Bunyi kunci pada pintu yang berlaga-laga membuatkan mereka berdua lantas mengangkat muka.
Pintu ditolak dari luar lalu tersembullah wajah seseorang.
"Qarif?" Perlahan bibir Badrul menyebut sepotong nama itu. Senyuman senget yang terhias dibibir Qarif bikin dia makin membara.
"Amacam? Best duduk dalam ini dengan pujaan hati?" Qarif menyoal sinis lalu dia duduk mencangkung dihadapan Aida.
"How are you, beautiful?" Pipi Aida dielus lembut. Cantik juga kekasih Badrul ini walaupun bertudung.
"Don't touch her." Dengan sedikit kudrat yang ada, Badrul gagahkan diri jua untuk menggerakkan rahangnya.
"Kenapa pula? Dia isteri kau ke?" Makin kuat Qarif memerli. Dia menghampiri bibirnya pada wajah Aida yang sudah berpaling ke tepi untuk mengelak.
Dikeluarkan lidahnya menjilat hujung bibir gadis itu. Turun naik dada Badrul menahan amarah. Dimatanya bagaikan ada api yang marak.
Melihatkan respon Badrul yang masih biasa, Qarif mula menyelak selendang yang masih kemas dikepala Aida. Diselak sehingga ke leher.
"Jangan." Amaran gadis itu dihiraukan. Didekatkan bibirnya pada leher putih melepak Aida kemudian dihisap kuat leher itu meninggalkan satu bekas sambil tangannya memicit lembut sebelah dada Aida.
"Aku kata jangan sentuh dia!" Bergema suara Badrul di dalam kamar itu. Kemarahannya tidak lagi dapat dibendung. Direntap berkali-kali tangannya yang dirantai tetapi itu hanyalah usaha yang sia-sia.
Ketebalan rantai besi itu cukup menandakan bahawa kekuatan rantai tersebut tidak dapat dibandingkan dengan tenaga yang ada pada dirinya.
Qarif meledakkan tawanya. Akhirnya, dapat juga dia menyaksikan api kemarahan Badrul.
Pada masa itu, satu ludahan tepat dimukanya hasil daripada Aida. Suara gelaknya terhenti serta-merta.
"Shit!" Tamparan kuat dilayangkan dipipi mulus Aida sehingga terteleng wajah gadis itu. Dilap air liur yang menyinggah dimukanya dengan lengan baju.
Pijar terasa pipi Aida tanpa sedar darah pekat mula terbit dihujung bibir. Tidak pernah dia ditampar dan sebegini kuat pula itu.
"Kau dua ekor ini jangan harap boleh makan hari ini!" Jari telunjuk Qarif dihala pada muka Aida kemudian muka Badrul yang sedang menggelepar pula.
"Aku pun tak hadaplah makanan kau! Puih!" Badrul meludah dihujung kakinya tanda tidak sudi ingin menjamu makanan yang bakal disediakan pengiring King Dahmod itu.
"Kau..ergh!" Qarif mengepal penumbuk seraya bangun. Dia berdiri betul-betul dihadapan Badrul.
Buk!
Satu tumbukan dilepaskan pada perut lelaki itu ingin melepaskan rasa sakit hati."Uhuk"
Buk!
Dua kali."Badrul!" Tempikan Aida hanya sampai digegendang telinga kedua-dua jejaka itu tetapi tiada siapa yang pedulikan.
Buk!
Tiga kali."Uhuk uhuk" Badrul batuk mengeluarkan darah.
"Jangan pernah cari pasal dengan aku. Kalau kau mahu sakit, cubalah lagi ya?" Bahunya ditepuk-tepuk Qarif bersama sengihan lebar.
Qarif menoleh ke sisi melihat Aida yang sedang menatapnya dengan penuh rasa kebencian. Ada dia kesah ke jika gadis itu mahu membencinya?
Dia kemudian membongkok membuang duct tape yang mengikat tangan dan kaki Aida.
"Jaga bakal suami kau elok-elok." Sinis saja sengihannya lalu dia melangkah keluar dari bilik itu dan pintu dikunci.
Keluar saja Qarif dari ruangan itu, Aida lantas bangkit mendekati Badrul yang sudah nyawa-nyawa ikan.
"Bad.." Terketar-ketar tangannya memegang pipi lelaki itu. Air mata yang jatuh dihiraukan. Biarlah dia nampak lemah didepan Badrul. Bukan pada Qarif!
