Bahagian 6

1.3K 20 0
                                    

Izreen bergegas menuju ke zon kecemasan. Laju langkahnya diatur tanpa melihat sesiapa pun yang berada di hospital itu.

Setibanya dia di hadapan zon kecemasan, Izreen melihat Dahlia sedang menenangkan Puan Mariam yang sedang menangis teresak-esak.

Di sebelah Dahlia pula ada Danial yang bersarung pijama(pakaian tidur) dan sedang bermain dengan kereta mainannya. Wajahnya seakan-akan tidak memahami apa yang sedang berlaku.

"Mama, macam mana dengan Haikal? Haikal okay?" Izreen mendekati Puan Mariam.

"Mama tak pasti lagi keadaan dia macam mana. Dari tadi doktor tak keluar-keluar lagi." Puan Mariam mengesat air matanya dengan tisu.

"Apa yang berlaku sebenarnya ni, mama? Macam mana Haikal boleh accident ni?"

"Entahlah Izreen. Mama dapat tahu pun daripada staf hosptal yang call telefon rumah tadi. Staf hospital cakap, ada orang yang jumpa Haikal kat tempat parking kereta. Dan diaorang nampak macam ada kereta yang melanggar Haikal. Tapi tak sempat nak tangkap orang yang langgar tu."

"Ya Allah, siapa pulaklah yang langgar Haikal ni? Apa motif dia buat macam ni?" Hati Izreen berbisik curiga. Dia merasakan ada yang tak kena dengan apa yang menimpa Haikal.

***************************************

Sayu hati Izreen apabila melihat keadaan Haikal yang terlantar di katil dan dipasangkan dengan pelbagai wayar yang berselirat di tubuhnya itu.

Sudah hampir dua minggu Haikal terlantar di hospital. Minggu depan, Haikal dibenarkan keluar dan akan menerima rawatan sebagai pesakit luar sahaja.

Mujur, organ-organ pentingnya tidak cedera teruk. Hanya kepalanya sahaja yang cedera kerana terhentak ketika dilanggar.

"Abang, makan sikit ya? Izreen ada bawakkan sup untuk abang." Izreen menyuakan sup tersebut kepada Haikal.

Dia menyediakan sup sayur kegemaran Haikal memandangkan gilirannya hari ini untuk menjaga Haikal. Puan Mariam dan Dahlia di rumah, menjaga Danial.

"Aku tak naklah!!" Sup yang diletakkan di dalam mangkuk tumpah membasahi lantai dan terkena baju yang dipakai Izreen.

Walaupun sedang sakit, Haikal masih melayani Izreen dengan buruk. Sudah beberapa kali Haikal memarahi Izreen tanpa sebab. Kali ini, mangkuk berisi sup itu pula ditepis Haikal sehingga tumpah ke lantai.

"Kenapa dengan abang ni?! Saya dah penatlah nak layan abang! Kalau abang tak nak makan, fine! Tak payah makan!" Izreen meninggalkan Haikal dengan hati yang sebal. Panas hatinya diperlakukan begitu.

"Mama, mama jagalah abang Haikal. Izreen dah tak laratlah. Dia asyik nak cari gaduh je dengan Izreen. Sup yang Izreen bawa untuk dia pun, dia tumpahkan. Izreen penatlah mama." Izreen menamatkan panggilan itu lalu keluar dari hospital Ampang tersebut.

Nampaknya,pergaduhan antara mereka masih lagi berlarutan walaupun Haikal sedang sakit.

Ada sesuatu yang membuatkan mereka begitu...



SHHH... [C]Where stories live. Discover now