Bahagian 8

1.1K 21 0
                                    

Izreen mengucup perlahan dahi Puan Mariam. Sejuk dan kaku wajah Puan Mariam. Air matanya mengalir laju apabila melihat sekujur tubuh yang telah siap berbungkus kafan itu.

Bacaan yassin kedengaran di ruang tamu tersebut saat dibacakan orang ramai yang datang menziarahi arwah Puan Mariam. Izreen tidak menyangka, baru sahaja dua hari lepas dia menelefon Puan Mariam di hospital dan malamnya pula, dia dikejutkan dengan panggilan dari Dahlia yang mengatakan bahawa Puan Mariam lemas di dalam kolam rumahnya.

"Cium Opah ya sayang?" Segera Danial mencium dahi arwah Puan Mariam apabila disuruh oleh Izreen.

"Mama, kenapa Opah tidur kat sini?" Pertanyaan Danial yang tidak memahami apa yang telah berlaku hanya dibiarkan sepi.Dipeluknya Danial dengan penuh erat.

Kesian kamu wahai anakku. Ditinggalkan orang tersayang pada usia yang masih muda.

Setelah soal siasat dilakukan, polis mengklasifikasikan kes kematian Puan Mariam sebagai mati mengejut memandangkan tiada sebarang bukti pada saat ini yang dapat mengaitkan kematiannya dengan pembunuhan.

Izreen menutupi wajah arwah puan Mariam dengan kain kafan itu. Sebentar lagi, mayatnya akan dikuburkan di tanah perkuburan yang berdekatan.

Air mata Izreen mengalir lebih laju tatkala mengenangkan nasibnya itu. Dahlah suami terlantar di hospital, ibu tersayang pula meninggalkannya dalam sekelip mata.

Izreen telah memaklumkan berita tersebut kepada Haikal namun Haikal tidak dapat balik ke rumah untuk melihat jenazah untuk kali terakhir kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Dari dalam dapur, Dahlia tersenyum melihat keadaan Izreen yang tidak bermaya itu. Hatinya puas melihat majikannya dalam keadaan begitu.

Perlahan-lahan dia mengacau bancuhan teh yang akan dihidangkan kepada tetamu yang datang bertandang ke rumah untuk membantu proses pengebumian Puan Mariam itu.

Padan muka kau Izreen!

***************************************

Dari jauh, kelihatan seorang perempuan yang memandang ke dalam rumah Izreen. Dia menyembunyikan dirinya di sebalik pagar sambil memakai topi agar tiada sesiapa yang menyedari kehadirannya di situ.

Di dalam rumah itu, dia dapat melihat orang ramai sedang berkumpul di ruang tamu kerana pintu hadapan rumah itu dibuka. Namun, bukan itu yang diinginkannya. Pandangan matanya terarah pada seorang budak lelaki yang sedang dipeluk oleh Izreen itu.

"Suri.." dia berbisik perlahan. Air matanya mengalir laju.

SHHH... [C]Where stories live. Discover now