"Puan Izreen, silakan masuk."
"Terima kasih doktor." Izreen sempat menjeling pada tag nama yang tertulis 'Alin' yang dipakai doktor tersebut.
Perasaan sebak datang tanpa diundang apabila dia melihat Kenanga di bilik tersebut. Dalam pelukannya, terdapat sebuah anak patung yang agak besar seperti kanak-kanak. (Boleh rujuk gambar di atas).
Bunyi bising yang kedengaran daripada pesakit-pesakit hospital sakit jiwa itu tidak sedikitpun mengganggu Kenanga yang sedang mendodoikan 'anaknya' itu.
"Aku minta maaf, Kenanga. Aku tahu kau banyak menderita disebabkan Haikal." Izreen memulakan bicara setelah melabuhkan punggungnya di hadapan Kenanga. Sebagai ibu, dia tahu perkara yang dihadapi Kenanga terlalu berat untuknya.
Walaupun perempuan di hadapannya itu telah membuatkan Danial menjadi seorang yang bisu, namun dia tidak mampu menyalahkan Kenanga kerana semua yang dilakukan Kenanga adalah di luar kewarasannya.
Kenanga masih mendodoikan 'anaknya' itu tanpa mempedulikan Izreen.
"Haikal dah meninggal. Dia dah terima balasannya. Walaupun susah, aku tetap berharap kau akan maafkan segala perbuatannya terhadap kau suatu hari nanti." Izreen menghela nafas panjang. Sukar untuknya meluahkan kata-kata itu sebentar tadi.
Haikal meninggal setelah mendapatkan rawatan di hospital. Pendarahan teruk di kepalanya menyebabkan dia tidak mampu diselamatkan.
Manakala, Danial pula kini menerima rawatan di hospital dan perlu berjumpa dengan pakar psikologi setiap bulan untuk merawat trauma yang dihadapinya.
"Shhh...jangan bisinglah. Anak aku tengah tidur ni." Kenanga meletakkan tangannya di bibir. Tanda menyuruh Izreen diam. Dia terus mendodoikan 'anaknya' itu.
Kata-kata yang diucapkan oleh Izreen sedikitpun tidak mendatangkan kesan kepada Kenanga. Seolah-olah dia sedang berada dalam dunianya sendiri.
"Mak takkan biarkan sesiapa pun sakitkan Suri, ya sayang?" Kenanga menepuk perlahan anak patung itu sambil mendodoikannya.
Suriram, suriram ram ram..
Suriram yang manis
Aduhai anakku sayang
suriram..
jantung hatiku.Tinggilah tinggi si matahari
Suriram..
Anaklah kerbau mati tertambat
Suriram..
Sudahlah lama ibu mencari, sayang..
Baru sekarang ibu mendapat.Lagu itu terus dialunkan oleh Kenanga sambil menepuk perlahan anak patung itu untuk mendodoikannya supaya tetap tidur lena di sisi ibu tersayang.
YOU ARE READING
SHHH... [C]
Mystery / ThrillerSinopsis: "Apa yang kau buat ni Dahlia?!"- Izreen. "Shhh...duduk diam-diam. Sakit ni sekejap je sayang." -Kenanga Kehidupan Izreen tidak lagi sama apabila hadirnya Dahlia sebagai pembantu rumahnya. Rahsia yang selama ini tersimpan kemas kini bakal t...