Mata aku membesar sebaik sahaja tangan aku terhenti pada tajuk satu berita di laman social aku. Berlari aku mendapatkan Jungkook dengan segera di pejabatnya.
Pintu pejabatnya aku buka tanpa mengetuk dahulu membuatkan Jungkook tersentak dengan tindakan aku. Jungkook memandang aku pelik.
"Kenapa Yunseol?" Soalnya.
"Jungkook, tengok ni.." aku menghulurkan telefon aku pada Jungkook.
[[GOSSIP]]
Seorang Doktor Terkenal dipercayai mempunyai Perempuan Simpanan
Doktor Jung, seorang doktor yang mempunyai personaliti yang membuatkan orang sekelilingnya kagum dengan karismanya apabila beliau berbicara dikaca TV rupanya mempunyai perempuan simpanan dirumah persendiriannya. Beberapa netizen juga mengakui pernah melihat mereka bersama di sebuah Gedung beli belah. Rupanya selama ini kita semua tertipu dengan penampilan doktor kacak itu. Netizen mula melemparkan kata kata buruk dilaman sosial Doktor Jung tetapi Doktor Jung masih tidak memberikan apa apa respon......
"Macam mana ni Jungkook?" Aku menggigit bibir memandang Jungkook. Risau. Berita tentang Jungkook sudah pun tersebar di laman gossip berita itu. Jelas wajah Jungkook terpampang di muka depan.
"Jangan risau, esok ikut saya pergi hospital okay? Kita buat keterangan." Kata Jungkook tenang sambil memandang aku.
"Boleh tak kalau saya tak ikut?" Aku menunduk dan bermain dengan jari jari aku sendiri. Yalah, kalau peminat peminat dia serang aku nanti macam mana? haish.
"Awak kena ikut. Biar diorang semua tahu yang awak ni bakal isteri saya." Lantas aku memandangnya semula. B-bakal isteri?
"Saya akan umumkan yang awak ni bakal isteri saya biar orang yang buat fitnah ni semua malu. Saya akan saman pihak yang bertanggungjawab keluarkan berita macam ni termasuk Naeun. Tak boleh nak tengok orang senang langsung!" Jungkook menghembuskan nafas berat. Penat melayan karenah orang sekeliling.
Jelas riak penat terpampang pada wajah Jungkook. Tangannya aku capai dan usap lembut "Jangan stress Jungkook, saya ada dengan awak.." Jungkook membalas genggaman tangan aku dan tersenyum lembut.
"Jungkook, s-saya.." aku menggigit bibir aku sendiri. Jungkook memandang aku menunggu kata kata aku.
"Kenapa ni? awak sakit ke?" Jungkook mendekatkan dirinya dengan aku membuatkan debaran aku bertambah.
"S-saya sayang awak!" aku memejamkan mata dan menekup wajah aku sendiri. Malu! Sengihan Jungkook kedengaran menambahkan lagi rasa malu aku.
Tangan aku dia turunkan dari terus menekup wajah aku tetapi aku masih tidak memandangnya. Aku hanya menunduk mengelak pandangan Jungkook.
"Boleh awak ulang lagi sekali? Saya tak dengar.." ish Jungkook ni buat buatlah tu!
"Kenapa tak nak pandang saya ni Yunseol?" Dia memegang pipi aku supaya aku memandangnya. Bibir aku, aku gigit lebih kuat. Senyumannya semakin lebar melihat wajah aku memerah. Menyesal pula bagitahu dia..
"Cepat ulang. Tadi saya tak fokus jadi saya tak berapa dengar apa awak cakap.." Jungkook ketawa. Dadanya aku tepuk.
"Janganlah sakat saya Jungkook..." aku memuncung.
"No no, I just want to hear it one more time." aku memejamkan mata aku. Lelaki ini sengaja je tau!
"Saya sayang awak, Jeon Jungkook.."
_______________
"Untuk maklumat, berita saya mempunyai perempuan simpanan tu sama sekali tak benar. Perempuan yang selalu ada dengan saya tu ialah bakal isteri saya, Park Yunseol.." Jungkook yang sedang bercakap dihadapan semua pihak media itu memandang aku membuatkan mereka semua menoleh kearah aku.
Makin galak aku dengar bunyi kamera menangkap gambar aku.
"Come here, dear.." kata Jungkook pada mikrofon menyuruh aku datang padanya.
Aku agak kekok pada mulanya kerana semua mata tertumpu pada aku membuatkan aku tak selesa. Tetapi bila mata aku dan Jungkook bertembung dan melihat Jungkook tersenyum pada aku, terus aku mengukirkan senyuman dan perlahan lahan menuju kepada Jungkook.
Dress off shoulder bawah lutut aku kenakan pada badan aku hari ini. Cantik. Jungkook yang pilihkan masa kami membeli belah masa tu.
Tiba sahaja aku disebelah Jungkook, Jungkook merangkul pinggang aku kemas.
"Inilah dia bakal isteri saya. Salahkah saya keluar dengan bakal isteri saya?" Jungkook tergelak kecil memandang aku membuatkan aku tersenyum sama.
"Saya harap lepas ni tak ada lagi tuduhan mengarut tentang saya dan bakal isteri saya. Pihak yang menyebarkan berita palsu saya akan saman." kata Jungkook. Mata aku jatuh pada wajah Doktor Kim. Jelas riak tak puas hati terpampang pada wajahnya terus dia berlalu pergi dari tempat itu.
________________
Tamat sahaja sidang media Jungkook tadi, Jungkook terus membawa aku ke taman. Berjalan sambil berpegangan tangan disini. Sangat romantik. Tanpa aku sedar, aku tersenyum sendiri.
"'Saya lega benda ni dah selesai Jungkook.." aku memejam mata menghirup udara segar.
"Cantiknya bakal isteri saya ni.." terus aku memandang yang sudah pun memandang aku.
"Apa awak ni Jungkook.." aku menepuk bahunya. Malu!
"Saya cakap awak cantik pun kena pukul. Cuba la awak bagi kiss ke hug ke, tiap tiap hari saya puji awak tahu?" aku tergelak mendengar ayat Jungkook.
"Awak ni makin lama makin gatal ea Jungkook? Tak nak lah kahwin dengan awak." Aku melepaskan genggamannya pada tangan aku dan menjauhi Jungkook.
"Janganlah jauh jauh sayang, saya sakit nanti macam mana?"
"ouw, cheesy sangatlah Jungkook.." Aku tertawa mendengar ayat Jungkook membuatkan dia juga ketawa. Mungkin geli dengan ayatnya sendiri.
"Sini lah Yunseol, jangan jauh jauh.." dia tarik semula tangan aku untuk berjalan disebelahnya. Lengannya aku peluk tanpa teragak agak. Aku sudah selesa dengan Jungkook. Aku yakin dengan perasaan aku sekarang. Aku sayangkan dia.
________________tbc
sekejap je tu sweet sweet. heheheh. Votes and comments guys! Thanks!
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
FanficKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.