Epilog

912 17 1
                                    

Sebelum Dahlia dan keluarganya dilanggar oleh Haikal:

"hi assalamualaikum dan selamat malam kepada pendengar BreezeFm. Izreen disini! Hari ini merupakan hari Ahad, 13 Mei 2011. Dan seperti semua sedia maklum hari ni merupakan hari ibu sedunia. Izreen ucapkan Selamat hari ibu kepada pendengar setia BreezeFm! Terima kasih kepada semua ibu di luar sana! Izreen ucapkan semoga korang sentiasa sihat di samping keluarga tersayang."

Kenanga tersenyum bahagia apabila mendengarkan ucapan daripada dj radio tersebut.

Dia melihat anaknya, Suriram sedang nyenyak tidur di pangkuan Dahlia yang juga sedang tidur lena di tempat duduk belakang.

Kesian, mungkin mereka penat bermain di pantai tadi sempena menyambut Hari Ibu. Kini, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Suriram Binti Mohd Helmi, mak akan sentiasa jaga Suri sampai akhir nyawa mak." Bisik hati Kenanga.

"Selamat hari ibu, Sayang. Terima kasih sebab Sayang dah lahirkan Suri untuk abang." Helmi mempamerkan senyumannya kepada isterinya yang tercinta. Sebelah tangannya menggenggam mesra tangan Kenanga. Manakala, sebelah tangannya lagi memegang stereng kereta.

"Abang, Sayang bersyukur sangat sebab Allah dah makbulkan doa kita. Dah 10 tahun kita tunggu. Akhirnya, Suri hadir juga dalam hidup kita." Suri menayangkan senyuman manisnya sambil mengusap pipi Helmi dengan penuh kasih sayang.

Kenanga menutupi separuh wajahnya apabila wajahnya disuluh dengan cahaya yang menyilaukan di hadapan secara tiba-tiba.

Kereta yang berada di hadapannya seperti hilang arah dan hampir melanggar mereka sekeluarga.

"Abang! Hati-hati!" Kenanga memberikan amaran kepada Helmi apabila melihat kereta dihadapannya semakin dekat.

Serta-merta, Helmi mengawal stereng keretanya untuk mengelak daripada kereta tersebut.

Malangnya, stereng kereta yang dipegang tidak mampu dikawal lalu merempuh tiang lampu yang terletak 500 meter dari tempat tadi.

Bammm!!!!

Darah memercik di merata-rata. Pandangan Kenanga perlahan-lahan kabur dan gelap.

TAMAT

SHHH... [C]Where stories live. Discover now