu supaya tidak mengambilnya dirumah kerana dia sudah berangkat sendiri.
Setelah itu dia memandang belakang tubuh Badrul yang sedang memandu. Fikirannya mula teringatkan sesuatu.
"Bad.." Nama lelaki berwajah yang selalu tegas tanpa senyuman itu diseru perlahan.
"Ya Cik Rose?"
"King Dahmod tak tahu kan tentang hubungan saya dengan Prince Rique?" Soalnya. Bimbang juga jika hubungannya diketahui dek raja itu kerana dia takut kalau King Dahmod tidak merestui dia yang sebagai rakyat biasa itu berhubungan dengan Prince Adrique.
"Tak Cik Rose. Kami semua termasuk Princess Alice dah diperintahkan Prince Rique untuk menutup mulut. Cik Rose jangan risau, semuanya akan baik-baik belaka." Dahlia melepaskan nafas lega. Pandai Putera Adrique mengatur strategi. Strategi? Haha apa-apa sajalah!
....................
Disisip perlahan Caramel Macchiato yang masih panas itu. Pelbagai pencuci mulut seperti Ptichie Moloko, Russian Cottage Cheese Pancakes dan Vatrushka Pie yang terhidang didepan mata langsung tidak membangkitkan seleranya. Dia diibaratkan jasad saja yang berada di Moskow sementara rohnya sudah melayang ke Hirland.
Sebuah lagi fail penting yang dia perlu tandatangani sebelum dapat balik ke negara asal semula.
"Daren!" Tanpa berpaling pun dia sudah bisa mengecam siapa pemilik suara bak tercekik butir rambutan itu.
"Yes Natalie?" Bibirnya memulakan bicara setelah gadis itu sudah mengambil tempat dihadapannya.
"How are you doing?" Ceria wajah Natalie sewaktu bertanya khabar lelaki kesayangannya.
"Good and please, stop asking me the same question. It's annoying me." Kedengaran gadis berambut blonde itu melepaskan ketawa kecil.
"Sorry. Actually, I'm so excited to see you after a few years not see your handsome face." Memang benar-benar teruja gadis itu untuk berjumpa Prince Adrique sehingga melompat-lompat saat menjemput Prince Adrique dilapangan terbang kelmarin.
"Esok nak ikut balik Hirland ke?" Soal Adrique lalu disisip lagi air minumannya.
"Of course! Lagipun sekarang Nat tengah cuti semesta, nothing to do so I'll follow you to Hirland then I'll be back to Moscow after a week." Adrique mengangguk-angguk setuju.
Tanpa sengaja, matanya terpandang pada tangan Natalie. Pada pergelangan tangan gadis itu terlilitnya seutas jam tangan berjenama Dior berwarna hitam yang berbentuk oktagon.
Bibirnya mengukirkan senyuman nipis. Jam itu adalah pemberiannya sewaktu 3 tahun yang lalu ternyata masih lagi dipakai. Inilah sifat sepupunya yang paling dia gemari. Sifat pandai menghargai dan bukan seperti kera mendapat bunga.
"Why are you smiling? Am I making a joke?" Dia tersedar lalu menatap kembali wajah Natalie yang kehairanan itu.
"No. You're not. I'm just..I like your Dior." Kini mata Natalie pula yang jatuh pada jam tangannya.
"Yeah! Too beautiful right?" Adrique mengangguk bersama senyuman kemudian ibu jarinya mengelus lembut kekura tangan gadis itu yang berada diatas meja.
"Thank you for using it until now." Ujar Adrique terharu. Sungguh dia berasa pemberiannya begitu dihargai.
"Anything for you, Daren." Di meja kopi bulat kecil itu hanya mereka berdua. Mereka berdua yang diibaratkan seperti pasangan kekasih sedang melepaskan rindu.
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Lãng mạn[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...