Author's POV
"Wah, Jung.. dah buka langkah nampak?" usik Jimin. Ya, dia nampak apa yang berlaku tadi. Lengan Jungkook disikunya sengaja ingin memprovok lelaki itu.
"Siapa entah yang cakap perempuan cantik tak semuanya baik tadi. Tiba tiba dah ubah fikiran ke?" Jimin tersengih.
"Aku tolong dia je tadi hyung. Tak ada yang lebih pun." Jawab Jungkook tenang.
"Tak ada yang lebih apa sampai pegang pegang tangan hah?" Usik Jimin lagi. Wajah Jungkook yang tenang itu membuatkan Jimin ingin mengusiknya lagi.
"Dah lah kau. Jom balik." Jungkook mencapai dompetnya untuk membayar makanan tadi. Sempat dia dan Jimin bermain batu, kertas dan gunting untuk menentukan siapa yang membayar makanan tadi. Tapi malang nasibnya, Jungkook kalah dan dia perlu membayar makanan tadi.
__________________
Jungkook menyandarkan dirinya pada kerusi pejabatnya. Penat. Pembedahan tadi berjalan dengan lancar malangnya dia tidak boleh balik kerumahnya kerana akan ada pembedahan lagi selepas ini. Dia diberikan dua jam sahaja untuk berehat.
Cermin matanya ditanggalkan. Tiba tiba dia terpandang cermin meja yang membiaskan wajahnya lantas cermin meja itu diterbalikkan. Nafasnya memberat. Cermin matanya kembali dipakai. Urat uratnya timbul.
Air mineral yang ada ditepi mejanya dia capai dan teguk rakus. Selepas minum air baru dia merasa lega. Dahinya diurut perlahan. Pening dengan keadaannya yang tiba tiba berubah.
Jungkook bangun. Dia mahu ke cafe di lobi hospital untuk menenangkan fikirannya dengan sedikit caffein untuk menghilangkan rasa mengantuknya.
Baru sahaja dia ingin melangkah keluar, Seseorang menolaknya masuk kedalam pejabatnya semula. Jungkook terkejut tetapi sebaik sahaja dia dapat melihat wajah orang yang menolaknya itu, dia mengeluh.
"Kau nak apa?" Dingin sahaja nadanya. Sudahlah moodnya diganggu, ada pula yang datang mengacaunya.
"Jungkook, aku pasti kau upah orang kan untuk buat kau jadi terkenal? Huh, tak tahu malu." katanya. Perempuan yang masih memakai kotnya dengan rambut yang terikat menarik kolar baju Jungkook. Jungkook mengeluh lagi.
"Naeun, aku tak ada masa nak layan perangai kau." kata Jungkook malas. Dia menarik tangan Naeun untuk melepaskan kolar bajunya.
"Tapi Jungkook, aku lebih layak muncul dalam TV daripada kau!" Jungkook jalan melepasi Naeun. Dia langsung tak menghiraukan Naeun yang masih bengang dengan pencapaian Jungkook.
"Kau patut kerja lebih keras untuk capai tahap aku." Kata Jungkook sebelum dia keluar dari pejabatnya meninggalkan Naeun menahan geram sendirian. Kot doktornya dibetulkan sebelum bergerak keluar.
______________________
Yunseol's POV
Semua kerja yang perlu dilakukan tela siap. Peluh pada dahi aku, aku usir menggunakan belakang tangan aku. Hayoon dan Ahjumma tiada dirumah jadi bolehlah aku berehat sebentar. Katil usang dibilik aku, aku duduki. Keluhan lega keluar dari bibir aku.
Gambar omma dan appa yang terletak cantik diatas meja itu aku capai. Alangkah bagusnya kalau mereka ada disini lagi.. Sudah tentu aku tak akan hidup macam ni. Mata aku memanas menandakan air mata aku ingin keluar.
"Omma, appa.. Seol rindu.." bingkai gambar itu aku peluk erat. Aku tak mampu nak hidup macam ni lagi. Aku memang tak layak untuk bahagiakah? Kebahagiaan aku dirampas sewaktu aku berumur 14 tahun. Omma dan appa dibunuh dan harta yang mereka usahakan dirampas habis. Tinggal harta yang ditinggalkan untuk aku sahaja yang tinggal. Itulah sebabnya Ahjumma menjaga aku. Dia mahukan semua duit yang ditinggalkan oleh omma dan appa.
Dia layan aku dengan baik sejak omma dan appa pergi. Tetapi apabila umur aku menjejak 18 tahun, dia dan Hayoon mula mendera dan memperlakukan aku seperti kuli. Sejak itulah aku tahu yang dia mempunyai muslihat kerana berbaik dengan aku.
Sudah banyak kali aku katakan aku juga tidak tahu kata laluan akaun bank aku tetapi mereka tidak percaya. Mereka terus menerus menyiksa aku semata mata ingin menuntut duit yang omma dan appa tinggalkan.
Sedang leka aku melayan perasaan, mata aku memberat lalu aku tertidur sambil memeluk erat gambar omma dan appa.
____________________________
Author's POV
Jasad seseorang tanpa nyawanya dibelah dengan bersahaja. Langsung tiada perasaan bersalah pada dirinya. Menyeksa dan darah ialah obsesinya. Dia tersengih puas apabila 'kerjanya' siap. Dia bangun lalu membiarkan mayat itu disitu. Adalah nanti orang orangnya bersihkan.
Seikat duit tebal dihulurkan kepadanya. Lelaki itu ambil. Baru sahaja dia ingin berlalu, lengannya ditahan.
"Jeon, kau patut kerja dengan aku. Aku akan tawarkan kau semuanya kalau kau kerja dengan aku. Kau tak mahu hidup mewah sepanjang hidup? Kau tahu aku mempunyai banyak harta." Kata seseorang kepada lelaki bernama 'Jeon' itu.
"Harta aku dah lebih dari cukup dan kau tahu aku tak mahu terikat dengan sesiapa." Jeon tersengih sinis lalu menepuk bahu lelaki itu. Jeon berlalu pergi selepas 'kerja'nya siap.
"Jeon, aku akan buat kau jatuh. Dan masa tu, kau akan cari aku." Lelaki itu tersengih lalu dia memandang hasil yang ditinggalkan oleh Jeon. Sempat dia memungut semua itu sebelum turut beredar dari gudang lama itu.
_______________tbc
Support lah saya guys 😭 yang silent readers tu ringan ringankanlah tangan tekan votes 😭 saya minta votes dengan comments je hiks 🥺. Btw, lots of love, I Purple You!💜💜💜
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
FanfictionKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.