Izreen membelek helaian demi helaian kertas yang ada di dalam fail hitam itu. Sampai pada helaian terakhir, dia melihat sekeping gambar di situ.
"Perempuan di sebelah Dahlia itu merupakan kakaknya, Kenanga dan disebelah Kenanga pula adalah abang ipar Dahlia, Helmi.
Kenanga pernah ditahan di hospital Sakit Jiwa 2 tahun lepas tapi 5 bulan selepas tu, dia melarikan diri. Sampai sekarang, pihak hospital gagal menjejakinya." Inspektor Fahmi menerangkan kepada Dahlia setelah berdiam diri untuk seketika.
Izreen masih memerhatikan sekeping gambar lama yang berlatar belakangkan sebuah pantai. Kelihatan Dahlia sedang tersenyum dan memeluk bahu Kenanga manakala Kenanga sedang mengendong anaknya, Suri sambil memeluk pinggang suaminya.
"Macam mana dengan alamat rumah Dahlia yang kami berikan kepada Tuan sebelum ni?" Haikal mengajukan persoalan kepada Inspektor Fahmi. Dia dan Dahlia pernah menyerahkan maklumat peribadi Dahlia sewaktu dia mula-mula bekerja dengan mereka kepada Inspektor Fahmi.
"Berkenaan dengan tu, kami dah siasat. Tapi, alamat yang dia berikan tu sebenarnya alamat lama. Dia dah tak tinggal di situ lagi."
Haikal memeluk bahu Dahlia. Tanda memberikan sokongan apabila wajah Dahlia mulai keruh. Kecewa dengan apa yang didengarinya.
"Tapi, nasib baiklah pihak kami berjumpa dengan jiran Dahlia. Dan dia memberitahu bahawa Dahlia dan Kenanga mempunyai rumah pusaka di kampung." Wajah Dahlia yang tadinya keruh menjadi cerah kembali apabila mendengarkan maklumat itu.
Masih ada harapan untuknya bertemu Danial...
"Ini alamatnya." Inspektor Fahmi menghulurkan sekeping kertas dari poketnya lalu menyerahkan kepada Dahlia.
"Besok kita akan pergi ke sana bersama-sama. Semoga kita dapat bertemu kembali dengan Danial." Inspektor Fahmi melemparkan senyuman manis untuk menenangkan hati Dahlia dan Haikal.
YOU ARE READING
SHHH... [C]
Mystery / ThrillerSinopsis: "Apa yang kau buat ni Dahlia?!"- Izreen. "Shhh...duduk diam-diam. Sakit ni sekejap je sayang." -Kenanga Kehidupan Izreen tidak lagi sama apabila hadirnya Dahlia sebagai pembantu rumahnya. Rahsia yang selama ini tersimpan kemas kini bakal t...