Sejam sebelum Izreen menerima berita tentang Haikal kemalangan.
Jari jemarinya diketuk perlahan pada dashboard kereta. Pandangannya dihalakan pada sebuah bangunan yang terletak di hadapannya itu. Bangunan yang tertulis 'Hospital Ampang' itu terus menjadi titik fokusnya.
Ada seseorang yang dia tunggu-tunggu daripada tadi.
Suasana damai yang ditemani dengan rintik-rintik hujan di luar keretanya sedikitpun tidak mendamaikan hatinya.
Ada dendam yang menyelubungi diri sehingga dia tidak setenteram yang lain.
Radio di keretanya dihidupkan bagi menemani malamnya sementara menunggu kehadiran lelaki tersebut.
"hi assalamualaikum dan selamat malam kepada pendengar BreezeFm. Izreen disini! Sekarang jam dah menunjukkan pukul 11.35 malam. Ada yang belum tidur lagi ke? Atau tak dapat tidur?
Jangan risau jangan bimbang, kita rileks dulu dengan BreezeFm. Sambil-sambil tu, bolehlah hilangkan bosan anda dengan lagu-lagu best yang akan kami perdengarkan sebentar lagi.
Kalau anda ada lagu yang ingin anda request kepada kami, jangan malu jangan segan,jom hantarkan permintaan lagu anda di talian hotline kami iaitu 1300-44-1212 atau layari laman web kami iaitu www.breezeFm.com.my."
Dia memejamkan matanya apabila suara itu kedengaran di corong radio. Dia benci dengan suara itu!
Dia mengambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu lalu menghantar mesej tersebut kepada laman web yang disebut oleh dj radio itu tadi.
"Baiklah. Nampaknya kita ada permintaan daripada puan Soraya yang meminta untuk dimainkan lagu daripada Ari Lasso yang bertajuk Lirih dan ada mesej yang ditinggalkan oleh puan Kenanga. "Cinta tak semestinya memiliki namun aku akan tetap bersamamu sayang. Lagu ini adalah untukku wahai anak dan suamiku."
Dia tersenyum apabila mendengarkan perempuan itu membacakan mesej yang dihantarnya tadi.
Untuk seketika, dia tenggelam dalam dunianya apabila mendengar lagu permintaannya itu.
"Baiklah. Kepada semua pendengar BreezeFm,seperti yang anda sedia maklum, malam ini Izreen akan menemani anda dalam slot luahan hati dan soal jawab. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau nak berborak dengan Izreen, jomlah hubungi talian hotline BreezeFm sekarang. Izreen sentiasa ada untuk korang."
Lamunannya terhenti setelah kedengaran suara dj radio itu apabila lagu yang dimainkan telah tamat.
Sekali lagi, dia mendail nombor yang dinyatakan dj radio itu di telefon bimbitnya.
"Nampaknya kita ada pemanggil. Assalamualaikum cik. Boleh saya tahu siapa pemanggil di sana?" Suara Izreen bergema di corong radio kereta perempuan itu.
"Panggil saja saya Puan K. saya nak minta pendapat Cik Izreen. Boleh?" Tanpa banyak bicara, perempuan tersebut memulakan perbualan. Pada masa yang sama, matanya mengarah pada seorang lelaki yang sedang keluar dari bangunan tersebut dan menuju ke tempat parking kereta.
"Boleh Puan K. Puan K nak tanya apa? Kalau saya boleh jawab, saya jawab ya?" Suara Izreen masih kedengaran di corong radio.
"Cik Izreen rasa, orang jahat patut tak dihukum?" Perempuan itu mengutarakan persoalan. Tangannya digenggam erat, marah dengan 'orang jahat' itu.
"Mestilah patut Puan K. lagipun, kalau mereka tak dihukum, macam mana negara kita nak aman? Kalau mereka terlepas, mungkin lagi ramai yang akan jadi mangsa. Sebab tulah, adanya undang-undang. Untuk menghukum mereka nilah." Perempuan itu tersenyum apabila mendengarkan jawapan yang diberikan Izreen itu lalu memutuskan panggilan tersebut.
"Kesian kau Haikal..isteri kau pun tak suka orang jahat macam kau. Kalau macam tu, bolehlah aku bunuh kau." Bisik hati wanita itu. Dia bersiap-sedia untuk memandu keretanya. Panggilan itu dimatikan begitu sahaja.
Tangannya memegang erat stereng kereta itu dan kakinya juga sudah sedia untuk memijak pedal minyak kereta itu.
"Matilah kau Jahanam!!" Perempuan terus memandu laju ke arah lelaki itu yang sedang berjalan menuju ke tempat parking.
Bamm!!!!!!!!
YOU ARE READING
SHHH... [C]
Mystery / ThrillerSinopsis: "Apa yang kau buat ni Dahlia?!"- Izreen. "Shhh...duduk diam-diam. Sakit ni sekejap je sayang." -Kenanga Kehidupan Izreen tidak lagi sama apabila hadirnya Dahlia sebagai pembantu rumahnya. Rahsia yang selama ini tersimpan kemas kini bakal t...