21 ; confuse

273 35 9
                                    

Sudah seharian aku disini masih terikat pada kerusi di tengah tengah tempat yang aku sendiri tak tahu dimana. Darah kering pada pipi aku membuatkan aku sukar untuk menggerakkan otot wajah aku. Sejak semalam juga aku tidak makan dan dapat aku rasakan yang badan aku betul betul lemah sekarang.

Tiada tenaga untuk aku buat apa apa. Ikatan tali ini terlalu kuat sukar untuk aku melepaskan diri.

Tiba tiba bunyi pintu dibuka kedengaran. Terpampang wajah Jackson mendekati aku sambil tersenyum terdapat satu plastik di tangannya

"Kau lapar sweetheart?" dia mengangkat plastik itu ke muka aku dan dapat aku hidu bau makanan.

Aku tak menjawab soalannya dan terus mengalihkan pandangan aku darinya.

"Jawab aku, perempuan!" Habis tempat aku ditoreh pada pipi aku dia tampar. Aku mengerang sakit dan menggigit bibir sendiri kerana tidak mahu menjawab persoalannya. Pijar pipi aku ditampar kuat olehnya.

"Kau main kasar dengan aku perempuan." dia buka bungkusan makanan itu lalu dia terus menonyohkan nasi itu pada mulut aku. Rahang aku dicengkam kuat membuatkan aku membuka mulut secara paksa. Nasi nasi yang ada pada bungkusan itu disumbat lagi kedalam mulut aku membuatkan aku tersedak. Mata aku berair menahan sakit.

Aku meludah semula semua nasi nasi itu pada wajahnya. Baru sahaja dia ingin menampar aku, Satu tangan menghalang pergerakannya. Jungkook?

"it's enough Jackson." kata Jungkook ataupun... Jeon?

Jackson menarik tangannya kasar membuatkan pegangan Jungkook terlepas.

"Kau patut bunuh je perempuan ni semalam." 

"Dia cantik, aku tak sanggup nak bunuh." Kata Jeon lebih kepada mengejek. Aku hanya menjelingnya lalu mengalihkan pandangan aku darinya.

"Kau bagi aku je lah perempuan ni.." kata Jeon membuatkan aku memandangnya semula.

"Apa? lepastu kau nak bagi dia dekat Jungkook tu? Mimpi je lah Jeon. Ingat Jeon, aku tahu semua benda pasal kau. Ikut arahan aku ataupun Jungkook tu punya kerjaya lesap macam tu je." Mata aku membesar mendengar kata kata Jackson. Dapat aku lihat wajah Jeon serta merta berubah. Dari tersenyum mengejek terus bertukar marah.

Tiba tiba Jeon mencekak kolar baju milik Jackson.

"Apa kata aku bunuh kau je?" kata Jeon seakan berbisik tetapi cukup untuk aku dengari. Pisau dari poket hoodienya dikeluarkan. Terkejut aku dibuatnya bila dia perlahan lahan menusukkan pisau itu pada perut Jackson. Terus aku menutup mata aku. Takut.

"Apa kau buat ni Jeon? Kau tahu aku siapa- akh!" Jackson mengerang 

"Aku dah bosan kena kawal dengan kau." dengan itu, Jeon menusuk pisau itu berkali kali pada tubuh Jackson membuatkan Jackson menjerit kesakitan. Aku hanya memejamkan mata tidak mahu melihat ia berlaku. Dapat aku rasakan nafas aku menipis, kepala aku pening.

"Buka mata Yunseol. Bukan selalu dapat freeshow." Jeon ketawa sinis. Wajahnya terkena percikkan darah Jackson dan ia memeningkan lagi kepala aku. Tiba tiba pandangan aku gelap. Hitam.

________________

Terasa wajah aku dicium lembut membuatkan aku membuka mata aku. Terus aku bangun dari pembaringan apabila melihat wajah Jungkook.

"Jungkook? a-awak Jungkook?" pipinya aku pegang. melihatnya mengangguk lembut membuatkan aku terus memeluk tubuhnya. Rindu.

"Saya rindukan awak Jungkook..." mata aku memanas. Apabila teringat kembali kejadian yang terjadi pada aku.. Aku tiba tiba menjadi takut.

"Heol, aku yang selamatkan kau, dia pula dapat peluk?" kata Jungkook. Terus aku melepaskan pelukan aku.

"J-Jeon?" terus aku menjauhinya. Jeon tergelak sinis.

"Kenapa tak nak peluk aku?" soal Jeon pada aku tetapi aku hanya membiarkan soalan itu tak berjawab.

"Mana Jungkook?" 

"Jangan sebut nama dia bila kita berdua Yunseol.." kata Jeon sambil mengusap paha aku perlahan.

"Jangan sentuh saya Jeon! Mana Jungkook?!" pantas aku menepis tangannya.

Tiba tiba Jeon menolak aku berbaring pada katil semula. Dia kini menindih badan aku membuatkan aku berdebar. Baru sahaja dia hendak mencium aku, Dia jatuh pada badan aku. Berat.

"J-Jeon? Apa awak buat ni?" soalku tetapi tiada jawapan. Aku menolak tubuhnya membuatkan dia jatuh ke tepi katil. Dia tidur? Tidur?! Aku tak percaya betul dengan lelaki dihadapan aku ini. Bila aku bangun semula, baru aku perasan yang aku dan dia berada di bilik Jungkook yang di tingkat bawah. Mungkin ini bilik Jeon.

Aku membetulkan kedudukan tidur Jungkook membuatkan dia lebih selesa. They're totally different. Jungkook seorang yang lembut, gentleman dan sweet. Tapi Jeon, dia psycho tetapi masih melindungi Jungkook bila Jungkook dalam bahaya. Pertukaran personality yang mendadak membuatkan aku agak keliru.

Tetapi cara layanan mereka sungguh lain. Langsung tak sama. Jeon seorang yang kasar manakala Jungkook seorang yang ceria. Tetapi cara kehadiran kedua duanya membuatkan aku terasa selamat berada dengan mereka. Aku kena biasakan benda ini. Supaya aku tak keliru mana satu mereka. Mereka berkongsi badan yang sama jadi ia akan menyukarkan aku.

Terus aku menggelengkan kepala apabila teringat tentang macam mana Jeon membunuh Jackson. Nafas berat aku lepaskan dan terus memasuki bilik air untuk membersihkan diri.

______________tbc

mengarut gila. HAHAHAHA

K guys votes and comments jangan lupa~~~


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 06, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Remedy || 전정국Where stories live. Discover now