Chapter 63

13K 487 16
                                    

"Rose!" Princess Alice lantas mendapatkan adik iparnya yang baru saja tiba di istana. Dipeluk erat tubuh yang sudah berbadan dua itu.

"Kanda! Mana boleh hug my wife kuat-kuat nanti lemas baby Rique." Adrique yang sedang duduk disofa hanya melarang tapi tiada pula rasa ingin tolong merungkaikan pelukan kakaknya itu.

"Rose ada craving nak makan apa-apa tak? Kalau ada, kanda nak tolong masakkan." Amaran si adik hanya dibiarkan sepi. Tumpuan Princess Alice hanya pada Princess Rose.

Dahlia menggeleng sambil bibir mempamerkan senyuman.

"Tak ada lagi setakat ini kanda." Adrique menayangkan wajah toya. Memang tak ada lagi waktu ini. Malam nanti kau tengoklah apa yang Dahlia akan minta. Segala daging singa dia suruh belikan. Cendawan Mattake itu pun mujur gadis itu tidak ingat.

"Hm..kalau macam itu, Rose naik atas dulu dan rehat cukup-cukup sebab malam ini kita ada evant besar." Alice tersenyum penuh makna seraya kening dijungkit-jungkitkan.

"Majlis apa kanda?" Berkerut dahi Dahlia memikirkannya. Dia memandang suaminya mahukan jawapan namun lelaki itu hanya mengangkat bahu.

"It's a surprise. Just wait okay?" Alice mengenyitkan sebelah mata kemudian berlalu dari situ meninggalkan Dahlia yang terpinga-pinga.

Dahlia yang masih kebingungan itu mula mendekati Adrique. Punggung dilabuhkan disamping suaminya.

"Majlis apa abang? Kenapa Lia tak tahu?" Adrique memeluk pinggang isterinya. Tangan kirinya pula mengusap-usap perut kempis gadis itu.

Menurut doktor di Maldives, kandungan Dahlia baru berusia 5 minggu. Jadi, isterinya langsung tidak dibenarkan melakukan kerja yang berat-berat kerana kandungan masih muda. Bagi Adrique, bukan setakat kerja berat dia tak bagi, angkat senduk pun dia haramkan.

"No need to know. Dah nama pun kejutan, sayang tak boleh tahu. Ikutkan saja plan kanda" Mendengarkan jawapan itu, Dahlia mendengus tidak puas hati.

"Apa yang no need nya? Lia nak tahu juga."

"Tunggu malam ini saja. Dah, jom naik." Tangan Dahlia dipimpin Adrique hingga ke bilik tidur mereka yang berada di aras satu.

Sekarang baru jam 3 petang. Majlis bermula 8 malam. Sempat lagi mahu beradu.

......................

Dia yang masih blur dan tidak tahu apa-apa ditarik oleh Princess Alice ke bilik dandanan. Gadis itu menyuruhnya untuk duduk dikerusi meja solek.

"Dandankan dia cantik-cantik. Pastikan betul-betul cantik!" Pesan Alice pada seorang wanita yang diupah untuk menjadi juru solek pada adik iparnya sebelum dia keluar dari bilik itu.

"Princess Rose dah sedia?" Soalan wanita itu pun sudah membuatkan jantung Dahlia berdebar-debar. Nak Adrique..

Kepala diangguk walaupun dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"Then, close your eyes Princess Rose." Seperti yang dipinta, akhirnya dia menutupkan mata.

Sementara di luar istana pula, begitu asyik Adrique mengusik pengawal peribadinya yang satu itu. Siapa lagi jika bukan Badrul si mata sepet. Lepas tidur, rasa bertenaga pula.

"How?" Nakal dia menjungkit-jungkitkan kedua-dua belah keningnya.

Terkebil-kebil mata Badrul melihat putera itu. Dah nak jadi ayah pun nakal lagi ke?

"How apa Prince Rique?" Adrique tergelak kecil. Bahu lelaki bermata sepet itu ditepuk.

"Kau jangan nak buat-buat tak tahu eh? Aku hantar kau pergi China last week bukan nak suruh kau bermandi-manda dengan bunga sakura dekat sana." Bukannya Badrul tidak faham dengan soalan pertama Prince Adrique tadi cuma dia malas buka mulut mengenai hubungannya dengan Aida.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now