"Petang ni kita keluar cari baju awak.." kata Jungkook. Mata aku membesar mendengar kata katanya. Lengannya aku tarik untuk memberhentikan langkahnya.
"Cari baju? Tapi Jungkook saya tak ada duit.. S-saya tak nak menyusahkan awak lagi.." Aku menunduk merasakan aku terlalu banyak menyusahkannya.
"Tak apa-" belum sempat Jungkook menghabiskan kata katanya, Aku memotong. "Saya balik rumah ahjumma ambil baju.. Tak pun saya-"
"Yunseol, apa yang saya boleh tolong, saya tolong. Awak tak menyusahkan pun.. Jangan risau.." kata Jungkook. Belum sempat aku ingin membuka mulut untuk protes, Jungkook menyambung lagi.
"Jangan nak melawan. Saya gigit bibir awak tu karang." Mata aku membesar mendengar kata katanya. Dapat aku rasakan wajah aku memanas.
"Blushing lah tu.." Jungkook tersengih kecil melihat aku. Aku mengalihkan pandangan aku lalu aku menyentuh pipi aku menggunakan kedua tangan aku. Panas!
"Yunseol, saya minta satu je dekat awak.." Tiba tiba Jungkook bersuara. Aku mengalihkan pandangan aku padanya semula.
"Jangan masuk bilik tu walau apa pun yang jadi." Jungkook menunjukkan satu bilik dihujung. Ada satu bilik sahaja ditingkat bawah ini jadi aku hanya mengangguk akur dengan kata katanya.
"Itu bilik awak ke?" soal aku.
"Saya ada dua bilik.. Satu bilik yang awak tidur semalam. Lagi satu yang tu. Kalau awak nak apa apa, awak cari saya dekat bilik semalam tu. Kalau awak nampak saya masuk bilik saya yang dekat bawah ni, jangan ikut. Awak tunggu je sampai saya keluar bilik. Faham?" Aku mengangguk lagi. Walaupun agak pelik, aku tak mahu tanya lebih. Ini rumah dia jadi aku tak mahu dia tak selesa dengan kehadiran aku.
"Bilik awak dekat sebelah bilik saya dekat atas." tambahnya lagi.
"Terima kasih Jungkook.." Aku memegang hujung bajunya rasa bersalah menimpa aku. "Saya janji lepasni saya cari kerja, saya ganti balik semua yang awak dah bagi.. Saya.. saya cari rumah baru jadi awak tak adalah tak selesa dengan saya..."
"Takperlulah buat semua tu Yunseol.. Saya ikhlas tolong awak.." Jungkook mengusap rambut aku perlahan.
"Kalau macam tu... saya tolong awak masak. Saya pandai masak! Kemas rumah biar saya buat. Mesti awak penatkan? Jadi saya-" Jungkook ketawa melihat gelagat aku.
"Buatlah apa awak nak buat Yunseol.. Saya tak kisah. Anggaplah rumah ni macam rumah awak juga." Lembut sahaja Jungkook berkata kata.
"Terima kasih doktor!" Aku tersenyum lebar. Wajah Jungkook bertukar kelat.
"Berapa kali saya nak cakap, jangan panggil saya doktor.. Nak kena gigit ke?" Jungkook menjengilkan matanya berpura pura marah. Aku ketawa besar. Comel!
__________________
Jungkook mengacukan baju baju yang dia pegang pada badan aku. Aku hanya diam menunduk kerana orang orang disekeliling aku memandang kami sambil berbisik.
Jungkook seorang doktor yang terkenal mestilah ramai yang kenal dia.. Dan nampak dia keluar dengan perempuan selekeh macam aku ni? ugh! memalukan! Aku rasa macam nak menyorok je dari sini.
"Awak cuba satu baju dengan seluar ni dulu. Kalau muat, kita ambil je baju baju lain yang sama saiz." Katanya. Aku mengangguk dan mencapai baju itu. Terus aku menutup muka aku menuju ke bilik persalinan.
