10 ; wife

145 23 3
                                    

Aku dan Jungkook menghempaskan badan di sofa ruang tamu ini. Penat! Dari petang sampai dah nak tengah malam kami keluar mencari barang. Jungkook kata baju aku sampai esok jadi malam ni aku akan pakai bajunya lagi. Pelik pun ada.. taklah banyak mana baju yang aku cuba tadi sampai nak suruh orang hantarkan kerumah.. Boleh sahaja aku bawa sendiri.

Sempat juga tadi Jungkook menyuruh aku membeli sendiri pakaian dalam dan keperluan wanita aku. Malu pada mulanya tapi Jungkook bersungguh sungguh katakan yang dia tak akan ikut aku memilih pakaian dalam aku. Habis merah wajah aku dibuatnya. 

Barang barang dapur juga Jungkook beli. Tak lah aku bosan tak tahu nak buat apa dirumah katanya memandangkan aku pandai masak.

Barang barang yang dibeli hari ini semua Jungkook yang tanggung. Segan aku dibuatnya. Taknaklah orang kata aku mengikis harta dia tapi Jungkook tidak kisah. Dia ikhlas. Tapi... Aku malu!

"Terima kasih Jungkook.." kata aku sambil memandangnya yang sedang bersandar sambil menutup mata. Celik terus matanya mendengar kata kata aku.

"Harini je saya dah dengar banyak sangat Terima kasih daripada awak tahu?" Jungkook mengecilkan matanya memandang aku.

"Betullah, awak banyak sangat belanja saya harini.. Bukan murah murah pula tu.. Saya janji lepas ni saya cari kerja saya ganti balik semua duit awak." Jungkook mengeluh mendengar kata kata aku.

"Tak perlulah Yunseol, lagipun saya tak tahu nak buat apa dengan duit saya. Saya duduk sorang so biarlah saya nak belanja awak.." Kata Jungkook. Kayanya dia sampai dia sendiri tak tahu nak buat apa dengan duit sendiri. Tiba tiba dia baring dipaha aku membuatkan badan aku mengeras.

"J-Jungkook?" Jungkook hanya menggumam mendengar panggilan aku. Tangan aku dia capai lalu diletakkan dikepalanya.

"Tolong kejap.. Saya nak tidur. Penat.." Dia suruh aku main rambut dia ke? Teragak agak aku untuk memegang rambutnya.

Jungkook mengalihkan wajahnya pada perut aku. Dia memeluk pinggang aku merapatkan lagi kedudukan kami. Terus tangan aku terhenti dari bermain di rambutnya. Mata aku membesar. Dapat aku rasakan jantung aku berdegup laju dengan kelakuan Jungkook.

"Don't stop.." katanya sambil membetulkan posisinya yang masih memeluk pinggang aku. Perlahan lahan aku sambung memainkan rambutnya. Lembut! Aku tersenyum sendiri dengan kelakuan Jungkook. Manja!

 ____________

"Kita dah hilang perempuan tu.. Apa kita nak buat ni boss?" kata seorang lelaki kepada seseorang yang sedang duduk leka menghisap rokok ditangannya.

"Kau cari perempuan tua tu balik. Hutang dia belum langsai lagi." Katanya bersahaja. 

"Perempuan yang lari tu pula macam mana?" soal lelaki itu lagi.

"Biarkan sahaja dia. Kita tengok sejauh mana dia boleh lari. Tunggu arahan aku, baru kau cari dia." kata katanya membuatkan orang suruhannya itu mengangguk faham dengan arahan yang diberikan. Terus dia keluar dari bilik bossnya itu.

"Sweetheart, berbahagialah dulu.. nanti aku akan cari kau balik.." katanya lalu dia tertawa sinis. Puntung rokok dipegangannya itu dicampakkan sahaja dibawah.

________________

Tidur aku dikacau dengan satu jari yang mencucuk cucuk pipi aku berkali kali. Berkerut kerut wajah aku dibuatnya.

"Hey.. bangunlah.." aku hanya menggumam mendengar suara itu. Tawanya pula kedengaran.

"Park Yunseol, kalau awak tak bangun, saya cium awak dekat sini juga." Mata aku terus tercelik mendengar kata katanya. Terus aku menegakkan badan aku. Segar!

Jungkook yang ada disebelah aku tertawa kuat. Aku mencebik. Sukalah tu kacau aku! 

Aku pandang sekeliling. Ini bukan bilik.. Ini.. ruang tamu?!

"Saya tertidur dekat sini ke malam tadi?" soal aku memandang Jungkook dengan suara serak aku.

"Bukan awak sorang je.. Saya pun sama.." Kata Jungkook sambil tersengih. Suara Jungkook masih serak. Aku dapat agak yang dia pun baru sahaja bangun tidur.

"Mesti pinggang awak sakit kan? Sorry.. saya tertidur.." kata Jungkook risau kerana aku tidur dalam posisi duduk.

"Eh, tak.. saya yang taknak kejut awak.. Awak nampak penat sangat semalam tu yang saya tak kejut sampaikan saya tertidur sekali.." kata aku sambil tersengih kekok. 

"Awak tak kerja ke harini?" soal aku. Semalam dia tak kerja, takkan harini pun dia tak kerja?

"Tak.. saya saja ambil mc lama lama sebab masatu saya dah stay hospital.. Tiga hari tak balik rumah." Aku hanya mengangguk membalas kata katanya.

Ding Dong~

Tersentak aku dan Jungkook mendengar bunyi loceng kondominiumnya dari luar. Kondominium ini, dua tingkat paling atas ialah rumah Jungkook. Berapa juta dia beli rumah ini pun aku tak tahu. 

"Kejap saya pergi tengok." Jungkook bangun untuk pergi lihat,

Setelah beberapa minit, aku tengok Jungkook datang semula dengan dua buah kotak yang agak besar. Terkejut aku dibuatnya.

"Apa ni Jungkook?" soal aku tertanya tanya.

"Baju awak." Mata aku terbuntang. Baju aku?!

"Baju saya?! Banyaknya siapa nak pakai ni?!" suara aku naik kerana terkejut. Setahu aku sikit sahaja baju yang aku cuba semalam.

Jungkook meletakkan kotak itu dihadapan aku.

"Awaklah yang pakai. Tak kan saya pula.." 

"Tapi setahu saya, semalam tak banyak macam ni pun saya cuba.." aku memandangnya  dengan pandangannya yang mencurigakan.

"Hehe, saya saja tambah." selamba sahaja Jungkook berkata.

"Awak ni Jungkook, buat saya rasa bersalah je.. Awak beli macam saya nak tinggal sini selama lamanya pula." aku bermain dengan jari jari aku.

"kenapa? tak nak ke tinggal sini selama lamanya?" aku mengangkat wajah memandangnya wajahnya.

"Takkan saya nak tinggal sini lama lama? Macam mana dengan keluarga awak? Bakal isteri awak nanti, macam mana?" Jauh betul aku fikir. Walaupun hati aku terasa sakit bila aku mengatakannya, aku perlu juga katakan. Lama lama dia akan berkeluarga juga.

"Awak jelah jadi bakal isteri saya.."

"Hah?!"

_____________tbc

[OG] Remedy || 전정국Where stories live. Discover now