Mata yang ditutup dengan kain itu akhirnya dirungkai ikatannya.
"Open your eyes." Perlahan-lahan Dahlia membuka kelopak matanya. Buka saja mata, mulutnya terus ternganga kecil.
"Candle light dinner? Seriously abang? How sweet you are.." Dia memeluk kemas tubuh abang sepupunya itu sebagai tanda terima kasih.
"Tak ada sweet mana pun. Sikit-sikit saja. Jomlah duduk." Dahlia melepaskan pelukan kemudian mengikut jejak jejaka tinggi lampai itu.
Tidak lekang dek senyuman yang diukirkan Dahlia walaupun ketika itu sedang menikmati hidangan.
"Suka sangat nampaknya itu sampaikan sengih hingga ke telinga." Sindir Adam yang telah selesai membasahkan tekaknya dengan minuman thai ice tea.
"Sukalah sebab dapat dinner dengan orang itu tepi pantai.." Adam tergelak kecil.
"Ada-ada saja dia ni. Erm..Lia?"
"Ya?" Dahlia mengangkat kedua belah keningnya seraya memandang lelaki berkemeja ungu gelap dihadapannya.
"Lia dah ada boyfriend?" Terkelip-kelip mata Dahlia seketika mendengar soalan maut daripada sepupunya itu sebelum dia berpura-pura sakit perut.
"Aduh sakitnya perut.." Perutnya dipicit-picit bersama muka yang berkerut-kerut seperti dia sedang menanggung kesakitan yang maha dahsyat.
"Eh! Lia okay tak ni?" Air muka Adam sudah runsing melihat wajah gadis yang dicintainya itu berkerut.
"Lia ke toilet dulu eh abang?" Tanpa menunggu balasan daripada Adam, Dahlia terus berlari kecil menuju ke restoran berdekatan mencari tandas.
Dia mula berjalan seperti biasa apabila bayangan lelaki itu hilang dari pandangan. Restoran yang ingin ditujunya tadi sudah berada didepan mata tetapi dia tidak masuk malah dia melencong ke arah lain.
Dalam 15 minit lagi baru dia akan ke meja makan semula. Dia berjalan-jalan dan dia baru sedar yang dirinya sudah berada di kawasan yang gelap.
'Mampus kau!' Dia berpusing ke belakang untuk berpatah balik namun apa yang disaksikan didepan mata amat memeranjatkan dirinya.
Terdapat 2 orang lelaki memakai penutup muka sedang berlari anak ke arahnya sambil masing-masing memegang pisau. Pisau mungkin kerana dari jauh lagi nampak bersinar.
Dia ingin menjerit tetapi mulutnya seakan-akan terkunci. Bukan mulut saja namun semua anggota badannya. Disebabkan terlalu terkejut, dia menjadi kaku.
Mata pisau yang bersinar dari jauh itu tadi telah berjaya menembusi perutnya hanya dalam sekelip mata. Darah segar mula membuak-buak keluar dari perut dan juga mulut.
"Uhuk uhuk" Dia terbaring diatas pasir bersama darah yang tidak berhenti mengalir.
'Walid, ibu, ampunkan Lia..' Hatinya berkata sebelum mata dikatup rapat. Dia tidak pasti sama ada untuk seketika atau selamanya. Biarlah Tuhan yang tentukan.
....................
Pantas jarinya menari-nari diatas papan kekunci laptop kepunyaannya untuk menyediakan skrip pembentangan pada hari esok dihadapan pengurus-pengurus syarikat yang terbesar di Hirland.
Tok tok!
Seperti biasa, hanya 2 kali ketukan saja dibenarkan dan jika lebih, itu sudah dipanggil tidak menghormati orang yang sedang beristirahat di dalam kamar beradu.
"Masuk!" Pintunya tidak pernah dikunci kecuali pada waktu dia benar-benar ingin tidur.
Kelihatan pintu biliknya ditolak dari luar lalu terpacul wajah tidak senang duduk Badrul. Lelaki itu mendekati katil besar kepunyaan ketuanya. Dia meninggalkan 5 kaki jarak dari katil itu sebelum dia menunduk hormat.
