"Yunseol, jom keluar.." kata Jungkook tiba tiba. Aku memandang Jungkook pelik.
"Keluar? Malam macam ni?" aku kerling jam yang menunjukkan pukul hampir pukul 9 malam. Melihat Jungkook mengangguk, aku mengerutkan wajah aku.
"Awak nak pergi mana malam malam ni?" aku jatuhkan kepala aku pada bahunya. Bukan apa, malas pula ingin bersiap pada waktu waktu macam ni..
"Date.." Jungkook bangun lalu menarik tangan aku untuk mengikutnya.
"Kalau ya pun Jungkook, bagilah saya tukar baju dulu.." aku menahan Jungkook dari terus menarik aku keluar. Dah sampai depan pintu dah dia tarik aku. Tak reti sabar betul!
"Ahh, Yunseol.. dah cantik dah. Tak payah lah siap.." Jungkook merungut. Bibirnya dimuncungkan. Bayangkanlah, seorang doktor yang berkarisma ditempat kerja dan tv berkelakuan macam ni bila dengan aku. Tersenyum aku melihat gelagat dia.
"Sekejap je okay?" aku menepuk lengannya dan berlalu kebilik untuk menukar baju. Jungkook kembali menghempaskan badannya pada sofa. Pelik pula aku. Buang tebiat ke nak keluar malam malam macam ni?
Aku hanya mengenakan skirt biru bawah lutut dan t-shirt putih serta cardigan biru langit. Simple. Bedak aku tepekkan sedikit supaya tidak nampak kusam. Pelembap bibir aku oleskan pada bibir aku. Dah siap!
"Jungkook, dah siap.." aku keluar dari bilik terus menuju ke arah Jungkook yang sedang bercakap dengan telefonnya.
Selesai sahaja urusannya dengan telefon dia, terus Jungkook memandang aku. Tetapi tiada langsung senyuman pada bibirnya.
"Jungkook? Kenapa ni?" Jungkook mengeluh kecil lalu dia bangun mendekati aku.
"Saya dapat call kena pergi hospital.." Jungkook memegang lengan aku. Terus senyuman aku pudar mendengar kata katanya.
"Sekarang?" soal aku.
Jungkook mengangguk perlahan. Terpampang rasa bersalah pada wajahnya.
"Pergilah Jungkook, ada patient kut.." aku ukirkan semula senyuman pada wajah aku supaya Jungkook tak rasa serbasalah.
"Tapi awak dah siap.." Jungkook mengeluh lagi. Tangan aku naik mengusap rambut Jungkook menandakan yang aku tak apa apa.
"Jungkook, saya boleh tunggu.. patient awak lebih penting okay? Nanti nanti pun boleh keluar.." aku memegang tangannya dan memicitnya lembut.
Jungkook mengeluh lagi. "Sorry dear, I have to go now.." aku mengangguk kecil. Sempat dia mencium bibir aku sekilas lalu terus dia mencapai kunci kereta dan keluar.
"Sempat je dia ni.." aku ketawa kecil dan berlalu kebilik semula untuk....... bersiap untuk tidur. Heh.
____________________
Jungkook POV
"Yah Park Jimin!" mata aku pejam. Geram.
"Kau panggil aku datang sini cuma untuk tanya pasal benda ni?! Kau tahu tak tadi aku tengah-" belum sempat aku menghabiskan kata kata aku, Jimin mencelah.
"Apa? Tengah keluar dengan perempuan tu kan?" tebak Jimin sambil tersengih. Aku mendengus kasar lalu menghempaskan badan aku pada kerusi pejabat.
Ini dia katakan penting? Menyuruh aku datang ke hospital semata mata ingin mengajak aku minum kopi- ugh!
"Alah, perempuan tu boleh tunggu. Aku tak boleh.. Dah jom cepat bawa aku pergi kafe masa tu." Lengan aku ditarik.
"Baik aku balik." lengan aku, aku rentap sekaligus terlepas dari pegangan Jimin. Baru sahaja aku ingin mencapai tombol pintu, Jimin menahan aku sekali lagi.
"Aku nak bincang dengan kau benda serious Jungkook." Keluhan terlepas dari mulut aku.
"Bincang dekat sini je boleh kan?" Wajah Jimin aku pandang malas. Kacau mood betul.
"Tak boleh. Bahaya." Jimin sekadar berbisik mengatakan bahaya. Dahi aku kerutkan. Bahaya? Wajah Jimin yang tadinya tersenyum kali ini dia memaparkan riak yang serious. Aku berdecit kecil.
