17 ; confession

132 19 0
                                    

Yunseol POV

Tidur aku terganggu mendengar suara seseorang menyanyi perlahan. Dapat aku rasakan wajah aku disentuh oleh seseorang membuatkan aku terjaga.

Terkejut aku dibuatnya melihat Jungkook betul betul berada dihadapan aku. Terus aku menyembamkan wajah aku pada bantal.

"Yah.. Jungkook apa awak buat dekat sini?!" dapat aku dengar Jungkook tertawa dengan tindakan aku.

"Keluar lah Jungkook, saya tak mandi lagi ni.." kata aku masih menyembamkan wajah aku pada bantal.

"Saya tengok muka awak tidur daripada malam tadi. Cantik je lah, jangan risau.." Jungkook mengusap rambut aku perlahan.

"M-malam tadi?" Jadi dia tidur dengan aku malam tadi?!

Jungkook tersengih kecil.

"Awak tidur sini malam tadi?" soal aku. Soalan aku dibalas dengan anggukan Jungkook. Dapat aku rasakan wajah aku memanas.

"H-Hey awak fikir apa? Saya tak buat apa apa pun just.." Baru sahaja aku ingin menghembuskan nafas lega, perkataan just yang baru sahaja keluar dari bibirnya itu membuatkan aku berdebar debar.

"Hug and kiss.." Jungkook tersengih nakal. Eeee Jeon Jungkook! aku menepuk dadanya kuat membuatkan tawanya terlepas kuat.

"Yah, sakit! sakit!" katanya sambil tertawa.

"Suka hati je cium orang! Eeeee pervert!" aku menepuk lagi dada sasa Jungkook. Tiba tiba dia menangkap kedua belah tangan aku lalu menindih aku pada katil. Terdiam terus aku dibuatnya. Jungkook tersenyum kemenangan.

Bibir aku dicium sekilas lantas dia bangun daripada badan aku. "Thanks for the morning kiss dear." katanya lalu berlalu dari bilik aku.

Bibir aku, aku sentuh. Dasar Jeon Jungkook! Kalau hari hari macam ni, mahu gugur jantung aku.

_______________

"Buat apa tu?" soalannya aku biar tak berjawab. Aku nak merajuk! Sayur yang ada didalam sinki itu aku bilas dengan air. Sengaja aku buka air besar besar. Heh, biarlah dia yang bayar bil air bukan aku.

"Membazir lah sayang.." dia mengecilkan semula air itu lalu dia melingkarkan tangannya pada pinggang aku.

"Tepilah Jungkook, saya nak masak ni.." ujar aku lembut. Kalah je la Yunseol..

Jungkook menyembamkan wajahnya pada bahu aku lalu dia mencium kawasan bahu sehingga leher aku berkali kali membuatkan aku geli.

"Jungkook gelilah.." aku tertawa kecil.

"Wangi.." kata Jungkook. Aku memusingkan badan aku menghadap Jungkook membuatkan aku tersepit ditengah tengah. Jungkook menjatuhkan tangannya di kedua dua sisi aku dan merenung mata aku dalam.

"Awak nak apa Doktor Jung? Cepat saya nak masak ni." aku memeluk tubuh membalas renungannya.

Jungkook memuncungkan bibirnya "I want a kiss.." katanya selamba.

"No! Awak dah cium saya pagi tadi okay?" bukan apa, takut aku pula yang hanyut dengan permainan Jungkook.

Jungkook mengerutkan wajahnya.

"Whyyyy.." Jungkook menjatuhkan wajahnya pada bahu aku lagi tapi kali ni aku menghadapnya. Dia menarik aku kedalam pelukannya lembut. Haih Jungkook, clingy nyaaa! Perlahan lahan aku membalas pelukan Jungkook.

"Yunseol.." Kata Jungkook masih dalam pelukan.

"hmm?"

"Saya rasa saya dah jatuh cinta.." Jungkook memandang aku semula.

"J-jatuh cinta? dengan s-siapa?" soal aku naif. Nada suara aku terus bertukar kendur. Jungkook jatuh cinta? Dengan siapa?

"I thought you know.." kata Jungkook. Berkerut kerut wajahnya memandang aku.

"D-Doktor Kim?" Jungkook mengeluh dengan kata kata aku.

"Oh my god dear.." Jungkook menepuk dahi sendiri. Membuatkan aku bertambah keliru.

"I know you naive but this is too naive!" Jungkook tertawa.

"I'm in love with you.. I love you Park Yunseol.." mata aku membesar mendengar kata kata Jungkook. Tangannya mencapai tangan aku lalu diusapnya perlahan.

"A-awak.. s-saya.." bibir aku terbuka sedikit tidak mempercayai kata kata Jungkook. Walaupun inj kali kedua Jungkook meluahkan perasaannya, aku masih lagi tidak boleh percaya dengan kata katanya.

"Its okay dear, tak perlu nak jawab sekarang. I'll wait for you .." Jungkook tersenyum lembut lalu dia mengusap rambut aku.

Terus dia berlalu meninggalkan aku didapur. Dia nampak tenang walaupun sudah meluahkan perasaannya pada aku.

Bukan apa, aku pun keliru dengan perasaan aku sendiri. Keluhan keluar dari bibir aku lalu aku sambung menyediakan makan tengahhari untuk Jungkook.
_______________tbc
Votes and comments guys! Thanks alot and stay at home~

[OG] Remedy || 전정국Where stories live. Discover now