Bahagian 12

841 19 0
                                    

"dah dahlah tu Along. Dia tu bukan anak kau." Dahlia menunjukkan muka tidak puas hati kepada Kenanga.

Dia berpeluk tubuh sambil melabuhkan duduk di tangga kayu hadapan rumahnya itu.

Hairan. Dalam ramai-ramai budak, anak Izreen juga yang diambil kakaknya dan dikatakan sebagai Suri-anak kandungnya.

Budak lelaki pulak tu!

Wanita itu hanya mengendahkan kata-kata Dahlia. Tangannya tetap setia membelai budak lelaki itu di pangkuannya.

Ya, Kenanga adalah kakak Dahlia yang dikatakan gila itu.

Setelah Dahlia menikam Haikal dan keluar dari rumah itu, dia melarikan diri ke rumah lamanya dan berjumpa Kenanga di situ.

Alangkah terkejutnya Dahlia apabila melihat Danial di rumah lamanya. Sebak hatinya melihatkan keadaan Kenanga yang sudah tidak terurus sejak dia kehilangan suami dan anaknya.

"Shh...anak aku tengah tidur ni. Jangan kacaulah." Kenanga menepuk perlahan belakang Danial untuk mendodoikannya.

Danial yang memakai baju kurung berbunga merah ketika itu sedang tidur lena di pangkuan Kenanga.

Wajahnya ditampalkan bedak sejuk dan rambutnya yang pendek diikat menjadi tocang sejemput seperti perempuan.

"Ikut kaulah Along. Malas aku nak layan kau ni!" Dahlia membentak dan meninggalkan mereka di ruang tamu itu lalu masuk ke biliknya.

Sebal hatinya melihatkan anak majikannya itu. Seakan perbuatannya menikam Haikal masih tidak mampu membalas dendam kesumatnya itu.

***************************************

Bamm!!! Bamm!!! Bamm!!!!

"Ish! bisinglah budak ni!" Dahlia merapatkan kedua-dua tangannya di telinga. Tidurnya terganggu kerana bunyi hentakan dan ketukan dinding yang bertalu-talu daripada Danial.

Sudah hampir 10 minit, Dahlia menahan amarahnya. Sangkanya, jika dibiarkan pasti budak itu akan berhenti sendiri. Namun, tebakannya salah apabila bunyi itu masih lagi kedengaran.

Kenanga pula hanya membiarkan saja bunyi tersebut. Mungkin, dia sudah lali dengan bunyi tersebut kerana hampir setiap hari Danial akan menendang dan mengetuk pintu biliknya meminta keluar dari situ.

"Tak boleh jadi ni!" Dahlia merentap selimutnya kasar dan keluar dari biliknya menuju ke bilik Danial.

"Eh diamlah budak! Kau ni, bisu-bisu pun tetap buat bising jugak! Memang menyusahkan hidup akulah!" Telinga Danial dipulas geram sehingga kaki Danial terangkat apabila telinganya dipulas kuat membuatkan dia mengerang kesakitan.

"Apasal kau tak mampus je hah?! Kau ni memang tak layak hidup lah!"

"Angah!! Jangan kacau anak akulah!" Kenanga segera meleraikan tangan Dahlia daripada telinga Danial. Suara herdikan Dahlia telah mengejutkannya daripada tidur.

"Aku dah tak boleh sabar lagi Along. Hari-hari budak ni buat bising! Aku nak tidur pun tak senanglah,Long!"

"Sini kau! Biar aku humban kau dalam neraka terus!" Dahlia merampas Danial dari pelukan Kenanga.

"Kau nak bawa anak aku pergi mana tu, Angah?!" Kenanga mengejar Dahlia yang sedang mengheret Danial menuju luar rumah seperti binatang.

Rengekan Danial yang kian menggila tidak sedikitpun dipedulikannya.

"Tolong jangan sakitkan anak aku, Angah! Kesian anak aku tu, Angah!" Air mata berjuraian di wajahnya apabila melihat anaknya itu diperlakukan sebegitu rupa.

"Ni bukan anak kaulah, Along! Ni anak orang yang dah bunuh suami dengan anak kau!" Dahlia melemparkan Danial di depan rumahnya lalu mengambil sebatang kayu yang ada di situ dan memukul Danial dengan sekuat hati.

"Tak! Tu anak aku, Angah! Anak aku! Lepaskan Suri, Angah!" Kenanga mengambil sebatang cangkul yang terletak di belakang rumah lalu menuju ke arah Dahlia yang sedang galak memukul Danial dan membelakanginya.

Bukkk!!!

Dahlia merasakan cecair hangat mengalir dari kepala. Dia menyentuh kepalanya dan melihatkan cecair merah pekat membanjiri kepalanya. Serentak itu, kepalanya terasa berpusing dan berat lalu dia jatuh menyembah bumi.

Kenanga segera mendapatkan Danial dan memeluknya erat. Cangkul yang berada dalam genggamannya dibuang jauh-jauh.

"Suri okay, sayang? Jangan risau ya, Suri. Mak ada kat sini. Mak takkan biarkan sesiapa pun menyakiti kamu." Diusapnya kepala Danial dengan penuh kasih sayang. Danial yang masih lagi terkejut dengan apa yang dilihatnya hanya mampu berdiri kaku. Trauma dengan apa yang berlaku.

"Jom kita masuk dalam. Kat luar ni banyak nyamuk. Nanti mak sapukan ubat untuk Suri, ya?" Kenanga memimpin tangan Danial menaiki tangga rumahnya dan meninggalkan mayat Dahlia di hadapan rumahnya itu.





SHHH... [C]Where stories live. Discover now