"hati-hati abang." Izreen memapah Haikal ketika memasuki rumah. Akhirnya, Haikal dibenarkan pulang ke rumah setelah hampir 3 minggu terlantar di hospital.
"Saya boleh jalan sendirilah. Tak payah susah-susah papah saya." Haikal menepis tangan Izreen. Enggan menerima bantuan daripada isterinya itu.
Nampaknya, perasaan marah dalam diri Haikal masih lagi tersisa. Dia melangkah menuju ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di kerusi sofa.
Apa yang dia marahkan pun tak tahulah. Yang pasti, dia tak boleh dekat dengan Izreen. Pasti ada saja yang membuatkan dia rasa nak marah. Badannya pun rasa panas je bila dekat dengan Izreen.
"Awak ni kenapa? Asyik nak marah-marah je? Kalau saya ada buat salah, cuba cakap elok-elok. Ini tak, asyik nak marah je kerja." Izreen melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya. Dia sudah penat nak bergaduh dengan Haikal.
Ikutkan hati, ingin saja dia meninggalkan Haikal di hospital itu tanpa membawanya ke rumah. Namun, mengingatkan keadaan Haikal yang anak yatim piatu itu, tidak sampai hatinya nak buat begitu.
"Awak duduk kat sini dulu. Saya buatkan air untuk awak." Izreen berkata lalu menuju ke dapur.
Untuk menuju ke dapur, dia akan melalui bilik Dahlia dahulu kerana bahagian dapur terletak di hujung rumah di sebelah bilik Dahlia.
Sunyi pula bila tak ada orang kat rumah. Danial pula masih di tadika lagi. Manakala Dahlia pula tidak kelihatan dalam rumah itu. Mungkin saja keluar ke pasar memandangkan hari masih pagi.
"Padan muka kau Izreen. Aku akan buatkan hidup kau merana. Biar Haikal tu lagi bencikan kau. Baru puas hati aku!" Izreen menghentikan langkahnya apabila terdengar kata-kata Dahlia di sebalik biliknya.
"Eh, Dahlia ada?" Hatinya berbisik curiga apabila mendengar suara Dahlia.
Di sebalik pintu bilik yang terbuka sedikit, dia dapat melihat keadaan Dahlia yang membelakanginya sambil memegang bungkusan kuning.
Dahlia tidak menyedari kepulangan Izreen pada hari itu. Izreen juga tidak sempat memberitahu kepulangannya bersama Haikal kerana hari itu dia begitu sibuk dan tergesa-gesa mengambil Haikal di hospital.
"Apa yang kau buat ni Dahlia?!" Sergahan Izreen mengejutkan Dahlia. Bungkusan kuning terlepas dari genggamannya. Dia sama sekali tidak menyangka akan kehadiran Izreen di situ.
"Puan..pu..puan Izreen." Tergagap-gagap Dahlia menuturkan kata-kata.
"Jadi kaulah yang buatkan aku dengan Haikal bergaduh? Sebabkan kaulah, hidup kami dah tak tenang macam dulu?!" Amarah Izreen meluap-luap melihat Dahlia.
Tidak disangka, pembantu rumahnya yang lemah lembut dan disangka baik itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti itu.
"Ye. Memang aku yang buat semua tu. Kenapa? Terkejut?" Dahlia berdiri dan tersenyum sinis melihat Izreen di hadapannya itu. Nada suaranya juga telah berubah. Dia kini tidak seperti Dahlia yang dikenali Izreen.
"Kenapa kau sanggup buat macam ni Dahlia? Apa salah aku kat kau sampai kau sanggup buat macam ni?" Air mata Izreen berlinangan deras. Luluh hatinya apabila menuturkan pertanyaan itu. Selama ini, dia telah menganggap Dahlia seperti keluarganya sendiri.
"Kau tak salah Izreen. Tapi yang salahnya, suami kau! Disebabkan dialah kau menanggung semua ni!" Lantang suara Dahlia bersuara. Matanya merah menyala. Rasa amarah dan dendamnya meluap-luap. Peristiwa lalu kini bermain-main di mindanya.
