Yunseol's POV
Aku tak dibenarkan untuk keluar rumah. Ya, macam dikurung. Ataupun memang dikurung pun. Heh. Semua kerja aku dah buat, jadi tak ada apa apa yang perlu aku lakukan lagi. Bangku kecil diluar rumah aku duduk sekejap. Berseorangan dirumah lebih menyenangkan daripada keluarga makcik ada disini. Dapatlah aku bertenang sekejap tanpa sebarang masalah.
Jeon Jungkook. Aku tersengih kecil teringat tentang lelaki itu. Entah kenapa aku senang dengan kedatangannya. Balutan kemas pada lengan aku, aku sentuh perlahan. Wajahnya yang teliti melihat luka luka aku semalam membuatkan aku berdebar.
"Hey, sengih semacam teringat siapa?" Terkejut aku melihat Jungkook yang tiba tiba muncul entah dari mana.
"Eh, doktor!" mata aku membesar melihatnya dihadapan aku. Lantas aku bangun dari duduk aku.
"Aigoo.. saya dah cakap jangan panggil saya doktor." Jungkook mengusap rambut aku perlahan tetapi wajah cerianya berubah tiba tiba.
"Awak kena pukul lagi ke?" Rambut bangs aku diselak ketepi menunjukkan dahi aku.
"Eh, taklah.. Saya terjatuh dalam bilik air semalam.." Tipu aku. Bibir aku , aku gigit perlahan.
"Awak tak pandai menipu tahu?" Jungkook mengecilkan matanya memandang aku. Dia menarik aku untuk duduk semula. Aku memandang sekeliling takut takut makcik atau Hayoon pulang ke rumah. Aku tak rasa mereka akan berdiam jika mereka nampak Jungkook ada disini.
"Awak risaukan apa?" kata kata Jungkook membuatkan pandangan aku jatuh kepadannya. Tangannya masih kemas menggenggam tangan aku. Aku berdehem kecil lantas membuatkan Jungkook melepaskan tangannya.
"Jangan risau, tadi saya pergi restoran. Orang ramai jadi mereka mesti sibuk." Lembut sahaja suara Jungkook. Senyuman langsung tidak lekang dari bibirnya. Aku tersenyum lembut kepadanya.
"Kenapa awak datang sini?" soal aku kepadanya.
"Saya datang restoran tadi tapi tak nampak awak. So saya datang lah rumah awak. Tiba tiba nampak awak tersengih sengih." aku menjelingnya lalu menepuk lengannya sedikit kuat. Jungkook ketawa melihat reaksi aku menunjukkan gigi arnabnya. Comel!
"Yun, saya tak rasa awak selamat duduk dekat sini." dia menyelitkan rambut aku ke belakang telinga aku.
"Tak apa Jungkook, saya dah biasa." aku tersenyum lagi. Tetapi Jungkook menarik dagu aku supaya merenungnya kembali.
"But you hurting inside." senyuman aku pudar mendengar kata katanya. Mata aku memanas dan air mata sudah pun bertakung. Jungkook menarik aku kedalam pelukannya serentak itu air mata aku jatuh.
"Menangislah." Jungkook mengusap usap belakang badan aku membuatkan air mata aku jatuh dengan deras. Esakan mula keluar dari bibir aku.
"Kadang kadang saya rasa nak putus asa dengan hidup saya." bajunya aku genggam erat. Tangan Jungkook beralih pada rambut aku lalu dia usap perlahan.
"Awak boleh menangis sebanyak mana awak nak, tapi jangan sesekali pun terfikir nak bunuh diri awak. Saya ada. Kalau ada apa apa masalah awak boleh bagitahu saya. Saya boleh tolong but don't ever think to hurt yourself. You are really precious." aku hanya terus menangis pada bahunya. Pujukannya sedikit sebanyak membuatkan aku tenang.
"A-awak, saya rasa awak kena balik sekarang. Aku cemas kerana Jungkook sudah lama berada dirumah aku. Aku melepaskan pelukannya. Terkejut aku meihat bajunya yang sudah basah kerana air mata aku.
"Omo, saya minta maaf.." aku mengusap usap bahunya dan meniup bahunya perlahan.
"Saya tak rasa awak patut buat macam tu Yunseol.." Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia tidak selesa.
"Kenapa.. uhm, saya minta maaf.. baju awak dah basah.." Jungkook tersengih kecil.
"Tak apa. Saya tak kisah." Jungkook tersenyum manis lalu dia mengusap rambut aku perlahan.
"Sini telefon awak. Kalau ada apa apa awak boleh bagitahu saya." kata Jungkook. Aku menggaru tengkuk aku perlahan.
"U-uhm, saya tak ada telefon." aku menunduk dari terus memandang matanya. Jarak antara aku dan dia sangat rapat dan keadaan ini membuatkan jantung aku berdebar sakan! Aku tak pernah sedekat ini dengan mana mana lelaki.
"Pipi awak merah.. awak demam ke?" tangannya menyentuh dahi aku untuk memeriksa suhu aku. Aku terkejut dengan perbuatannya dan menambahkan lagi panas wajah aku.
"Panas ni.. awa-" belum sempat dia menghabiskan kata katanya, aku memotong.
"T-tak, u-uhm awak dekat sangat." aku menunduk lagi tak mampu untuk membalas pandangannya. Jari jari aku, aku ramas perlahan. Sengihan kecil Jungkook aku dengari.
"Okaylah, nanti saya ada masa saya datang cari awak lagi." kata katanya membuatkan aku memandangnya. Aku bukan tak mahu dia datang, aku cuma tak mahu ahjumma menggunakan dia sebagai sumber duit. Sebelum dia berlalu pergi, aku menarik lengannya. Aku menggeleng tak memberinya untuk datang cari aku disini.
"Awak tahu, saya tak nak awak jadi mangsa sifat tamak mereka. Jungkook, saya rasa mungkin ni kali terakhir kita berjumpa untuk kebaikan awak sendiri. Saya tak nak menyusahkan hidup awak." aku tersenyum nipis memandangnya.
"Saya tak boleh biar awak sorang sorang Yun.." dengan itu, Jungkook berlalu. Sempat dia pusing kebelakang untuk memberikan aku senyuman manisnya. Aku membalasnya ikhlas tetapi jauh disudut hati aku, aku risau dia akan dipergunakan.
___________tbc
Votes and comments gais! HAHA lots of love!
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
FanfictionKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.