"Cepatlah.." aku mengalah juga. Malas nak memanjangkan cerita.
_______________
"Naeun dah hubungi wartawan pasal kau dengan perempuan tu." Jimin menghirup kopi panasnya sambil memandang aku tajam.
"Perempuan tu ada nama Jimin. Park Yunseol.." mata aku, aku pejamkan. Malas betul ingin bercerita tentang Naeun. Apa yang dia tidak puas hati pun aku tak tahu.
"Itu yang kau risaukan? Hey Jungkook, aku cakap Naeun nak buat berita pasal kau ada perempuan simpananlah! Perempuan simpanan! Buruk nama kau kalau berita ni betul betul tersebar tahu?!" Jimin bangun dari bersandar memarahi aku. Pelipis dahi aku, aku picit perlahan.
"Biarlah dia nak buat apa. Aku tak kisah." Latte panas aku hirup sedikit.
"Woah, biar betul kau ni. Dulu kau lah orang yang paling nak jaga nama. Sekarang apa? Biarlah? siapa yang dah sampuk kau ni ha Jung?" berkerut kerut dahi Jimin memandang aku.
"Park Yunseol.." tanpa aku sedar, aku tersengih kecil.
"Ah, sakitlah!" aku memegang dahi aku yang dijentik Jimin tiba tiba. "Kau dah kenapa?"
"Apa pere- Park Yunseol tu dah buat dekat kau ha sampai angau semacam." Jimin menayangkan wajah jijiknya pada aku. heh tahulah single. Pft, aku pun single. Tapi aku ada Yunseol. Heh!
"Aku rasa aku dah jatuh cinta.." dan itu dia, selamat kopi yang dihirup Jimin mendarat pada muka aku membuatkan aku memejamkan mata. Tangan aku, aku genggam.
Jimin terbatuk batuk menepuk dadanya. Over betul! Tisu yang ada dimeja itu aku capai lalu mengelap muka aku sendiri.
"Kau jatuh cinta? Biar betul Jungkook?" soalnya lagi. Tisu yang ada ditangan aku, aku baling tepat pada mukanya.
"Kau punya terkejut macam aku tak boleh nak jatuh cinta pula." Aku menjelingnya tajam.
"Hehe, sorry. So kau nak buat apa sekarang?"soal Jimin risau.
"Kau tak payah risau lah, aku tahu nak buat apa dengan Naeun tu." roti yang terhidang diatas meja itu aku capai.
"Habis tu macam mana dengan penyakit kau?" Kunyahan pada roti terus terhenti bila Jimin sebut tentang penyakit aku.
"Aku tak tahulah. Dia dah lama juga tak muncul. Aku harap dia tak muncul sampai bila bilalah." Aku menunduk. Apa akan jadi kalau dia muncul semula? Macam mana dengan Yunseol?
"Hati hati Jung. Jangan lupa makan ubat setiap kali waktu. Jangan sentuh pisau, jangan pergi dekat kawasan pokok tu, jangan-"
"Ya Jimin.. Aku tahu.." Jimin risau. Aku tahu itu. lagi pula sekarang Yunseol tinggal dengan aku. Bahaya.
"Aku harap Yunseol tu boleh tolong kau lah.." Kata Jimin. aku mengangguk kecil mendengar kata katanya.
_________________
"Yunseol?" aku menolak daun pintu bilik Yunseol yang tidak berkunci itu. Aku tersenyum sebaik sahaja melihat dia sudah tidur berbaring diatas katilnya. Nyenyak sahaja dia tidur.
Perlahan lahan aku mendekati Yunseol dan duduk disisi katil itu. Wajah cantik itu aku tilik. Cantik tanpa satu cacat pun pada wajah dia. Dahi luasnya aku cium lembut. Siapa sangka dia akan datang memenuhi hidup aku?
Aku membaringkan badan aku disebelahnya. Pinggangnya aku tarik mendekati aku untuk memeluk dia dengan lebih erat. Yunseol bergerak kecil kerana tidurnya terganggu.
Bau wangi semula jadi badannya membuatkan aku leka. Collarbone Yunseol aku cium lembut lalu terus aku memejamkan mata. Tidur dalam keadaan berpelukan dengan Yunseol.
_____________tbc
vote and comment guys! Thanks!
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
FanficKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.