Sudah tiga bulan berlalu sejak aku datang ke rumah Jungkook. Tiga bulan juga aku hidup tanpa penyeksaan seperti hidup lama aku. Jungkook berikan aku kebahagian yang sudah lama aku tak rasakan selepas pemergian keluarga aku. Aku rasa bersyukur ditemukan dengan Jungkook.
Harini Jungkook kerja jadi aku bercadang untuk membuat pudding caramel kegemaran Jungkook. Jungkook sukakan benda manis patutlah mulut pun manis. heh. Tersengih aku teringat tentang Jungkook.
Bahan bahan aku keluarkan dari peti sejuk dan mula membuat pudding caramel kesukaan Jungkook. Tak sabar aku ingin melihat reaksinya apabila dia merasa pudding caramel ini.
Sedang aku leka membuat pudding itu, tiba tiba bunyi kaca pecah mengejutkan aku. Aku menjengukkan sedikit kepala aku untuk meninjau ruang tamu tetapi aku tak dapat melihat apa apa jadi aku mengambil keputusan untuk pergi lebih dekat.
Pisau dapur aku bawa sekali. Takut kalau ada apa apa yang terjadi. Telefon di poket apron aku capai. Terkejut aku apanbila ternampak seseorang berpakaian hitam sedang menghendap hendap memerhati sekelilingnya. Dia masih tidak perasan dengan kehadiran aku jadi pantas aku berlari ke atas sambil mendail nombor Jungkook.
Cemas! skrin telefon aku tekan dengan kelam kabut membuatkan telefon aku terjatuh ke lantai. Sempat aku mengambil telefon itu semula tetapi lelaki itu sudah pun ada diatas.
"Gotcha sweetheart.." mata aku membesar mendengar panggilan itu. Ini.. orang yang beli aku dari ahjumma.. Aku mengacukan pisau kearahnya membuatkan dia tertawa melihat tindakan aku.
"Hello? Yunseol?" suara Jungkook kedengaran membuatkan aku menoleh pada telefon aku.
"Jungkook, balik sekarang.." kata aku dengan suara yang menggigil takut dengan lelaki yang ada dihadapan aku ini. Dia tersengih melihat aku ketakutan.
"Kenapa ni Yun? Saya tak boleh balik sekarang.. ada patient." mendengar kata kata Jungkook membuatkan lelaki itu ketawa.
"Yunseol, siapa-"
"Sweetheart, no one will help you now.." air mata aku jatuh mendengar kata katanya. Lantas dia mendekati aku.
"Jungkook, balik! Argh!" dia menarik aku kuat membuatkan pisau dan telefon aku terjatuh. Aku meronta dalam pegangan lelaki itu dan menjerit jerit berharap agar Jungkook dapat datang selamatkan aku.
Disebabkan aku meronta ronta, dia menghentak kepala aku pada besi ditangga rumah ini membuatkan kepala aku berpinar. Rontaan aku terhenti lantas dia mengangkat aku dibahunya. Serentak itu, pandangan aku terus gelap.
Tolong saya Jungkook..
_______________
Jungkook POV
"Hello? Yunseol?! Park Yunseol jawab saya!" tiada satu jawapan pun kedengaran pada telefon. mendengar jeritan Yunseol membuatkan aku risau. Lantas kot doktor aku buka lalu campakkan pada kerusi aku bergegas untuk pulang kerumah.
"Jung? nak pergi mana? Kau ada patient lepas ni!" Jimin memegang lengan aku menahan aku dari keluar.
"Cover aku Jimin, Yunseol dalam bahaya." Aku merentap tangan aku dari pegangannya dan terus berlari ke tempat parking kereta.
"Yunseol, apa dah jadi ni?" lantas aku memandu pulang kerumah. Fikiran aku tidak lepas memikirkan tentang Yunseol. Apa yang dah jadi?
Pedal minyak aku tekan lagi supaya cepat sampai kerumah. Sampai sahaja di kondominium aku, terus aku berlari ke atas.
Terkejut aku dibuatnya bila nampak pintu rumah aku habis securitynya ditebuk. PA aku juga sudah terbaring membuatkan hati aku tak senang. Lantas aku memasuki rumah aku.
"Yunseol?! Park Yunseol!" aku berlari keatas mencari kelibat Yunseol tetapi terhenti apabila aku terasa lendir ditangan aku.
D-Darah?
Aku menoleh dan terdapat tompokkan darah pada pemegang tangga aku.
"Shit.."
Tiba sahaja aku dipintu bilik, Telefon dan pisau yang ada dilantai menjadi tumpuan.
"Yunseol, awak dekat mana?! Jawab saya Park Yunseol!" tiada. Tiada langsung sahutan dari Yunseol. Aku buntu.
"Park Yunseol!" terduduk aku disitu apabila sakit kepala mula menyerang. Aku mengerang. kesakitan yang hampir empat bulan aku tak rasakan. pandangan aku mula kabur.
"Tak, tak jangan." Kepala aku, aku tepuk tepuk kasar. Menghalang 'dia' dari muncul.
"Aku kena cari Yunseol.. Jangan!" rambut aku tarik kasar.
"Jung... perempuan tu akan mati kalau kau lawan aku.." sengihan sinisnya kedengaran pada telinga aku.
"Tak boleh! Jangan kacau aku Jeon!" nafas aku semakin memendek. Sesak!
"Kau nak perempuan tu selamat? Jadi biar aku yang uruskan. Kau lemah tak mampu nak lawan sesiapa." Suara itu makin galak memaksa aku menyerah diri tetapi aku enggan membuatkan kesakitan aku bertambah.
"Selamatkan dia Jeon.. tolong a-aku.." untuk pertama kalinya dalam hidup aku, aku meminta pertolongan dia. Aku menyerah diri tak dapat menahan lagi kesakitan yang aku rasakan sekarang. Serta merta pandangan aku gelap.
Jeon POV
"Bodoh, ada hati nak lawan aku." Aku tersengih sinis apabila badan ini sudah aku kuasai sepenuhnya.
"Park Yunseol hmm? Menyusahkan." Bilik aku yang dibawah itu aku tuju.
Jacket hud hitam aku capai kasar dan terus menyarungkan pada badan aku. Mask hitam aku juga aku pakaikan pada wajah aku supaya tiada sesiapa yang mengecam wajah ini.
Pisau kegemaran aku, aku selitkan pada poket jacket ini.
"Tunggu aku Park Yunseol. Aku tak sabar nak tengok kau."
__________tbc
Votes and comments gais ! Thanks!
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
Fiksi PenggemarKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.