"Kenapa ni Izreen? Dari ruang tamu lagi abang dengar bising-bising ni. Kenapa?" Haikal muncul di sebelah Izreen. Dia segera menuju ke bilik Dahlia apabila mendengar bunyi bising tadi.
"Apa yang abang dah buat?" Izreen memandang tepat ke arah Haikal. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Haikal menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila diajukan pertanyaan itu. Bingung.
"Kau nak tahu apa yang suami kau ni buat? Baik. Biar aku yang ceritakan." Dahlia bersuara sambil memandang Haikal.
"Suami kau yang kononnya baik sangat ni, dah bunuh keluarga aku!" Dahlia menundingkan jarinya ke arah Haikal.
Serta-merta wajah Haikal berubah,terkejut dengan apa yang didengarinya dari Dahlia manakala Izreen memandang Haikal. Meminta penjelasan.
"Dia dah langgar aku dengan keluarga aku 2 tahun yang lepas. Masa tu, aku,kakak aku dengan suami dan anak dia dalam perjalanan pulang ke rumah kami pada malam tu. Tiba-tiba, datang kereta Haikal dari arah depan dan abang ipar aku cuba mengelak.
Akhirnya, kereta kami terlanggar tiang. Abang ipar aku dengan anak saudara aku meninggal. Hanya aku dan kakak aku saja yang hidup." Dahlia mula beremosi.
Terketar-ketar bibirnya menahan rasa sedih dan sebak yang menghuni hatinya. Air matanya kian berlinangan.
"Anak dan suami kakak aku mati sebab kau! Kaulah punca kematian mereka, jantan tak guna! Kakak aku gila sebab dia kehilangan orang-orang yang dia sayang dalam sekelip mata. Anak yang dia tunggu selama 10 tahun mati macam tu je. Hancur hati aku tengok keadaan dia, kau tahu tak?!"
"Kau dah langgar kami, tapi kau pergi macam tu je. Langsung tak berhenti tengok keadaan kami. Kau memang tak ada hati perut!" Tangannya masih menghala ke arah Haikal.
Terduduk Haikal apabila mendengarkan kisah itu. Tak sangka, rahsia yang sudah lama disimpan akhirnya terbongkar.
"Aku..aku..aku minta maaf Dahlia. Aku betul-betul tak sengaja. Aku minta maaf." Haikal menuturkan kata-kata itu sambil meraup wajahnya. Sungguh, dia tidak sengaja melakukannya.
Ketika itu, dia sedang mengantuk setelah habis melakukan operasi pembedahan terhadap pesakitnya. Dia meninggalkan keluarga tersebut kerana dia buntu untuk melakukan apa-apa. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka di jalan sunyi itu.
"Arghh!!aku peduli apa kau sengaja ke tak sengaja?! Yang penting sekarang ni, kau dah bunuh keluarga aku! Dan aku akan balas dendam atas apa yang kau buat!" Dahlia membentak kegeraman. Dia mengambil gunting yang terletak di atas meja soleknya lalu membenamkan gunting tersebut ke perut Haikal.
"Mampus kau jahanam!!" Darah membuak-buak keluar daripada perut Haikal. Terbeliak mata Haikal menahan sakit yang menggila itu. Dahlia ketawa terbahak-bahak apabila melihatkan keadaan Haikal lalu dia meninggalkan rumah tersebut. Akhirnya, dendamnya kini terbalas.
"Abang!!" Izreen memangku Haikal yang sudah tidak sedarkan diri. Lemah kakinya apabila melihatkan kejadian itu di depan matanya. Dia menggagahkan diri untuk mengambil telefon bimbit dan mendail nombor kecemasan. Darah yang berlumuran di tangannya terpalit sama pada telefon bimbitnya.
"Abang, jangan tinggalkan Izreen. Izreen dah tak ada siapa-siapa lagi." Sungguh, Izreen sudah penat kehilangan orang yang dia sayang.
YOU ARE READING
SHHH... [C]
Mystery / ThrillerSinopsis: "Apa yang kau buat ni Dahlia?!"- Izreen. "Shhh...duduk diam-diam. Sakit ni sekejap je sayang." -Kenanga Kehidupan Izreen tidak lagi sama apabila hadirnya Dahlia sebagai pembantu rumahnya. Rahsia yang selama ini tersimpan kemas kini bakal t...