Adrique berpaling sekilas ke belakang lalu kembali memandang wajah gadis berambut perang dihadapannya. Air muka gadis itu kelihatan sungguh terkejut.
"Kenapa diam? Terkejut? I belum selesai lagi dengan you. Jumpa I balik dekat sini esok untuk bereskan kasut ni. Pandai you 'cantikkan', pandai tanggung." Dahlia menunduk menghormati bicara putera itu.
"Prince..Daren Adrique?" Aida yang terlampau terperanjat hanya mampu menyebut sebaris nama itu saja sebelum dia rebah tidak sedarkan diri. Siapa saja yang tidak terkejut jika melihat anak raja didepan mata yang hanya berpakaian santai, tidak formal seperti hari-hari lain kan?
"Eh Ya Allah, Aida!" Dahlia duduk melutut disebelah rakannya. Pipi gadis itu ditepuk-tepuk perlahan.
"Maaf Prince Rique. Kenapa ni? Siapa mereka?" Soal Badrul yang baru saja tiba disitu. Dadanya berombak kencang. Pertama kerana anak raja ini ghaib dari pandangannya. Berdebar habis dia tadi. Dan kedua kerana berlari ingin mendapatkan Prince Adrique.
"Ada problem sikit je. Esok settle lah ni. Kau pergi angkat girl yang pengsan tu. Tak pasal-pasal rebah tengok aku." Mata Badrul yang sedikit sepet terus membulat. Manalah dia pernah angkat perempuan sebelum ini.
"Hah? Angkat? Err tapi.." Adrique mencekak pinggang sambil merenung lama anak buahnya.
"Aku paling pantang orang yang suka bertapi. Kau pun tahu aku orang yang macam mana kan?" Badrul menunduk kepala menyedari silapnya.
"Maaf Prince Rique." Dia langsung melangkah mendekati seorang gadis yang sudah 'tidur' berlapikkan jalan. Tubuh gadis itu dicepung lalu dibawa pergi.
"Eh eh? Encik nak bawa ke mana kawan saya tu?" Kalut Dahlia menyoal. Bimbang jika si Aida itu dihumban ke dalam laut.
"Ke mana yang I suruh dia bawa." Dahlia berdiri semula. Dia berjalan menghampiri Prince Adrique.
"Great to meet you, Prince Daren Adrique." Dia menunduk hormat sekali lagi dihadapan jejaka itu.
"Thank you. Last I tanya you, what's your name?" Anak mata dibawa lari dari terus menatap wajah kacak putera itu.
"Erm..Dahlia."
"Just Dahlia?" Adrique mengangkat sebelah keningnya.
"Rose Dahlia." Nafas lega dilepaskan Adrique perlahan. Tepat sekali. Orang yang dicari akhirnya hanya berada didepan mata. Tidak rugi dia mengikut gadis ini dari awal dia tiba dipasar malam lagi.
Sewaktu dia ingin membeli kambing golek, dia terhidu satu bauan yang hampir sama melekat diselendang hitam yang jatuh dikakinya ketika berada dikubur tengah hari tadi.
Matanya meliar mencari gerangan yang memakai wangian mawar itu sehingga matanya tertancap pada dua orang gadis yang sedang berjalan ke arah kanopi yang menjual ayam madu selang satu kanopi dari tempatnya berdiri.
Hatinya kuat mengatakan bahawa salah seorang dari mereka yang memakai wangian itu. Dia lalu mendekati gadis-gadis itu kemudian sengaja dia menyelisihkan bahunya pada belakang tubuh gadis berambut perang itu untuk menghidu lebih dekat lagi.
Dia tidak melakukan pada rakan sebelah gadis itu kerana gadis itu bertudung dan setahunya, gadis yang bernama Rose tidak bertudung. Buktinya, selendang Rose boleh terbang hingga ke kakinya.
Dia mengikut gadis itu hingga ke gerai roti john cheese setelah dapat mengenalpasti bahawa gadis itu yang memakai wangian mawar. Sengaja dia membina masalah dengan Dahlia digerai roti john untuk mengenal gadis itu lebih rapat lagi.
Nasib menyebelahinya apabila gadis itu memijak kasut sukan putihnya sehingga kotor. Jadi, dapatlah dia untuk mereka alasan supaya mereka boleh berjumpa lagi.
"Prince Rique?" Dahlia memetik jarinya dihadapan wajah jejaka kacak idaman setiap wanita itu.
"Hah? Ya?" Adrique baru tersedar dari lamunannya. Jauh betul dia termenung. Termenung sambil tengok muka Dahlia pula tu.
"Rose." Dahi Dahlia berkerut. Buang tabiat ke anak raja ini memanggil namanya Rose?
"Rose?"
"Can I call you Rose?" Lambat-lambat Dahlia mengangguk membenarkan.
"Great to meet you too." Adrique menghulurkan tangan kanannya pada gadis itu sebagai salam perkenalan.
Teragak-agak Dahlia menyambut huluran itu sebelum senyuman manis menghiasi wajahnya yang bersih tanpa solekan. Dadanya berdebar-debar saat menyentuh kulit putera raja itu. Buat pertama kali dalam hidupnya dan dia telah mencipta sejarah yang dirinya sudah pernah berjabat tangan dengan Tunku Putera Daren Adrique Ibni Sultan Dahmod Alauddin. Bangga terasa.
Kalau boleh, sampai bila-bila dia ingin begini tetapi dia sedar bahawa dia hanyalah rakyat biasa yang tidak layak untuk berada disisi Prince Adrique.
"Erm..kalau dah takde apa-apa..saya..err patik eh saya patik..erghh! Maaf Prince Rique, saya tak pandai berbahasa istana." Kedengaran ketawa terletus dari bibir Prince Adrique.
"Hahaha no worries..kami di istana pun tak guna bahasa istana sangat cause too formal. Kami guna bahasa istana bila ada event besar saja." Dahlia mengangguk mengerti. Oh macam tu rupanya kehidupan diorang.
"Ohh macam tu. Prince Rique, saya rasa saya patut pergi dulu. Dah malam sangat ni. Nanti ibu saya risau keluar lama-lama. Saya nak minta maaf sangat-sangat pasal kasut tu. Esok saya janji akan cucikan." Adrique mengecilkan mata memandang wajah gadis itu.
"Muka macam you ni boleh percaya ke akan datang esok? Tah tah tipu je kerja. Bak Identity Card you, I nak simpan. Kalau you tipu, bolehlah I cari you sampai lubang cacing." Dahlia ternganga. Dia minta kad pengenalan? Dahlah muka dia yang terpampang dikad itu seperti hidup segan, mati tak mahu.
Adrique yang melihat tindakbalas gadis itu seakan lembab terus merampas beg dompet yang dipegang Dahlia. Beg itu lantas dibuka lalu diambil kad kecil yang dinamakan sebagai Kad Pengenalan Diri. Beg itu dipulangkan pada tuannya kembali.
"Eh IC saya tu!" Dahlia ingin merampas kadnya kembali. Kalau dia bertembung dengan polis lepas ni, memang disumbat lokap dia nanti. Eh! Bukan dia seorang, dengan Prince Adrique sekalilah.
"It's okay. Let me keep it for a while. Bye my girl! Oh anyway, your friend is in her car!" Jerit Adrique yang sudah jauh berlari bersama kad pengenalan milik Rose Dahlia, gadis yang terlalu dia ingin ketemu dari siang tadi lagi.
YOU ARE READING
Mr. Prince ✔
Romansa[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam akibat berebutkan satu makanan yang tersohor ditempat itu telah menyebabkan sepasang mata violet bertem...