Dah dua hari sejak kejadian di pejabat Jungkook berlaku tapi Jungkook masih mendiamkan diri. Dia seolah olah mengasingkan diri dia dari aku. Jujur aku rindukan Jungkook yang sentiasa dengan aku. Kalau boleh, mana mana aku pergi dia pasti ada tapi sekarang Jungkook langsung tak bercakap dengan aku. Aku rasa kosong.
Jungkook ada diatas. Di pejabat persendiriannya dirumah. Mungkin sedang bekerja. Oleh kerana aku dah tak tahan dengan situasi aku dengan Jungkook sekarang, aku ambil keputusan untuk membuatkan Jungkook secawan kopi dan selesaikan semua ni malam ni juga. Aku tak kira.
Selepas membancuh kopi panas untuk Jungkook, aku mendaki tangga untuk ke pejabatnya.
Pintu aku ketuk dan tombol pintu aku pulas berhati hati. Dapat aku lihat Jungkook menyandarkan badannya pada kerusi pejabatnya itu. Matanya tertutup rapat dan tangannya pula masih memegang kertas kerjanya. Penat sangat mungkin sampai tertidur.
Perlahan lahan aku mendekati Jungkook. Kopi panas yang aku buatkan untuknya aku letak berjauhan dengan kertas kertas kerjanya yang lain agair tidak tertumpah. Kertas ditangannya aku ambil perlahan dan letakkannya diatas meja agar dia tak terjaga.
Aku menunduk untuk membuka kaca mata Jungkook dengan berhati hati. Aku tersenyum melihat wajah penat Jungkook yang sedang tidur. Tidur pun kacak.
Rambut yang menutupi dahinya aku selak kebelakang memaparkan dahi luasnya. Wajahnya bersih. Tangan aku naik menyentuh setiap inci wajah Jungkook yang membuatkan aku kagum dengan kekacakannya.
Matanya tertutup rapat. Pandangan mata inilah yang selalu membuatkan jantung aku berdebar sakan. Mata tajam ini jugalah pernah membuatkan aku takut kerana pandangannya.
Hidung mancung Jungkook aku sentuh. Terdapat tahi lalat kecil menghiasi hidungnya. Comel!
Mata aku turun pada bibirnya pula. Aku menyentuh perlahan bibir itu menggunakan ibu jari aku. Bibir inilah yang membuatkan aku tak keruan dengan ciumannya. Dapat aku rasakan wajah aku memanas apabila teringat kejadian Jungkook mencium aku dirumah ini dan di pejabat hospitalnya. Ehem..
Tiba tiba mata aku menangkap parut kecil yang ada dipipinya.
"Awak suka berahsia dengan saya Jungkook.. Saya cuma nak tahu tentang awak lebih.."
"You won't let me go so do I..." Hati aku berdebar tiba tiba. Parutnya membuatkan aku tertarik. Perlahan lahan aku mendekatinya. Bibir aku perlahan lahan mendarat pada pipi Jungkook menciumnya sekilas.
Aku jauhkan wajah aku dengan wajah Jungkook semula. Mata aku membesar apabila melihat Jungkook sudah pun bangun. Matanya merenung mata aku lama.
"S-saya minta ma-"belum sempat aku menghabiskan kata kata aku, Jungkook menarik tangan aku membuatkan aku terduduk diatas ribanya.
"J-Jungkook.." keberanian aku mencium pipinya tadi seolah olah hilang. Aku takut untuk memandang Jungkook jadi aku hanya menunduk. Dapat aku rasakan dia meletakkan tangannya pada pinggang aku.
"So you still want to be with me? Lepas tahu tentang penyakit saya?" soal Jungkook. Aku mengangguk perlahan.
Mata aku naik memandangnya apabila mendengar Jungkook ketawa sinis. Kaca matanya yang ada ditangan aku, dia rampas dan dipakai semula.
"Awak tak kenal dia lagi Yun.. Dia bukan yang macam awak bayangkan. Dia psycho." Jungkook memandang aku risau. Aku diam kerana tak tahu ingin membalas apa.
"Awak akan tinggal dekat apartment saya dekat Busan. Awak kena duduk jauh dari saya Yunseol. He will hurts you no matter what." Dia memeluk pinggang aku dan menyembamkan wajahnya pada bahu aku.
"Saya tak nak.. saya nak duduk dengan awak. Saya tak nak awak sakit lagi.. Saya.. saya boleh tolong awak Jungkook.." tangan aku naik membalas pelukan Jungkook.
"Awak yang akan sakit nanti Yunseol.. saya kenal dia lebih dari orang lain.." Jungkook menggeleng perlahan.
"He won't.. trust me.." aku meyakinkan Jungkook yang aku boleh menghadapinya.
"I'm afraid.." terkejut aku mendengar kata kata itu keluar dari bibir Jungkook.
"Jungkook, awak tahu? Masatu Doktor Oh datang rumah.." terangkat terus kepala Jungkook bila aku sebut tentang Doktor Oh.
"Doktor Oh? Dia buat apa datang rumah?" soal Jungkook. Berkerut kerut wajahnya ingin tahu.
"He warn me about you. Dia cakap awak ada penyakit.. Penyakit tu bahaya jadi dia tanya saya, saya sedia ke nak hidup dengan awak? Saya sedia ke nak hadap identiti awak yang lagi satu tu? Dia cakap kalau saya tak sedia, dia minta saya pergi dari hidup awak cepat cepat." tangannya aku capai dan usap perlahan.
"Habistu awak balas apa?" dapat aku lihat mata Jungkook berkaca kaca menunggu jawapan aku.
"Awak rasa? Saya masih dekat sini Jungkook. Saya masih ada dengan awak. Saya nak tolong awak rawat penyakit awak ni. Kita boleh buat ni sama sama okay? Saya tak akan tinggalkan awak.." pantas badan aku dirangkulnya lagi. Belakang badannya aku usap perlahan untuk menenangkan Jungkook.
"Thanks dear.."
_________________tbc
votes and comments gais. hehe thanks!
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
FanfictionKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.