"Ugh..." aku memegang dahi aku kerana terasa pening. Perlahan lahan aku membuka mata.
Pantas aku bangun dari baring aku apabila aku tak dapat mengenal pasti tempat ini. Baru sahaja aku mahu berdiri, satu suara menegur aku membuatkan aku terhincut.
"Dah bangun?" aku segera menoleh kepada suara itu. Aku melepaskan keluhan lega apabila ternampak Jungkook.
"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" soalku dengan suara yang masih serak.
"Awak pengsan semalam. Tu yang saya bawa awak balik." Katanya sambil menilik badan aku. "Saya rasa awak kena pakai baju dulu." mata aku membesar lalu aku melihat tubuh aku sendiri. Alangkah terkejutnya aku melihat pakaian dalam aku sahaja yang tersarung pada badan aku. Pantas aku menarik selimut menutupi badan aku.
"A-apa awak b-buat?" mata aku mula berair memikirkan Jungkook mengambil kesempatan terhadap aku.
Dapat aku lihat matanya membesar apabila melihat aku menangis.
"Hey! I-its not like what you think!" Jungkook mendekati aku tetapi pantas aku menjauhkan diri daripadanya. Aku ingatkan dia lain daripada lelaki lain yang hanya memuaskan diri dengan perempuan tetapi aku silap. Dia pun sama sahaja.
"Jangan dekat! A-awak ambil kesempatan masa saya tak sedarkan diri! Awak.." belum sempat aku menghabiskan kata kata aku, Jungkook memeluk aku erat.
"Lepas! Lepaskan saya!" Aku menolak bahunya kuat tetapi dia mengetatkan pelukannya.
"Yunseol dengar dulu saya nak cakap apa.." Dia memegang pipi aku menyuruh aku memandangnya tetapi aku enggan. Aku menepis tangannya kasar.
"Don't touch me! Lepaskan saya! Saya ingatkan awak lain daripada lelaki lain tapi saya silap. Saya dibutakan dengan sikap baik a-" dia memotong kata kata aku lagi tetapi caranya kali ini membuatkan aku terdiam.
D-dia cium aku?
Dia melepaskan ciumannya lalu memandang mata aku dalam. Aku terkedu dengan tindakannya jadi aku tak dapat mengatakan apa apa.
"Finally, diam pun. Let me explain Yunseol." suaranya serious membuatkan aku takut untuk mengatakan apa apa.
"Semalam awak pengsan dan saya bawa awak balik rumah saya. Saya nampak luka awak, saya rawat. Saya ingatkan luka awak satu je dekat bahu but suddenly I saw more bruises dekat belakang badan awak jadi saya bukalah baju awak, saya rawat luka awak. And then saya bersihkan badan awak. Saya tak buat apa apa lebih pun. Awak lupa ke saya ni doktor Yun?" terangnya lembut mengusik hati aku.
Aku menunduk menggigit bibir sendiri. Malu menuduhnya macam macam.
"S-saya minta m-maaf.." Jungkook mengangkat dagu aku menggunakan jarinya lalu dia mengesat air mata aku lembut.
"Crybaby." tawanya terlepas membuatkan aku ingin menangis lebih kuat.
"Don't cry.. Cepat pergi mandi lepastu awak pakai baju tu, turun bawah okey?" aku memandang kearah baju yang ditunjuknya dan aku hanya mengangguk.
"Saya ada sediakan makanan. Awak dah siap awak turun je. Saya ada dekat bawah." katanya lembut sambil mengusap rambut aku perlahan.
__________
"Jungkook?" Aku tercari cari kelibat Jungkook tetapi masih tak jumpa. Rumahnya terlalu besar. Pening aku mencari jalan. Aku meninjau ninjau sekeliling mencari Jungkook.
"Hey.." bahu aku terhincut sedikit mendengar teguran daripada Jungkook. Pantas aku menoleh melihat lelaki ini tersenyum pada aku.
"Jom." Dia memegang tangan aku menyuruh aku untuk mengikutinya. "Saya minta maaflah awak kena pakai hoodie saya je. Kalau saya bagi awak seluar mesti londeh.. Saya tinggal sorang jadi saya tak ada pakaian perempuan.." Jungkook menggaru belakang tengkuknya.
"Tak apa, awak dah banyak tolong saya.. Lagipun baju ni labuh.." Aku tersenyum memandangnya untuk mengurangkan rasa serbasalah yang muncul dalam dirinya. Dia membalas senyuman aku lalu dia tarik lagi tangan aku untuk meneruskan perjalanan.
Sampai sahaja diruang makan, dia menolak kerusi untuk aku duduk dihadapannya. Makanan telah pun terhidang. Aku tersenyum melihatnya.
"Makanlah lepastu cerita dekat saya apa yang jadi pada awak malam tadi." Senyuman aku perlahan lahan pudar.
"Ahjumma jual saya dekat gangster ni. D-dia cuba nak r-rogol saya. Jadi saya lari.. S-saya.." sudu ditangan aku terlepas. Dada aku sesak tiba tiba.
"S-saya..." aku mencengkam dada aku kuat.
"No, no its okay. Yunseol... Saya ada dekat sini.." Jungkook tarik aku kedalam pelukannya. Dia menyandarkan kepala aku pada dada kirinya membuatkan aku terdengar bunyi degupan jantungnya. Bunyi degupan jantung itu membuatkan aku tenang. Perlahan lahan aku melingkarkan tangan aku pada pinggang Jungkook dan menyembamkan wajah aku pada dadanya erat.
"Awak kena panic attack ni Yun.." Jungkook mengusap usap belakang badan aku untuk menenangkan aku.
Pelukan hangatnya membuatkan aku tenang. Mudah sahaja dia menenangkan aku. Tak pernah aku dipeluk sebegini sampaikan aku tak tahu bagaimana rasanya dipeluk. Lelaki dihadapan aku ini, lelaki yang pertama memeluk aku. Jujur hati aku terusik..
"Okay now, sambung makan. Awak boleh tinggal sini dengan saya Yun.." katanya sambil menolak aku duduk semula. Aku memandangnya sebaik sahaja dia berkata begitu.
"T-Tak Jungkook saya dah banyak menyusahkan awak. Lepas ni saya tinggal dekat sauna je.. Dekat situ tak perlu bayar jadi-" Aku mengetap bibir bila Jungkook memandang aku tajam.
"Tak boleh Yun, bahaya.. Macam mana kalau orang semalam tu cari awak lagi? It's okay awak tinggal je dekat sini lagipun saya tinggal sorang sorang.. Tak adalah sunyi nanti kalau awak ada.." Jungkook tersenyum lembut memujuk aku untuk tinggal dengannya.
"Tapi umph!" Aku terkejut Jungkook menyumbatkan telur gulung yang dia buat kedalam mulut aku. Aku menjelingnya lalu mengunyah telur itu perlahan. Tawa Jungkook terlepas melihat aku.
"Banyak sangat cakap. Kan dah kena.." tawa Jungkook lagi.
"Jahatnya awak ni.." Aku mencebik kecil.
"No buts okay? Tinggal je kat sini.. Awak lebih selamat." Jungkook senyum lagi. Kerana tak mahu memanjangkan cerita, aku hanya mengangguk akur dengan kata katanya.
____________tbc
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
FanfictionKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.