Jungkook's POV
Aku memasuki restoran yang aku pergi dengan Jimin kelmarin. Kali ni aku sorang diri. Jacket hitam dan topi hitam aku kenakan pada diri aku.
Aku duduk disudut kedai menunggu pelayan datang sambil mata aku melilau mencari gadis itu.
Tetapi yang datang kepada aku kali ini bukan dia. Aku agak kecewa tetapi aku tetap tersenyum kepadanya. Aku membuka topi aku lalu memandangnya kembali.
Aku tak tahu kenapa, perempuan dihadapan aku ni macam.... berlagak sexy?
Butang baju t-shirt nya dibuka dua, skirt pendek parat paha juga dia pakai. Aku tak tahu kenapa, tapi dia nampak menjengkelkan. Aku memandangnya tetapi dia kerap menggigit bibirnya.
Ugh, menjengkelkan. Hilang terus senyuman aku tadi.
"Oppa, oppa nak order a—"
"Nak ambil order atau nak menggatal?" Terus sahaja aku katakan kerana dia tiba tiba mengurut bahu aku. Aku geli.
Perempuan itu diam lantas dia menarik tangannya kembali.
"Sombong. Yelah oppa, awak nak order apa?" Katanya sambil menjeling aku. Heol. Kau fikir aku tergoda?
"Iced latte." Kata aku ringkas. Dapat aku mendengar dia menggumam kecil.
"Nampak kaya tapi hanya order iced latte. Tch." Aku menggulingkan mata apabila aku mendengarnya. Memang orang kaya tak boleh minum minuman murah? Sebelum dia berlalu ke belakang, sempat aku menjeling tag namanya. 'Hayoon'. Nama cantik tak serupa perangai.
Aku mengeluh kecil. Mata aku masih melilau mencari gadis itu. Yunseol. Park Yunseol. Aku tersengih sebaik sahaja terbayang wajahnya. Dia nampak naif.
Tiba tiba bunyi kecoh dibahagian kaunter depan menarik perhatian aku. Bunyi dulang jatuh ke lantai membuatkan aku bangun dari duduk ku untuk melihatnya. Aku melangkah kehadapan untuk melihat dengan lebih jelas.
Terkejut aku dibuatnya melihat gadis yang membuatkan aku tercari cari dari tadi terduduk disitu dalam keadaan basah? Bajunya habis basah terkena air dari dulang yang jatuh itu. Dia menjadi tumpuan didalam restoran itu sekarang.
"Buat kerja betul betullah! Jangan disebabkan kau, perniagaan aku lingkup!" herdik seseorang pada Yunseol. Yunseol hanya menunduk tak berani untuk melawan.
"S-Saya minta maaf, saya tak sengaja." Perlahan sahaja suaranya meminta maaf kepada orang itu. Kasihan aku melihatnya. Mungkin orang itu ialah majikannya? Oleh kerana jarak aku agak jauh darinya, aku terus bergerak lebih dekat lagi.
Terkejut aku dibuatnya kerana majikannya tiba tiba menunjal kepalanya kuat. Dia memejamkan mata tetapi dapat aku lihat air matanya jatuh pada pipinya.
"Kau memang tak tahu bersyukurkan aku tanggung kau? Kau patut tahu yang tak ada sesiapa yang nak jaga kau selain aku lepas omma dan appa bodoh kau tu mati. Macam ni ke kau balas apa yang aku dah buat untuk sara kau?" kata kata pedas keluar dari orang itu. Makin deras air matanya keluar.
Aku dah tak dapat tahan lagi. Makcik itu sudah melampau.
Dengan pantas aku menuju kearah mereka. Aku mengeluarkan beberapa not duit yang agak tebal didalam dompet aku lalu aku campakkan kepada muka mak cik itu. Semua disitu terkejut dengan tindakan aku.
Lengan Yunseol aku tarik terus untuk berdiri disebelah aku. Dia memandang aku dengan riak keliru. Aku tersenyum kepadanya.
"Macam ni ke ahjumma layan staff sendiri?" Aku memandangnya. Dapat aku lihat matanya membesar apabila dapat mengecam wajah aku. Dapat aku dengar orang orang yang masih menyaksikan adegan itu berbisik sesama sendiri. Mereka berbisik tentang doktor yang ada di program didalam TV. Aku lah itu.
"Encik ap-" makcik itu ingin bersuara tetapi aku pantas memotong percakapannya.
"Where's your manner ahjumma? Mungkin dia silap tapi tak perlulah malukan dia dihadapan orang ramai." kata aku lalu aku menarik Yunseol keluar dari restoran itu meninggalkan semua terpinga pinga.
Aku membuka pintu kereta aku untuknya. Baru sahaja aku ingin menolaknya masuk, dia menahan lengan aku.
"E-encik siapa?" katanya takut takut. Mungkin dia memikirkan aku seorang yang jahat ingin menculiknya? Wajahnya kelihatan sangat takut dengan air matanya yang masih bersisa.
"Jangan risau, saya bukan nak culik awak." kata aku lembut. Baru aku ingin memegang bahunya untuk menolaknya lembut kedalam kereta aku, Dia menahan aku sekali lagi.
"Tapi saya tak kenal encik. Saya tak boleh ikut orang yang saya tak kenal, s-saya minta maaf." Aku tergelak kecil mendengar kata katanya. Seperti seorang kanak kanak yang ingin diculik dan akulah penculiknya. Gadis ini, sungguh naif.
Dia ingin melangkah pergi tetapi kata kata aku membuatkannya terhenti.
"Seorang doktor ternama pakar bedah saraf Jeon Jungkook yang kerap muncul didalam television. Masih tak kenal?" kata aku bersahaja. Dia memusingkan tubuhnya menghadap aku kembali.
"Encik ialah Doktor Jung?" Dia menyoal aku. Aku hanya mengangguk lalu menarik tangannya kembali.
"Saya bukan orang jahat. Ni kali kedua saya tengok awak menangis dekat restoran tu. Dan awak nampak macam banyak masalah. Mind to share with me?" soal aku lembut. Mula mula dia agak teragak agak. Tetapi akhirnya dia ikutkan juga kata kata aku. Terus dia masuk kedalam kereta aku.
_________tbc
Jangan lupa votes and comments gais! Lots of Love, I Purple You! 💜💜💜💜💜💜💜
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
FanficKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.