13 ; DID

148 22 9
                                    

Aku termenung memikirkan kata kata Doktor Oh tadi. Jungkook sakit? Jungkook nampak tenang macam tak ada apa apa yang menganggu dia pun. Betul.. aku belum benar benar mengenali Jungkook. Aku kena tahu juga Jungkook sakit apa.

Pintu bilik hujung ditingkat bawah yang Jungkook larang aku masuki itu aku pandang.

"Patut ke tak aku buat ni eh?" Soalku pada diri sendiri.

Macam mana kalau Jungkook marah? Jungkook mesti kecewa sebab aku tak ikut arahan dia. Macam mana kalau aku kena halau dari rumah ni? Aku tak ada tempat lain untuk dituju. Keluhan kecil aku lepaskan.

"Fikir apa tu?" Aku terjerit kecil kerana teguran seseorang yang tiba tiba. Pantas aku menolehkan wajah aku kepadanya.

Dada aku, aku urut perlahan kerana terkejut.

"Bila awak masuk? Terkejut saya..." kata aku lembut.

"Saya masuk pun awak tak perasan? Awak fikir apa sampai tak sedar saya masuk rumah ni?" Soalnya lalu duduk disebelah aku.

"Tak.. tak ada apa pun. hmm, awak nak makan? Saya ada masak sikit tadi.." aku menukar topik. Tak mahu Jungkook memanjangkan pertanyaannya.

"Boleh juga.." katanya sambil tersengih manis.

Aku terus tarik tangannya menuju ke dapur. Tiba tiba Jungkook berhenti membuatkan pergerakan aku berhenti juga. Aku memandangnya pelik.

"Kenapa?" kata aku lalu Jungkook menghulurkan beg yang dipegangnya tadi. Aku menyambut hulurannya.

"Apa ni Jungkook?" kata aku. Beg itu aku buka. Terkejut aku dibuatnya bila melihat isi didalam beg itu.

"Phone?" aku keluarkan telefon pintar yang ada didalam beg itu. Itu ialah telefon keluaran baru yang menjadi kegilaan ramai sekarang. Iphone 11 pro max berwarna ungu. Warna kegemaran aku..

"Jungkook mahal-" belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Jungkook menekan bibir aku dengan jari telunjuknya.

"Senang saya nak berhubung dengan awak nanti. Dalam tu ada nombor telefon saya, nombor pejabat dan nombor PA saya. Kalau ada apa apa, call je.." katanya selamba dan terus dia berjalan melepasi aku ke dapur.

"Telefon rumah kan ada.." aku menunduk. Banyak sangat barang yang Jungkook berikan pada aku.

"Yunseol, saya lapar.." katanya sambil tersengih. Aku menjelingnya. Sajalah tu nak tukar topik!

"Awak tunggu sekejap. Saya hidangkan." Kotak telefon itu aku letakkan diatas meja makan lalu aku terus berlalu untuk menghidangkan Jungkook makanan

Nasi dan beberapa lauk aku letakkan dihadapannya lalu aku duduk berhadapan dengan Jungkook.

"Awak tak makan?" Soal Jungkook pada aku.

"Saya dah makan tadi. Awak makanlah. Saya nak tengok." Aku tersengih.

Jungkook hanya mengangguk dan mula makan. Dagu aku, aku tongkatkan dengan tangan aku melihat Jungkook makan.

Jungkook makan macam tak ada hari esok! Laju!

Aku tertawa kecil melihat Jungkook. "Jungkook, makan perlahan lahan. Makanan tu tak lari pun.." kata aku sambil membuang sebutir nasi pada hujung bibirnya.

Pergerakan Jungkook terhenti lalu dia tersengih kecil.

"Dah lama tak ada orang masakkan makanan untuk saya Yunseol." Senyuman aku menghilang mendengar kata kata Jungkook. Jungkook sambung makan lagi. Kalini aura padanya agak gelap. Tak seceria tadi.

"Jungkook.." aku mencapai tangannya membuatkan Jungkook memandang aku.

"Saya nak tahu lebih tentang awak." Kata aku. Matanya membesar.

[OG] Remedy || 전정국Where stories live. Discover now