Bahagian 4

1.6K 24 0
                                    

"hi assalamualaikum dan selamat malam kepada pendengar BreezeFm. Izreen disini! Sekarang jam dah menunjukkan pukul 11.35 malam. Ada yang belum tidur lagi ke? Atau tak dapat tidur?

Jangan risau jangan bimbang, kita rileks dulu dengan BreezeFm. Sambil-sambil tu, bolehlah hilangkan bosan anda dengan lagu-lagu best yang akan kami perdengarkan sebentar lagi.

Kalau anda ada lagu yang ingin anda request kepada kami, jangan malu jangan segan,jom hantarkan permintaan lagu anda di talian hotline kami iaitu 1300-44-1212 atau layari laman web kami iaitu www.breezeFm.com.my." seperti biasa Izreen meneruskan rutin pekerjaannya pada malam itu.

Laju dan petah mulutnya berbicara apabila di dalam konti.

Pengalaman menjadi penyampai radio atau dj radio selama hampir 3 tahun membuatkan dia lali dan sudah menghafal skrip tersebut.

"Baiklah. Nampaknya kita ada permintaan daripada puan Soraya yang meminta untuk dimainkan lagu daripada Ari Lasso yang bertajuk Lirih dan ada mesej yang ditinggalkan oleh puan Soraya. "Cinta tak semestinya memiliki namun aku akan tetap bersamamu sayang. Lagu ini adalah untukmu wahai anak dan suamiku." Izreen membacakan kata-kata tersebut daripada skrin komputer di hadapannya.

Sayu hatinya membacakan mesej tersebut. Teringat dia akan Haikal dan Danial.

Malam itu, hanya dia sahaja yang berada di konti tersebut. Rakan sekerjanya iaitu Anis terpaksa cuti malam itu kerana ada hal emergency.

"Baiklah. Kepada semua pendengar BreezeFm,seperti yang anda sedia maklum, malam ini Izreen akan menemani anda dalam slot luahan hati dan soal jawab. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau nak berborak dengan Izreen, jomlah hubungi talian hotline BreezeFm sekarang. Izreen sentiasa ada untuk korang." Izreen masih petah bercakap di konti itu. Sesekali dia memeriksa skrin komputer sekiranya ada yang ingin menyertai slot terbabit.

Kringgg!!

Izreen mengangkat telefon yang terletak di konti tersebut. Ianya menandakan ada pemanggil dibuat dari pendengar radio itu.

"Nampaknya kita ada pemanggil. Assalamualaikum cik. Boleh saya tahu siapa pemanggil di sana?" Izreen menceriakan suaranya apabila melayani pemanggil tersebut.

"Panggil saja saya Puan K. saya nak minta pendapat Cik Izreen. Boleh?"

"Boleh Puan K. Puan K nak tanya apa? Kalau saya boleh jawab, saya jawab ya?"

"Cik Izreen rasa, orang jahat patut tak dihukum?" Pemanggil berkenaan mengutarakan persoalan tersebut.

"Mestilah patut Puan K. lagipun, kalau mereka tak dihukum, macam mana negara kita nak aman? Kalau mereka terlepas, mungkin lagi ramai yang akan jadi mangsa. Sebab tulah, adanya undang-undang. Untuk menghukum mereka nilah." Panjang lebar Izreen menjawab persoalan tersebut.

Dia tidak ambil peduli sangat dengan soalan itu kerana baginya siapa saja akan memberikan jawapan itu. Mungkin saja pemanggil itu tengah bosan. Sebab tu, dia tanya soalan klise macam tu.

Tutttt....

Talian tersebut ditamatkan sebaik sahaja dia memberikan jawapan tersebut. Tak sempat dia nak berborak lebih panjang dengan pemanggil berkenaan.

"Tak ada line kot." Bisik hati Izreen. Dia cuba berfikiran positif.

"Baiklah pendengar. Itu dia tadi panggilan dari Puan K. Mungkin panggilan terputus sebab tak ada line. So, kalau korang nak borak-borak dengan Izreen, apa tunggu lagi? Jomlah hubungi talian hotline kami. Sebelum tu, jom dengar lagu daripada Yuna dengan tajuk Forevermore."

Setelah lagu itu dimainkan, dia melangkah keluar daripada konti itu untuk membasahkan tekaknya yang sudah kering sejak tadi lagi.

Bunyi cawan dan sudu yang berlanggaran itu memecahkan suasana sunyi pada malam itu. Sayup-sayup bunyi lagu yang masih ke udara (on-air) kedengaran dari pantri tempat Izreen berdiri itu. Izreen menghela nafas panjang tatkala air kopi yang dibancuhnya mengalir di dalam tekaknya. Nikmat betul!

Izreen membuang pandang ke luar tingkap pantri tersebut. Walaupun dia berkeseorangan pada malam itu,namun itu tidak membuatkan dia takut kerana keadaan pejabat itu yang terang benderang.

Selang 10 minit, telefon bimbitnya berdering.

Izreen menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya yang berdering itu. Berkerut-kerut wajahnya apabila nama mamanya,Puan Mariam terpampang di skrin telefonnya. Jarang mamanya menelefonnya kecuali ada perkara kecemasan.

"Hello assalamualaikum mama."

"Waalaikumussalam Izreen." Kedengaran suara Puan Mariam agak gelisah di corong telefon.

"Kenapa ni mama? Ada apa-apa ke yang jadi kat rumah?" Izreen mula berasa tidak sedap hati.

"Izreen, Haikal..Hai..Haikal dia..." Terketar-ketar suara Puan Mariam menutur kata-kata.

"Kenapa dengan Haikal, mama?" Dahlia mula berasa tidak sedap hati.

"Polis datang rumah tadi. Diaorang cakap Haikal kemalangan!"

Buntang mata Izreen mendengarkan berita itu. Telefon yang dipegang terlepas dari genggamannya. Betul ke apa yang didengarinya itu?

SHHH... [C]Where stories live. Discover now