"Kenapa muka tu gelisah semacam saja?" Naik hairan Adrique melihat wajah anak buahnya itu namun hatinya seperti sudah dapat syak sesuatu yang buruk telah berlaku kerana dia amat kenal dengan reaksi Badrul itu.
"Prince Rique, Cik Rose Dahlia.." Badrul tidak mampu meneruskan bicara kerana semua yang terjadi ini akibat kelalaian dirinya.
Jika dia tidak memikirkan seorang gadis itu, jejak Dahlia tidak akan hilang dari pandangannya.
"What's wrong with her?" Laptop yang berada diatas riba itu diletak di tepi.
"Cik Rose..Cik Rose kena tikam di pantai tadi." Mata Adrique terbuntang luas. Rasa seperti ingin tercabut saja jantungnya.
"Macam mana kau buat kerja?! Aku suruh kau perhati dan jaga dia dari jauh kan? Jangan sampai aku buang kau, Badrul!" Tengkingan Adrique bergema didalam bilik yang luas itu.
"Saya mohon ampun, Prince Rique." Badrul membongkokkan tubuhnya sedikit lama dari yang biasa sebagai permohonan maafnya pada anak raja itu.
Adrique mendengus kasar sambil tangan meraup rambut ke belakang. Kakinya dibawa ke beranda bilik. Angin malam yang menerpa ke wajahnya dapat meredakan amarah yang meluap-luap tadi.
"Siapa punya kerja?" Soalnya pada Badrul tanpa nada sambil menyaksikan kepekatan malam. Dia perlu menenangkan diri buat seketika.
"Saya belum pasti Prince Rique tapi saya dah kerahkan semua pengawal diraja untuk mencari si pesalah terbabit dengan secepat mungkin."
"Macam mana keadaan dia sekarang?" Dia tetap bertanya walaupun mulutnya berasa berat ingin mengajukan pertanyaan itu.
"Sekarang Cik Rose berada di dalam zon merah. Menurut doktor, Cik Rose dalam keadaan kritikal kerana pisau yang menusuk ke dalam perut Cik Rose sangat dalam sehingga menembusi small intestine Cik Rose." Adrique menggenggam kemas palang besi dihadapannya setelah mendengar khabar itu.
Mata dipejam seraya bibir diketap geram. Berani benar orang itu memetik bunga mawar dikawasan larangannya.
'Ayahanda tak suka Rique berkawan dengan dia. Stay away from her.'
'Then I will kill her!'
Matanya segera dicelik. Baru dia teringat akan amaran King Dahmod semalam. Sah! Ini memang kerja ayahandanya.
Dia lantas keluar dari bilik menuju ke tingkat 3 dimana tingkat itu hanyalah untuk Raja Hirland saja.
Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, dia langsung masuk saja ke dalam bilik beradu King Dahmod.
Tangan dikepal membentuk penumbuk saat memandang ayahandanya yang sedang tenang merenung ke luar jendela melihat langit sedangkan ada yang tengah bertarung nyawa waktu itu di hospital.
"Ayahanda!" Semalam King Dahmod yang melaung deras namanya tapi sekarang disebaliknya pula.
"Apa yang ayahanda dah buat?" Melihatkan King Dahmod yang tiada respon, makin kuat mengatakan bahawa lelaki itu yang bertanggungjawab atas kejadian ini.
"Like I said before, stay away from her. I've warned you but you ignored it. And now, who do you wanna blame? Me? Remember, itu baru permulaan. Kalau Rique dekati dia lagi, lebih dari itu ayahanda boleh buat. You know me deeply." Itulah pesanan terakhir King Dahmod sebelum dia melangkah keluar dari biliknya.
"Argh!!" Adrique mencampak segala benda yang berada diatas katil ayahandanya ke lantai.
Antara 2 pilihan, sama ada dia perlu jauhi Rose Dahlia atau mawar itu terus 'melayu' sakit.
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Любовные романы[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...