3 minggu kemudian...
"macam mana? Dah jumpa dah?" Izreen memandang tepat ke arah Haikal. Besar harapannya agar dia mendapatkan jawapan yang positif. Frame gambar anaknya digenggam erat. Dari semalam lagi, dia tidak melepaskan gambar tersebut. Setiap masa, dia akan menatap wajah anaknya itu,berharap agar anaknya akan kembali ke pangkuannya semula.
"Belum lagi sayang. Polis tak dapat apa-apa clue lagi tentang kes ni." Haikal menggeleng kesal. Luluh hatinya melihatkan keadaan isterinya yang sudah tidak terurus sejak kehilangan anaknya, Danial.
Nasib baiklah dia telah dibenarkan untuk keluar dari hospital. Kalau tak, Dahlia akan kepenatan kerana perlu menjaganya lagi.
Sudah hampir 3 minggu anaknya hilang. Segala usaha telah dilakukan termasuklah mengedarkan risalah tentang kehilangan anaknya kepada orang ramai dan menyebarkan berita kehilangan anaknya itu di media sosial. Izreen yakin, kehilangan Danial ada kaitan dengan Dahlia.
Namun, semuanya menemui jalan buntu. Rasa rindunya sudah tidak tertanggung lagi. Macam-macam perkara bermain di fikirannya. Adakah anaknya masih hidup atau sudah meninggal?
Dia penat. Lelah untuk menghadapi semua ini.
Bukkk!!!
Haikal mencepung badan Izreen setelah menyedari Izreen pengsan. Kesian, seorang ibu sepertinya pasti sukar menerima dan menghadapi situasi sebegini.
***************************************
"Mama, jomlah main dengan Danial. Danial bosanlah mama." Danial menarik tangan Izreen. Memaksa Izreen untuk bermain dengannya di ruang tamu. Kelihatan Izreen sedang menyediakan masakan di dapur.
"Sekejaplah sayang. Mama tengah masak ni. Nanti mama datang ya?" Izreen mengacau sup yang sedang menggelegak di dalam periuk itu.
Bahagia hatinya apabila mendengarkan rengekan manja anak kesayangannya itu.
Setelah beberapa minit, ruang tamu menjadi sunyi. Izreen yang curiga dengan situasi itu menuju ke ruang tamu.Dapat dirasakan seperti ada yang tidak kena. Alangkah terkejutnya Izreen apabila mendapati Danial tiada di situ. Hanya permainannya sahaja yang ada di ruang tamu.
"Danial!!!" Izreen tersedar dari tidurnya sambil menjerit memanggil anaknya itu. Ternyata, semua itu hanya mimpi.
Dia mengambil baju yang pernah dipakai Danial lalu menciumnya dengan sepuas hati. Rasa rindunya sudah tidak tertahan lagi.
"Danial..baliklah sayang. Mama rindu Danial." Bisik hati Izreen.
YOU ARE READING
SHHH... [C]
Mystery / ThrillerSinopsis: "Apa yang kau buat ni Dahlia?!"- Izreen. "Shhh...duduk diam-diam. Sakit ni sekejap je sayang." -Kenanga Kehidupan Izreen tidak lagi sama apabila hadirnya Dahlia sebagai pembantu rumahnya. Rahsia yang selama ini tersimpan kemas kini bakal t...