Yunseol POV
"Sweetheart, bangun.." terasa rambut aku diusap usap tetapi kepala aku terlalu sakit untuk aku buka mata. Pandangan aku yang kabur perlahan lahan menjadi semakin jelas. Perasaan takut terus menyerang diri aku apabila aku nampak dia betul betul dihadapan aku.
"Lama kau tinggalkan aku, sweetheart.. aku rindu.." dia mengusap pipi aku perlahan membuatkan aku meremang. Pergerakan aku terasa terbatas dan barulah aku perasan yang aku sudah terikat di sebuah kerusi dan tempat ini sungguh menyeramkan. Bau hanyir darah membuatkan aku rasa ingin termuntah.
"Hey perempuan.." dagu aku ditarik kasar membuatkan aku memandangnya secara paksa dan dapat aku rasakan seluruh badan aku menggigil ketakutan sekarang. Dia mencengkam dagu aku kuat membuatkan aku mengerang pada kain yang menutupi mulut aku.
"Sebab kau, mak cik tua kau tu mati kau tahu?" mata aku membesar. A-apa? Ahjumma... mata aku serta merta berair.
"Sebab kau tak bagi dia password bank mak bapak kau, sebab kau lari dari aku jadi aku terpaksa bunuh dia. Tapi hutang dia masih belum langsai sweetheart.. Aku ada kau.." Sengihan sinisnya kedengaran dan sejurus itu dia mencium pipi aku kasar.
Badan aku terikat jadi aku tak dapat melawan perbuatannya.
"Seronok lah kau kan dapat tinggal dengan orang kaya?" Terus aku memandang tepat pada matanya. Tiba tiba dia membuka ikatan kain pada mulut aku membuatkan aku melepaskan nafas berat.
"Sweetheart, kau boleh tolong aku.. kau goda doktor kaya tu, lepastu dah dapat kau cengkam dia kuat kuat and then harta dia semua kau bagi dekat aku." Dia tertawa kuat lepas mengatakannya.
"Aku bukan perempuan murahan!" Aku mengetap rahang aku kuat menahan perasaan aku.
"You are sweetheart, you are. Kau dah sedap main dengan doktor tu, lepastu kau nak bolot sorang pula harta dia? Ingat sweetheart, kau masih berhutang dengan aku." Rambut aku dia pintal pintal.
"Aku tak ada hutang satu sen pun dekat kau! Urusan ahjumma tak ada kaitan langsung dengan aku jadi tolonglah lepaskan aku." Aku teresak kecil dihujung ayat aku.
Tiba tiba dia menarik rambut aku kuat membuatkan aku mengerang sakit.
"Buat apa aku suruh kalau kau taknak kena seksa sweetheart." Dia memberikan pandangan tajamnya pada aku.
"Aku tak akan. Lepaskan aku!"
"Sweetheart, kau terlalu degil jadi aku terpaksa ajar kau." Dia tertawa sinis dan melepaskan tangannya dari rambut aku.
"Jeon, masuk." Katanya dan aku dapat dengar bunyi pintu dibuka jadi terus aku menoleh ke arahnya.
Seorang lelaki berpakaian serba hitam menuju ke arah kami. Aku takut tetapi serba sedikit dalam diri aku rasa selamat. Aku keliru.
Wajah lelaki itu terhalang kerana mask hitam yang dipakainya tapi dapat aku rasakan matanya memandang aku tajam.
"Ajar perempuan ni." Kata lelaki tadi.
"Perempuan? Jackson, dia bukan lawan aku." Sengihan sinisnya kedengaran membuatkan jantung aku berdegup lebih laju. Hoodie hitamnya menghalang aku melihat wajahnya.
"Kau ajar je dia tapi jangan sampai mati. Aku nak dia rasa sakit tu perlahan lahan. Seksa dia Jeon." Lelaki yang bernama Jackson it u ketawa lalu berlalu dari situ.
Aku menahan nafas apabila dapat rasakan lelaki itu merapat pada aku. Aku mengalihkan pandangan aku darinya kerana takut untuk melawan pandangan dengan lelaki itu. Wajah dia betul betul beberapa inci sahaja dari wajah aku. Aku dapat rasakan sesuatu yang biasa pada dirinya.
"Jadi kau Park Yunseol?" Suara itu.. seakan suara seseorang...
"Pandang aku." Mata aku membesar. Pantas aku memandang matanya mencari kebenaran tentang apa yang aku sedang fikirkan.
Dia menanggalkan mask hitamnya membuatkan terkejut.
"J-Jungkook?" Air mata aku jatuh. Aku rasa betul betul selamat sekarang.
"Aku bukan Jungkook, perempuan." Aku terdiam. Cara dia bercakap dengan aku sungguh kasar. Jadi ini.. perwatakan Jungkook yang lagi satu. Tiba tiba sesuatu yang tajam terasa dipipi aku membuatkan aku menahan nafas aku.
Matanya aku renung dalam.
"Jungkook, ini s-saya. Park Yunseol.." kata aku perlahan. Mengharapkan Jungkook dengar.
"Aku kata aku bukan Jungkook!" Terasa benda tajam tadi menusuk pipi aku sedikit sehingga berdarah. Aku mengerang sakit.
"Jungkook, I know you there.." kata aku perlahan kerana kesakitan yang aku rasakan ini menguasai seluruh badan aku. Dapat aku lihat pandangannya melembut tidak setajam tadi.
"Apa yang kau ada sampai Jungkook bodoh tu sayangkan kau sangat hm?" Tiba tiba dia tersengih dan tertawa sendiri.
"Mungkin sebab ni hm?" Dia mengusap bibir aku perlahan.
Tiba tiba dia mendekatkan dirinya pada aku. Hidung kami berlaga membuatkan aku gementar.
Terasa bibir aku dijilat sedikit lalu diciumnya kasar. Aku tak melawan dan aku tak membalas tindakannya langsung. Dia bukan Jungkook.
"Bibir kau buat aku ketagih..." katanya lalu dia gigit bibir aku membuatkan aku melepaskan keluhan kecil. Dia ketawa kecil dalam ciumannya.
"Biar dia terseksa tengok aku sentuh perempuan kesayangan dia. Mungkin aku patut tanda kau sikit." dia tersenyum sinis lalu terus mendekati leher aku.
"Jangan.. Argh!" aku menggigit bibir aku sendiri bila merasakan dia mencium dan meninggalkan beberapa 'tanda'nya pada leher aku.
"Jungkook, berhenti.." Aku memejam mata aku rapat bila merasakan giginya kuat menekan permukaan leher aku.
"Berhenti, tolonglah!" esakan keluar dari bibir aku sejurus sahaja dia menjauhi aku sedikit.
"Lepaskan saya, Jung-" belum sempat aku menghabiskan kata kata aku, dia menarik rambut aku membuatkan aku terdongak.
"It's Jeon dear. Jeon." dapat aku dengar rahangnya bergerak gerak.
"Tolong saya J-Jeon..." aku meminta pertolongannya dengan air mata yang dari tadi tak henti mengalir. Tetapi air mata aku bagaikan satu kepuasan untuk dia.
"Not today dear.. see you later." mata aku membesar bila dia melangkah menjauhi aku dan aku mula menjerit memanggil namanya tetapi dia hanya melangkah pergi tanpa menghiraukan panggilan aku.
"Jungkook, awak betul betul ada dekat sini tadi kan..?"
_________________tbc
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
FanficKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.