Bahagian 14

778 17 0
                                    

Haikal mengenggam erat tangan Izreen. Cuba menyalurkan kekuatan dan meredakan perasaan cemas yang dialami Izreen. Walaupun hakikatnya,dia juga merasakan begitu.

Inspektor Fahmi parking keretanya di tepi jalan. Agak jauh dengan rumah Dahlia. Ini kerana, untuk memasuki rumahnya, mereka harus meredah semak samun sebelum sampai ke rumahnya.

Hanya itu sahaja jalan untuk memasuki rumah Dahlia kerana rumahnya yang terletak di hujung kampung dan jauh dari rumah lain.

Inspektor Fahmi, Izreen dan Haikal berhati-hati meredah semak samun tersebut. Manakala, anggota polis yang lain berkawal di tepi semak itu sebagai langkah berjaga-jaga.

"Uwekkk!!" Izreen memuntahkan isi perut apabila bau yang cukup meloyakan dan pemandangan ngeri di sajikan di depan matanya. Terdapat sekujur mayat dengan kepalanya yang agak terbuka menampakkan sedikit tempurung kepala.

Mayat perempuan tersebut terdampar di depan rumah itu. Dari baju dan gelang yang dipakai oleh perempuan itu, Izreen pasti itu adalah Dahlia.

"Abang, anak kita abang." Izreen memagut tangan Haikal. Bimbang dengan keadaan Danial apabila melihatkan mayat itu.

"Jom masuk dalam rumah tu dulu. InsyaAllah, tak ada apa-apa." Inspektor Fahmi menggamit Izreen dan Haikal ke rumah itu.

Ketika mereka sedang berbual di luar rumah, Kenanga mengintai mereka dari dalam rumah di sebalik celahan dinding.

"Kenapa jantan tak guna tu hidup lagi? Aku dah langgar dah kau sebelum ni! Apasal liat sangat nyawa kau ni?!" Bisik hati Kenanga. Matanya difokuskan ke arah Haikal yang sedang berjalan menuju ke hadapan rumahnya.

Bersedia dengan segala kemungkinan. Tangannya menggengam kemas sebatang kayu sebesar pemeluk.

"Mampus kau tak guna!" Kenanga menghentak kepala Haikal beberapa kali ketika Haikal membuka pintu rumah itu sehingga dia tidak sedarkan diri.

Inspektor Fahmi cepat-cepat meraih tangan Kenanga dan memaksanya meletakkan tangannya di belakang sebelum menggarinya.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Kenanga meronta-ronta meminta dilepaskan.

Izreen segera menerjah setiap bilik di rumah itu untuk mencari Danial. Alangkah hancurnya hati Izreen melihatkan keadaan Danial yang kurus kering dan berpakaian baju kurung serta diikat kaki dan tangannya.

Lebih hancur hatinya, apabila melihatkan satu-satunya anak lelakinya telah menjadi bisu.

"Anak mama." Berlinangan air mata Izreen sambil mengusap anaknya itu. Dicium pipi Danial berkali-kali untuk melepaskan rindu yang menggebu.

"Jangan ambil anak aku!! Jangan ambil anak aku!!" Kenanga menjerit apabila melihatkan Danial berada di dalam pangkuan Izreen.

"Suri sayang, Anak mak. Tolong mak, sayang." Kenanga terus merayu sambil memandang Danial. Meronta-ronta meminta dilepaskan.

Danial menyembunyikan dirinya di belakang Izreen sambil menangis teresak-esak. Trauma dengan apa yang dialaminya.

Anggota polis yang lain membawa Kenanga pergi dan menghantar Haikal ke hospital untuk rawatan kecemasan.

SHHH... [C]Where stories live. Discover now