"Sa.saya okay." Nafi Badrul sedangkan sudah terang lagi bersuluh dirinya hampir lunyai dibelasah tadi. Dia cuma tidak mahu nampak lemah dimata Aida.
"Tak, awak tak okay." Aida menggeleng. Lengan bajunya dibawa ke bibir lelaki itu mengesat darah yang telah mengotorkan kawasan mulut kekasihnya. Peritnya lelaki itu terima demi menyelamatkannya.
"Maafkan saya." Dia menurunkan muka menekur lantai. Mata dipejam. Semua ini salah dia!
"Bukan salah awak." Lemah saja suara Badrul menidakkan kesalahan gadis itu malah ini salah dia. Dia yang telah menarik gadis itu ke dalam masalahnya.
Benarlah kata Zack, orang sepertinya tidak boleh bercinta. Kiri kanan musuh. Musuh akan mencari kelemahan mangsa. Cinta, itulah kelemahan nombor satunya.
"Pergi." Satu perkataan itu saja mampu menaikkan wajah Aida yang sedang menunduk menangis.
"A.apa?" Soalnya kurang faham dengan maksud lelaki itu.
"Jangan dekati saya lagi." Dia terkaku disitu. Jantungnya bagaikan direntap keluar. Badrul sudah berpaling ke tepi tidak mahu lagi menatap wajahnya.
Dan dia terkilan.
.....................
Pintu kereta dibelakang dibuka oleh penjaga pintu istana. Adrique keluar dari kereta lalu segera berjalan memasuki rumah keluarganya.
Bayangan Qarif langsung tidak terlintas dimata. Biasanya lelaki itulah yang asyik menjaga pintu masuk.
Sewaktu dia melangkah untuk mencari kakak sulungnya, ada seorang menunduk hormat padanya yang penting wajah itu tidak pernah dilihatnya.
"Qashah?" Tekaannya mendapat anggukan sekali daripada lelaki bernama Qashah itu.
Setelah peroleh respon itu, dia berlalu pergi bersama wajah dingin. Orang baru dia tidak pernah bagi muka bimbang jika kepala dipijak akibat terlalu baik.
"Mak Tin, ada nampak kanda?" Dia menyoal pada pembantu rumah apabila tidak sengaja bertembung dengan wanita itu yang mahu ke ruang santap.
"Oh! Princess Alice ada dalam kamar."
"Ayahanda?"
"Erm..tak silap Mak Tin, King Dahmod ada dalam ruang pejabat." Kening Adrique bertaut. Pelik, King Dahmod ada tapi Qarif menghilang.
"Ayahanda ada tapi kenapa Qarif pula yang ghaib?"
"Haa itulah yang Mak Tin pelik. Dari kelmarin lagi dia menghilang. Mak Tin nak suruh Qarif pergi beli barang dapur sebenarnya kelmarin tapi cari punya cari, tuannya pula yang tiada." Dia sedikit terperanjat. Adakah Qarif ada kaitan dengan kehilangan Badrul dan Aida?
"Hari ini pun tak balik lagi?" Wanita itu menggeleng. Adrique mengetap bibir. Qarif menghilang hampir sama waktu Badrul dan Aida hilang.
Mungkin Qarif ingin membalas dendam pada Badrul kerana telah mencuri dengar perbualan di kedai serbaneka itu.
Dia lantas membuka langkah besar keluar semula dari istana.
"Wan, pin lokasi telefon Qarif dan bagitahu Zack, sediakan Crosman 1911 BB pistol with mock silencer. Aku nak guna yang itu." Arahan itu hanya diberikan perlahan pada Wan khuatir jika ada pembelot seperti Qarif dapat didengari juga.
"Baik Prince Rique." Setelah itu dia bergerak ke garaj yang menempatkan pelbagai koleksi kereta.
Kunci Brabus G800 Widestar diambil dari dalam bilik kecil yang diletakkan semua kunci kenderaan mewah miliknya.
Dia harus pulang ke penthouse sebentar untuk ganti pakaian. Pakaiannya lebih banyak disana berbanding di rumah ini.
Tiba saja dipintu gerbang istana, pengawal keselamatan mengetuk tingkap keretanya.
"Prince Rique, polis?"
"No need. Thank you." Tawaran pengawal keselamatan itu ditolak sopan.
Jendela kembali ditutup kemudian kereta hitamnya dipecut laju membelah lebuhraya.
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Romance[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...