1 ; Our First

456 39 9
                                    

"Park Yunseol!" Gadis yang sedang tidur dengan nyenyak itu terkejut dengan jerkahan seseorang. Rambutnya ditarik lantas dia bangun dari tidurnya. Yunseol mengerang kecil kerana menahan sakit yang dia rasakan.

"Hey, perempuan. Kau tengok sekarang dah pukul berapa? Dah pukul lapan pagi tapi kau masih tidur. Kau fikir rumah aku ni apa?! Biadap! agaknya Omma dan Appa kau tak pernah ajar tentang adab." mata Yunseol membesar apabila mendiang omma dan appanya tiba tiba disebut dalam hal ini.

"Hayoon, tolong jangan libatkan omma dan appa aku." Suara Yunseol perlahan sahaja menegur perempuan bernama Hayoon itu.

"Apa? Jadi kau nak cakap aku salah? Tolong sedar diri kau. Kau tu hanya menumpang. Dasar perempuan tak tahu malu, sama macam omma kau. Tak ada maruah!" Yunseol mengetap gigi. Dia menolak Hayoon kuat lalu menampar muka Hayoon. Terkejut Hayoon dibuatnya.

Belum sempat Yunseol berkata apa apa, pipinya pula ditampar kuat oleh seseorang.

"Jangan pernah sentuh anak aku dengan tangan kotor kau!" dia menolak Yunseol sehingga Yunseol terjatuh membuatkannya terlanggar bucu meja.

"Ahjumma, Hayoon yang-"

PPANG!!

Terteleng wajahnya sekali lagi. Air matanya jatuh. Sakit.

"Apa yang Hayoon cakap tu betul. Rumah aku ni bukan percuma untuk kau! Kedai tu, siapa nak bersihkan?" Ahjumma menjerkah Yunseol yang masih terduduk itu tadi. Yunseol hanya diam tidak berani ingin bersuara.

"Kau tak reti nak keluar sediakan sarapan? Ingat yang kau tu hanya menumpang." Ibu Hayoon menarik Hayoon keluar dari bilik membiarkan Yunseol menangis disitu. Sempat Hayoon memberikan Yunseol senyuman sinis.

Terkial kial Yunseol bangun dari duduknya. Sakit pada pinggangnya dia biarkan. Dia sudah lali. Hampir setiap hari dia diperlakukan seperti ini. Dia baru sahaja tidur dalam tiga jam yang lepas tetapi sudah dikejut pada awal pagi. Dia tidur lewat pun disebabkan ibu saudaranya juga. Membersih dan mengemas rumah ini sudah jadi rutin hariannya.

Jika sudah tiada apa yang perlu dibersihkan, Hayoon akan menyepahkannya semula. Yunseol langsung tak diberikan rehat yang cukup. Badannya keletihan. Penat kerana kerja yang berlebihan.

Yunseol bangun untuk menyediakan sarapan untuk mereka.

____________

"Jungkook!" seorang lelaki memakai kot doktor berlari untuk mendapatkan Doktor yang disebutnya tadi. Lantas dia merangkul bahu Jungkook itu.

"Kita dekat hospital Doktor Park." Jungkook menjeling rakannya itu.

"Yelah Doktor Jung.." Doktor Park ataupun nama panjangnya Park Jimin menayangkan muka bosannya kepada Doktor Jung.

"Kau nak apa?" Soal Doktor Jung.

"Kau free harini? Dah habis operation kan?" Doktor Park melepaskan rangkulannya dari bahu Doktor Jung. Doktor Jung menanggalkan cermin matanya lalu memandang kawannya itu.

"Operation dah habis. Kenapa?" Doktor Jung menyoalnya semula.

"Aku nak ajak kau keluar makan ni. Jomlah, lepastu kita balik." Doktor Jung mengangguk tanda setuju dengan ajakan rakannya itu.

"Aku nak letak kot aku kejap. Kau tunggu aku dekat bawah." Kata Doktor Jung. Doktor Jung melangkah masuk kedalam pejabatnya lalu kot doktor dia sangkutkan pada penyangkut baju didalam pejabatnya.

Kemeja hitam yang dipakai dia betulkan sedikit. Lengan bajunya dia sinsing. Cermin matanya dia pakai semula. Kacak, sangat kacak. Senyuman manisnya tidak pernah lekang dari bibirnya.

[OG] Remedy || 전정국Where stories live. Discover now