Aku tersengih kecil. Lelaki bernama Jungkook itu kerap bermain difikiran aku. Setiap kali aku memikirkan tentangnya, aku tersenyum. Apa awak dah buat pada saya ni Jungkook?
"ARGH!" Jerit aku kerana terkejut. Habis basah wajah aku. Aku mengalihkan pandangan kepada orang yang menyimbah air kepada aku.
"A-ahjumma..." aku menunduk dan menelan liur aku kerana takut. Air itu busuk membuatkan aku ingin termuntah. Ugh. Air basuhan ikan.
"Kau berangan apa? Doktor Jung itu ke ha? Cukup cukuplah berangan Yunseol, kau tu layak jadi maid dia je. Hayoon yang layak ada hubungan dengan dia. Kau ada apa? Dah lah miskin. Menumpang pula tu." Dengan itu, ahjumma terus berlalu dari situ.
Hati aku sakit tapi aku hanya melepaskan keluhan. Aku sudah lali dengan hinaan dia. Aku bangun untuk membersihkan diri daripada kekotoran ini. Mungkin betul apa yang Ahjumma cakapkan, aku tak layak. Jungkook, saya harap awak tak datang sini lagi.. Saya tak nak berharap..
Author's POV
"Kau tak boleh buat betul betul ke?!" Jungkook menengking jururawat yang memberikannya peralatan yang salah. Menggigil jururawat itu dibuatnya.
"I want a scalpel, not curette! Kalau pesakit ni mati, kau nak bertanggungjawab?!" Jungkook mencampakkan curette itu pada jururawat tadi. Dia mengambil sendiri scalpel yang ada didalam dulang lalu bergegas meneruskan pembedahan.
"Keluar. Aku tak nak tengok kau lagi dalam team aku." Jururawat dan doktor lain didalam bilik rawatan itu memandang sesama sendiri. Siapa tak kenal Doktor Jung? seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan.
Jururawat yang dihalau tadi terus keluar dari bilik bedah menangis kerana dimarahi. Doktor dan jururawat lain meneruskan pembedahan supaya tidak ditengking atau dihalau oleh Jungkook.
____________
Jungkook mencampakkan mask dan pakaian pembedahan kedalam tong sampah diluar bilik bedah dengan kasar. Jungkook bergerak untuk ke sinki untuk membasuh wajahnya yang terkena sedikit percikan darah pesakit. Selepas mencuci wajahnya beberapa kali, dia melihat biasan wajahnya yang tidak memakai kaca mata itu pada cermin.
Tiba tiba telinganya berdengung, pengelihatannya mula kabur. Jungkook memejamkan matanya lalu mengurut dahinya perlahan.
"Ergh!" Jungkook tersandar pada dinding dan terduduk dari berdiri lalu dia menghentak belakang kepalanya pada dinding berkali kali.
"Kau tak boleh elak aku Jung. Kau tak boleh." katanya bersertakan tawa jahat pada akhir ayat. Jungkook menarik narik rambutnya kasar.
"Aku dah tak perlukan kau! Tolong... pergi.." Air mata Jungkook keluar kerana menahan sakit.
"Kau terlalu lemah Jung. Aku tak boleh pergi.." dia tertawa lagi membuatkan Jungkook sukar untuk bernafas kerana dadanya sesak.
Cermin matanya dicapai lalu kembali dipakai. Pening tadi mula pudar, bunyi berdengung yang kuat itu juga sudah tiada. Suara tadi juga hilang. Jungkook mengeluh kasar lalu perlahan lahan dia bergerak untuk ke pejabatnya.
_____________
"Yow Doktor Jung!" Jimin memasuki pejabat Jungkook tanpa mengetuk pintu. Terkejut Jimin dibuatnya bila Jungkook sudah pun memakai baju biasa pada waktu ini. Masih waktu bekerja.
"Oi, kau nak pergi mana?" Soal Jimin.
"Aku ambil mc. Tolong cover aku ya?" Kata Jungkook lemah. Wajahnya pucat dan dia kelihatan sangat penat. Jimin terdiam dan hanya mengangguk dengan arahan Jungkook.
Baru sahaja Jungkook ingin menarik tombol pintu, pintu telah pun terbuka dari luar. Jungkook mengeluh berat melihat orang yang berada dihadapannya ini.
"Doktor Jung!" Jungkook tidak mempedulikannya tetapi Naeun terlalu degil jadi dia pantas menarik lengan Jungkook. Jungkook memejamkan matanya penat.
"Make it fast." Kata Jungkook. Dia letih dan memerlukan ruang untuk dirinya sendiri.
"Kau kena berhenti Jungkook." Jungkook mengeluh lagi.
"Yah hyung, I'm too tired today so please grab her and don't let her go until I get out from this hospital." Jungkook menolak Naeun sedikit kuat ke arah Jimin membuatkan badan mereka berlanggar. Dengan pantas Jungkook keluar dari pejabatnya meninggalkan mereka berdua.
Masuk sahaja didalam kereta, Jungkook mengurut dahinya perlahan. Stress dengan kerjanya. Ubat didalam dashboard keretanya diambil. Dua biji ubat dikeluarkan dan ditelannya pantas.
"Aku tak akan biarkan kau kawal aku lagi." Jungkook menarik nafas dalam lalu dia memulakan perjalanannya.
'Dia' hanya tertawa dengan kata kata Jungkook.
"Tengoklah siapa yang terlalu pasti dekat sini. Kau tak boleh Jung. Kau lemah." Sengihan sinis terukir dibibirnya.
______tbc
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
FanficKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.