4 ; hurt

162 25 0
                                    

Aku bawa Yunseol ke hospital. Ramai staff staff memandang pelik kepada kami. Ya lah, aku bawa perempuan masuk ke hospital sambil memegang tangannya. Kecoh lah satu hospital ini nanti.  Dapat aku rasakan Yunseol menarik tangannya untuk melepaskan pegangan aku tetapi aku mengemaskan lagi genggaman aku pada tangannya.

"U-uhm Doktor, saya rasa baik awak lepaskan tangan saya." aku hanya membiarkan kata katanya berlalu begitu saja dan terus menariknya ke pejabat aku.

Jadi dia seorang yatim piatu dan berumur 20 tahun. Ibu dan ayahnya meninggal kerana dibunuh dan sekarang dia tinggal dengan makciknya. Pemilik restoran kecil itu. Sampai sahaja di pejabat aku, aku menolak bahunya untuk duduk. Dengan perlahan aku mencangkung menghadapnya.

"Yunseol, saya perasan luka dekat muka dan lengan awak. Jadi saya nak check awak boleh?" kata aku lembut.

"Doktor, saya tak ada duit nak bayar bil rawatan. Sakit sikit je, nanti hilanglah sakit tu. Saya tak apa apa." dia tersenyum manis kepada aku. How can dia boleh tersenyum walaupun orang layan dia dengan teruk?

"Saya tak minta bayaran pun dan panggil sahaja saya Jungkook." Aku bangun lalu mengambil alatan rawatan aku. Aku tahu dia sedang memandang aku jadi aku menoleh kepadanya. Tiba tiba dia mengalihkan pandangannya dari aku dan terbatuk kecil. Wajahnya memerah menandakan dia malu. Aku hanya tersengih melihat kelakuannya.

"Doktor- maksud saya Jungkook.." dia membetulkan panggilannya terhadap aku sebaik sahaja melihat aku memandangnya tajam kerana masih memanggil aku Doktor.

"Saya rasa saya kena balik dulu.. Saya taknak makcik saya mengamuk.." dia menunduk. dapat aku katakan yang dia sedang takut sekarang jadi aku melangkah mendekatinya. Aku kembali mencangkung dihadapannya dan meletakkan alatan dan ubat ubatan disebelah aku.

"Jangan risau, saya akan explain semuanya pada dia. Awak kena dirawat dulu lepastu saya hantar awak balik okay?" dia melepaskan keluhan kecil lalu hanya mengangguk akur dengan pelawaan aku.

Melihat dia bersetuju, aku mula memeriksa luka lukanya.

________________________

Aku menghantar Yunseol pulang agak lewat kerana aku membawanya makan malam sebentar. Hari sudah gelap dan Yunseol hanya diam. Mungkin dia risau makciknya akan mengamuk. Salah aku juga melengahkan masanya.

Aku memberhentikan kereta aku sebaik sahaja aku sampai dirumahnya.

"Yunseol, awak nak saya jumpa makcik awak and explain all of this?" soal aku risau dia akan dipukul lagi. Tetapi dia menggeleng laju.

"Jangan, saya tak nak awak terlibat dengan masalah saya. Mereka akan gunakan awak untuk keuntungan jadi saya rasa lebih baik ini kali terakhir kita berjumpa. Terima kasih Doktor, saya pergi dulu.." dia menunduk lalu membuka pintu untuk keluar. Aku hanya membiarkan.

Dia sungguh naif. Aku jatuh kasihan. Perempuan naif seperti dia dilakukan seperti hamba.

"Saya tak rasa ini kali terakhir kita berjumpa Yunseol.." kata aku sendiri lalu memandu terus ke rumah aku.

Yunseol's POV

Sungguh aku takut untuk melangkah masuk kedalam rumah. Sudah pasti ahjumma akan mengamuk. Aku menarik nafas dalam lalu terus aku mengetuk pintu rumah.

Dengan beberapa ketukan, pintu dibuka dan terpancul wajah Ahjumma. Aku pelik kerana Ahjumma tersenyum lebar kepada aku. Lantas dia menarik aku masuk kedalam rumah. Dia menolak bahu aku untuk duduk diatas kerusi. Mata aku membesar apabila melihat meja makan dipenuhi dengan makanan.

"Apa-" Belum sempat aku menghabiskan kata kata aku, Ahjumma memotong percakapan aku.

"Jadi kau dapat berapa juta?" soal Ahjumma tiba tiba. Aku tak dapat menghadam kata kata Ahjumma.

"Apa yang ahjumma cakap ni?" aku memandang ahjumma pelik.

"Kau keluar dengan doktor tu kan? Kau pergi rumah dia kan? Aku tahu kau layan dia. Berapa juta dia bagi? Takkan dah tidur dengan kau dia tak ada bagi apa apa?" kata kata Ahjumma membuatkan mata aku membesar sebaik sahaja aku dapat memahami maksudnya.

"Kau kena pandai goda dia lepastu minta dia macam macam baru lah kau ni berguna dalam keluarga ni. Kau dapat tolong aku. Kau dapat ambil harta dia dan kita bagi bagi harta dia jadi bolehlah kita kaya-"

"Ahjumma, Seol bukan murahan. Dia tolong Seol, tu je." aku marah tetapi aku masih lagi hormat kepadanya. Dapat aku lihat wajah Ahjumma yang tadinya gembira bertukar marah.

"Jangan kata yang kau-"

"Seol tak buat apa apa. Dia tolong Seol je." Aku memotong percakapannya lagi.

"Argh!" Aku memegang kepala aku kerana Ahjumma tiba tiba membaling pinggan yang berisi nasi di kepala aku.

"Kau ni memang tak berguna lah! Apa je kau boleh buat untuk keluarga aku?!" bibir aku ketap. Keluhan kecil aku lepaskan.

"Omma, Doktor tu takkan tergodalah dengan dia ni. takde kelas. Badan pun sekeping je mana mungkin doktor macam Doktor Jung tu pandang dia." kata Hayoon yang muncul entah dari mana.

"Membazir je aku masakkan kau semua ni." Ahjumma membaling satu persatu mangkuk yang berisi makanan kearah aku. Terus aku mencangkung dan melindungi kepala aku menggunakan kedua dua tanganku. Habis pakaian aku kotor kerana makanan itu.

Sakit. Pinggan dia baling tepat terkena pada kepala aku. Aku tak mampu untuk lakukan apa apa jadi aku hanya diam tak membalas membiarkan diri aku didera.  Walau sekuat mana aku menjerit mengatakan yang aku sakit, mereka tak akan berhenti selagi mereka tidak puas.

_________________tbc

I COMEBACKKK HSHSHHS support la gais, down la tengok silent readers ramai sangat 🥺🥺🥺🥺 btw BTS Swept semua Daesang kat MMA HSHSHSH AWWW YOU DESERVE IT BABYY 😭💜

I COMEBACKKK HSHSHHS support la gais, down la tengok silent readers ramai sangat 🥺🥺🥺🥺 btw BTS Swept semua Daesang kat MMA HSHSHSH AWWW YOU DESERVE IT BABYY 😭💜

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CONGRATS BTS. 💜💜
Okay guys, don't forget to votes and comments, lots of love, IPURPLEYOUUU 💜💜💜💜

[OG] Remedy || 전정국Where stories live. Discover now