Bahagian 3

1.9K 22 0
                                    

Prangg!!

Cawan yang tersedia di atas meja itu jatuh ke lantai. Serpihan kaca bersepah di sekeliling meja kopi di ruang tamu itu.

"Apa yang awak bagi kat saya ni?! Saya balik penat-penat, awak bagi saya air kosong je? Awak ingat saya ni binatang ke nak bagi air kosong je?!" Haikal meninggikan suaranya kepada Izreen. Merah padam mukanya menahan amarah.

"Awak ni kenapa hah?! Asyik-asyik nak marah je? Tak boleh ke awak bagitahu elok-elok? Selama ni saya bagi awak air kosong, awak okay je.

Kalau awak nak air manis ke..makanan ke..awak bagitahu jelah. Tak payahlah nak mengamuk macam ni." Izreen turut meninggikan suara. Geram menyelubungi dirinya apabila melihat perbuatan suaminya itu.

Sejak akhir-akhir ini, mereka sering bergaduh. Kebiasaannya, berpunca dari hal-hal yang kecil seperti ini.

Sebelum ni,hubungan mereka baik-baik sahaja. Malah, Haikal tak pernah meninggikan suara kepadanya. Apalagi disebabkan hal-hal sebegini.

Aneh..seperti ada yang tak kena dengan mereka berdua.

"Takkanlah benda macam ni pun nak kena bagitahu? Awak ni bodoh ke apa?" Haikal membalas kata-kata Izreen.

Panggg!!

Satu tamparan hinggap di pipi Haikal. Dan tamparan itu daripada Izreen. Dia merasa sangat terhina apabila dikatakan sebegitu.

"Ceraikan saya! Saya dah taknak tengok lagi muka awak!" Izreen nekad berkata begitu lalu pergi meninggalkan Haikal. Pintu bilik dihempas kuat sebagai tanda protes.

Di satu sudut, Dahlia tersenyum sinis. Akhirnya, perancangannya untuk menghancurkan hubungan Izreen dan Haikal berhasil. Tak sia-sia dia berjumpa Tok Dahalan untuk mendapatkan bungkusan kuning itu.

Dahlia meneruskan pekerjaannya mengemas dapur sambil berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.

***************************************

Ding dong!!

Loceng rumah ditekan setelah wanita tua itu berdiri di pintu hadapan banglo tersebut. Dia melihat sekeliling rumah sambil menjinjit beg balik kampung yang sederhana besar itu.

Tudungnya dibetulkan sambil mengelap peluh yang membanjiri wajahnya dengan hujung tudungnya. Maklumlah, matahari tegak atas kepala. Sebab tu lah dia banyak berpeluh.

Dahlia bergegas menuju ke pintu rumah setelah mendengarkan loceng pintu itu. Entah siapalah gerangan yang datang tengah hari tu.

"Ya makcik? Makcik cari siapa ya?" Dahlia bertanya tatkala melihat wanita tua itu berdiri di hadapan rumah apabila dia membuka pintu tersebut.

"Izreen ada?" Wanita tua itu bertanya sambil matanya meninjau keadaan di dalam rumah itu.

"Puan Izreen..."

"Mak, mak dah sampai dah? Masuklah mak." Belum sempat Dalia menghabiskan kata-katanya, Izreen muncul dari belakang Dahlia. Dia segera bersalam dengan wanita tua itu sambil memapahnya ke dalam rumah.

"Dahlia, ni mak saya. Dahlia boleh panggil dia Cik puan Mariam ataupun cik puan." Izreen memperkenalkan ibunya kepada Dahlia.

"Tolong ambilkan air untuk mak saya ya?"

"Baik puan." Dahlia menuju ke dapur untuk membancuh air untuk dihidangkan kepada tetamu mereka itu.

"Siapa tu? Lain macam je mak tengok." Puan Mariam memulakan bicara. Bibirnya dijuihkan ke arah Dahlia yang sedang menuju ke dapur. Hatinya terasa sesuatu saat melihat Dahlia.

"Oh..tu pembantu rumah Izreen mak. Nama dia Dahlia. lain macam apanya mak?" Berkerut dahi Izreen memikirkan kata-kata maknya itu.

"Tak ada apalah.perasaan mak je kot." Puan Mariam enggan membicarakan tentang itu. Baginya, ada yang lebih penting daripada itu. Ada sesuatu berita yang ingin dia pastikan.

"Mak dengar, kamu nak bercerai dengan Haikal. Betul ke?" Puan Mariam memandang tepat ke arah Izreen.

SHHH... [C]Where stories live. Discover now