Sedang aku mencuba pakaian, aku terdengar seseorang berkata tentang aku dan Jungkook.
"Kau nampak Doktor Jung dengan siapa tadi?" Terhenti terus pergerakan aku mendengar nama Jungkook.
"Nampak! Kau rasa perempuan tu siapa? Girlfriend dia ke?" kata seorang lagi. Aku mengetap bibir mendengar perbualan mereka.
"Tak mungkinlah Doktor Jung date dengan perempuan macam tu.. Macam tak kena je dengan pangkat doktor dia.." Sambung seorang lagi. Aku menunduk.
Cepat cepat aku mencuba pakaian tadi dan memakai baju aku semula. Aku nak keluar dari sini cepat cepat!
Aku keluar je dari bilik persalinan, orang yang sedang bercakap tentang aku dan Jungkook terus terdiam melihat aku. Aku tak memandang dan aku terus membawa pakaian pakaian yang aku cuba tadi untuk mencari Jungkook semula.
Nampak sahaja kelibat Jungkook, aku terus menepuk bahunya membuatkan dia terhincut sedikit. Pandangannya teralih pada aku terus senyuman manisnya terukir.
"Dah sudah? muat tak?" soalnya.
"Dah.. saya saiz M" kataku lalu dia mengangguk.
Jungkook bercakap sesuatu pada pelayan kedai itu. Riak wajah pelayan itu terkejut pada mulanya tetapi pelayan itu hanya akur. Apa yang Jungkook cakapkan padanya pun aku tak tahu.
Jungkook menarik aku keluar dari kedai. Berkerut wajah aku dibuatnya. Dia beli atau tidak baju tu? Bukan aku ingin menyoalkan tapi kami hanya keluar selepas Jungkook bercakap dengan pelayan itu.
"Saya dah suruh orang tu hantar kan kerumah. Jangan risau, baju awak ada.." Jungkook ketawa melihat reaksi bingung aku. Aku hanya meng'oh'kan sahaja.
Tiba tiba aku rasakan ada tangan yang hangat memegang tangan aku.
"Jungkook? Janganlah.. orang pandang.." kata aku sambil cuba melepaskan pegangannya tetapi dia mengemaskan lagi pegangannya. Dapat aku dengar orang orang disekeliling berbisik bisik tentang kami. Aku hanya memejamkan mata.
"Biarlah orang pandang.. Saya keluar dengan perempuan cantik, mestilah orang pandang.." kata Jungkook membuatkan aku mendongak memandangnya. Cantik dia kata aku? Aku selekeh dia tak nampak ke?
"Awak ni.. rosak imej awak keluar dengan saya.." kata aku. Tiba tiba Jungkook berhenti membuatkan aku terlanggar belakang badannya,
"Auww.." aku memegang dahi aku yang agak sakit.
"Kenapa rosak pula imej saya?" soal Jungkook memusingkan badannya menghadap aku.
"Rosaklah! saya selekeh. Awak pula doktor yang orang ramai kenal. Macam tak kena je bila saya keluar dengan awak.." kata aku perlahan.
Jungkook mengeluh. "Yunseol, cuba awak buang perasaan insecure awak tu.. saya tak suka." katanya berterus terang. Pantas aku memandangnya bila aku dengar dia cakap dia tak suka.
"Saya tak suka awak insecure dengan diri awak. Tak perlu nak insecure. Semua orang tak sempurna. Abaikan je orang yang cakap macam macam ni okay? Saya tak kisah pun keluar dengan awak.. Saya selesa." kata Jungkook lembut.
Jangan buat saya jatuh cinta dengan awak Jungkook.. saya tak layak..
Aku hanya tersenyum membalas kata katanya. Dia kembali menarik tangan aku supaya berjalan disebelahnya semula. Aku ikut kata katanya agar tidak menghiraukan apa yang orang lain katakan tentang kami.
___________tbc
sedihnya lahai tengok voters T-T
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
FanficKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.