Bahagian 2

2.1K 21 0
                                    

"Dahlia! Dahlia!" Izreen membetulkan rambutnya di hadapan cermin ruang tamu. Dia melihat jam di tangannya. Dah pukul 7.10 pagi.

Bermakna, dia dah lambat ke tempat kerja. Hari ini dia shift pagi. Jadi, dia harus sampai ke sana sebelum pukul 7.30 pagi. kalau lambat bertolak je, mesti jalan akan jem nanti.

"Biasanya, Haikal akan mengejutkannya sekiranya dia tertidur. Namun, sejak semalam Haikal tidak balik rumah sebab Oncall. Ada emergency kat hospital katanya.

Entah macam mana, dia boleh tak sedar dan tak dengar alarm yang dah dikunci dari semalam lagi. Bangun-bangun je, biliknya dah terang disuluh cahaya matahari.

"Ya puan. Saya datang ni puan." Dahlia mempercepatkan langkahnya dari dapur menuju ke ruang tamu.

"Dahlia, nanti kamu tolong hantarkan Danial ke sekolah ya? Saya dah lambat nak pergi kerja ni." Izreen berkata sambil membuka beg duitnya.

"Nah, kamu ambil duit ni. Lepas tu, kamu naik teksi dan hantar Danial ke tadika. Okay?" Izreen menghulurkan sejumlah wang kepada Dahlia.

"Baik puan."

"Oh ya, hari ni saya balik lambat sikit tau. Mungkin tengah malam saya baru balik sebab saya kena kerja lebih masa hari ni. Jangan lupa ambil Danial dari tadika petang ni." Izreen mengingatkan Dahlia sebelum berlalu pergi menaiki kereta Honda Civic yang berwarna hitam itu.

"Baik puan." Dahlia tersenyum sambil melambaikan tangan kepada Izreen sehingga kelibat Izreen hilang dari pandangan.

Senyuman manis itu kini bertukar menjadi senyuman sinis apabila Izreen berlalu dari situ.

Ada sesuatu yang perlu dia lakukan nanti...

***************************************

Kepulan asap menyelubungi seluruh bilik tidur utama milik Izreen dan Haikal. Terkumat-kamit Dahlia membacakan sesuatu seperti mantera.

Setelah menghabiskan bacaan tersebut, dia menghembuskan asap kemenyan itu ke sekitar kawasan bilik itu.

Kemudian, dia mengeluarkan satu bungkusan berwarna kuning. Bungkusan tersebut diikat seperti sup bunjut. Dahlia memperasapkan bungkusan tersebut dengan kemenyan itu.

Setelah selesai, dia menyelitkan bungkusan tersebut di bawah katil bilik tidur itu.

Cadar dan bantal yang teralih dari posisi asal dibetulkan semula supaya Izreen dan Haikal tidak mengesyaki apa-apa.

Setelah perbuatan terkutuknya selesai dilaksanakan, dia keluar dari bilik tersebut sambil menyanyi-nyanyi kecil dan bersiul seperti tiada apa-apa yang berlaku. Senang hatinya apabila perancangannya berjalan dengan lancar.

SHHH... [C]Where stories live. Discover now