Sila dengar video di atas untuk lebih penghayatan dan kefahaman :-)
Suriram, suriram ram ram
Suriram yang manis
Aduhai anakku sayang
Suriram jantung hatikuTinggilah tinggi si matahari
Suriram...
Anak kerbau mati tertambat
Suriram...
Sudahlah lama ibu mencari, sayang
Baru sekarang ibu mendapatSuriram,suriram ram ram
Suriram yang manis
Aduhai anakku sayang
Suriram jantung hatiku..Kedengaran seorang wanita sedang menyanyikan lagu tersebut dengan lemah lembut. Suaranya yang gemersik itu kedengaran seram tatkala dia menyanyikan lagu tersebut ditambah dengan keadaan rumah yang usang itu.
Wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu sedang leka menjahit sepasang baju kurung berbunga merah sambil ditemani lampu kalimantang di ruang tamunya.
Dia merenung ke luar tingkap yang terbuka sambil tersenyum puas. Hanya pemandangan hitam pekat yang menemaninya pada malam itu.
Dia meneruskan aktiviti menjahit dengan mesin jahit usangnya setelah beberapa minit merenung ke luar tingkap. Sikit lagi, pakaian yang dijahitnya itu akan siap dan akan dipakai anaknya yang tercinta.
Bamm!! Bammm!! Bamm!!
Ketukan dan tendangan yang datang dari sebuah bilik membuatkan pekerjaannya terhenti seketika.
Bamm!! Bamm!!!
Bunyi tersebut masih lagi kedengaran bersama suara seorang budak dan esakan tangis yang kian menjadi-jadi.
Wanita itu tidak mempedulikan tangisan itu lalu meneruskan pekerjaannya yang tergendala tadi sambil menyanyikan lagu suriram itu.
Kanak-kanak tadi masih lagi menangis namun bunyi mesin jahit dan nyanyian wanita itu menenggelamkan tangisan tersebut.
***************************************
"macam mana? Dah jumpa dah?" Izreen memandang tepat ke arah Haikal. Tinggi harapannya agar dia mendapatkan jawapan yang positif. Frame gambar anaknya digenggam erat. Dari semalam lagi, dia tidak melepaskan gambar tersebut. Setiap masa, dia akan menatap wajah anaknya itu,berharap agar anaknya akan kembali ke pangkuannya semula.
"Belum lagi sayang. Polis tak dapat apa-apa clue lagi tentang kes ni." Haikal menggeleng kesal. Luluh hatinya melihatkan keadaan isterinya yang sudah tidak terurus sejak kehilangan anak mereka, Danial.
Sudah hampir 3 minggu, anaknya hilang. Segala usaha telah dilakukan termasuklah mengedarkan risalah tentang kehilangan anaknya kepada orang ramai dan menyebarkan berita itu di media sosial.
Namun, semuanya menemui jalan buntu. Rasa rindunya sudah tidak tertanggung lagi. Macam-macam perkara bermain di fikirannya. Adakah anaknya masih hidup atau sudah meninggal?
Izreen penat. Lelah untuk menghadapi semua ini. Kepalanya terasa berat ketika itu.
Bukkk!!!
Haikal mencepung badan Izreen setelah menyedari Izreen pengsan. Kesian, seorang ibu sepertinya pasti sukar menerima dan menghadapi situasi sebegini.
YOU ARE READING
SHHH... [C]
Mystery / ThrillerSinopsis: "Apa yang kau buat ni Dahlia?!"- Izreen. "Shhh...duduk diam-diam. Sakit ni sekejap je sayang." -Kenanga Kehidupan Izreen tidak lagi sama apabila hadirnya Dahlia sebagai pembantu rumahnya. Rahsia yang selama ini tersimpan kemas kini bakal t...