Badan direbahkan ke atas katil melepaskan lelah yang ditanggung. Sungguh berat terasa dikepalanya angkara terlalu banyak benda yang mahu difikirkan pada hari itu saja.
Satu saja perkara yang masih lagi tertanya-tanya. Siapakah yang bersama Qarif sewaktu dikedai serbaneka itu? Qashah?
Badrul menggeleng. Tidak. Dia tidak mahu melemparkan tuduhan pada diri seseorang itu selagi bukti belum kukuh.
Mata yang hampir dipejam itu lantas tercelik semula. Deringan dari telefon bimbit telah menganggu keamanan hidupnya. Menyesal juga tidak set nada senyap tadi.
Nama yang terpapar didada skrin membuatkan dahinya berkerut seribu.
'Cik Aida'
Dah kenapa pula gadis itu menelefonnya pada waktu-waktu sebegini? Sudahlah jam juga hampir menunjukkan pukul 2 setengah pagi.
Dia membiarkan saja panggilan itu disangkakan mungkin kerana wanita itu tersilap dail atau tertekan.
Kelopak mata ditutup semula setelah deringan mati. Beberapa saat selepas mata ditutup, deringan berbunyi lagi buat kali kedua.
Telefon yang berada diatas meja disisi katil dicapai kemudian diangkat panggilan itu.
"Hello? Kenapa tak tidur lagi?"
"Bad..to.tolong.."
Esakan kecil mula kedengaran dari corong telefon. Yang mula-mula perlahan akhirnya menjadi semakin kuat.
"Cik Aida okay tak?" Dia bangun dari pembaringan. Perhatiannya seratus peratus dialihkan pada gerangan dihujung talian.
"Tak..tolong se.selamatkan saya seka--"
Tutt
Belum habis lagi gadis itu ingin bercakap, talian sudah terputus. Dicuba hubungi Aida tetapi malangnya tidak dijawab panggilannya.
Jantungnya berdetak laju. Apa yang sudah terjadi pada Aida? Tidak pernah gadis itu menangis sebegitu rupa padanya.
Ini pasti ada satu kejadian buruk telah menimpa Aida. Dia lantas berdiri.
Baju t-shirt disarung pada tubuh bersama jaket kulit hitam. Sepucuk pistol Walther P99 diambil dari laci meja lalu diselitkan dipinggang seluar skinny jeans hitam setelah diperiksa peluru di dalamnya.
Dia bergegas keluar dari kondominium sambil ditangannya menjejaki kedudukan Aida di dalam telefon.
Dia berharap agar telefon bimbit kepunyaan Aida tidak mati. Jika tidak, hilanglah titik merah di dalam peta pada telefonnya.
Keluar saja dari perut lif, langkah besar diambil menuju ke kereta Volkswagen merah. Dipasang wireless bluetooth earphone with microphone di kiri telinga.
Setelah dapat mengesan dimana lokasi gadis itu, kereta merah pekatnya mula mengaum garang bergerak pantas menuju ke tempat seperti yang dipinkan di dalam peta itu.
Volkswagen dipandu sehingga ke sebuah simpang. Keningnya bertaut hairan. Dia begitu kenal dengan simpang empat ini.
Dia membelok memasuki satu lorong seperti yang ditunjukkan di peta telefonnya.
Perasaan hairan makin menguasai diri. Atau..gadis itu saja ingin mengenakannya? Dia menggeleng kecil. Mustahil.
Tidak mungkin Aida ingin membuat kerja bodoh begitu pada waktu-waktu begini.
Sewaktu melintas dihadapan rumah Dahlia, dia berpaling sekilas ke arah rumah itu untuk memeriksa keadaan ibu wanita itu dari luar buat kali kedua. Alang-alang sudah lalu.
Gelap. Mungkin Puan Zahirah telah melabuh tirai. Dia diarahkan Prince Adrique untuk memantau keadaan ibu tunggal itu pada setiap hari dan dia juga difahamkan bahawa wanita itu sekarang bukan tinggal bersendirian malah ditemani oleh sepupu kepada Dahlia sendiri.
Fokusnya kembali pada keselamatan Aida. Dia memandu semakin perlahan apabila sudah ingin sampai ke destinasi untuk mengurangkan bunyi deruman kereta.
Brek kaki ditekan kemudian brek tangan diangkat. Dia berpaling. Benar tekaannya, dia ke rumah Aida.
Enjin kereta dimatikan sambil menenggelamkan telefonnya ke dalam poket jaket. Dia memandang sekeliling terlebih dahulu selepas itu baru dia keluar dari perut kereta.
Pagar rumah 2 tingkat itu dipanjat apabila dia mendapati pintu itu berkunci.
Makin dia mendekati kawasan rumah itu, jantungnya makin berdegup laju. Perasaan tidak enak hati menyelubungi dirinya.
Dia mengambil kembali telefon yang disimpan tadi. Peta yang masih tidak ditutup itu dilihatnya. Pada peta itu, lagi beberapa langkah saja dia hampir sampai pada lokasi.
Kakinya melangkah ke belakang rumah teres itu dan matanya terpaku pada sesuatu yang bercahaya diatas rumput. Dia mendekat untuk melihat.
Ternyata itu telefon bimbit kepunyaan Aida.
Mata sepetnya tiba-tiba meluas. Hati mula berkata sesuatu. Dia diperdaya!
Buk!
Belakang kepalanya yang dipukul kuat dengan benda keras menyebabkan dirinya langsung rebah tidak sedarkan diri diatas rumput.
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Lãng mạn[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...