Jungkook hanya diam. Sepanjang perjalanan ke hospital hanya ditemani bunyi radio. Aku memaki diri sendiri kerana degil mahu juga masuk kedalam bilik itu. Jungkook balik kerumah semula kerana terlupa untuk mengambil barang keperluannya, masuk sahaja dia kedalam rumah, dia nampak aku dibilik itu.
Dapat aku lihat kerisauan yang terpampang pada wajahnya
Aku menggigit bibir. Ergh, tak boleh jadi.
"Jungkook.." tiada balasan daripadanya.
"Jungkook.." aku menarik lengan bajunya perlahan. Jungkook tidak menjawab lagi. Aku mengeluh perlahan.
"Saya minta maaf.. Argh!" Aku tersandar ditempat duduk kerana Jungkook menekan pedal minyak membuatkan kelajuan kereta bertambah. Aku mengambil keputusan untuk diam. Takut dengan sikap Jungkook yang ini. Dia langsung tak menghiraukan aku..
Sampai sahaja di hospital, dia terus meletakkan keretanya ditempat khas yang disediakan untuknya.
"Turun." kata Jungkook sepatah. Aku tak tahu apa motif dia bawa aku ke hospital dia tetapi aku tetap akur dengan arahannya.
Turun sahaja aku dari kereta, terus aku ditarik kedalam hospital oleh Jungkook. Semua staff staff hospital memandang kami. Aku hanya pasrah ditarik oleh Jungkook begini. Dia ada hak untuk marah. Tulah kau Yunseol.. Tak sampai sebulan duduk rumah orang kau dah buat hal.
"Tunggu sini." Katanya lalu dia terus meninggalkan aku. Terus aku terduduk mencangkung lalu aku menyerabaikan rambut aku.
"Park Yunseol... apa kau dah buat ni?!" Aku menggigit bibir kuat. Menyesal tak sudah masuk dalam bilik tu. Ergh!
Satu jam sudah berlalu tetapi kelibat Jungkook masih belum kelihatan. Aku hanya menyandar pada kerusi pesakit dihadapan meja Jungkook bosan tak melakukan apa apa disini.
"Doktor Jung!" tersentak aku melihat orang yang tiba tiba masuk kedalam pejabat Jungkook. Terus aku bangun dari kerusi. Seorang perempuan yang agak tinggi beberapa sentimeter dari aku masuk kedalam bilik Jungkook. Cantiknya dia..
"Who are you?" soalnya pelik dengan kehadiran aku didalam pejabat Jungkook.
"S-saya.."
"Siapa kau? Suka hati je masuk dalam pejabat doktor. Keluar sekarang!" Terkejut aku bila dia menarik lengan aku menyuruh aku keluar dari bilik Jungkook.
"Eh, doktor.. Saya-"
"Dia ada urusan dengan aku. Kau tu buat apa dekat sini Naeun?" Jungkook merentap lengan aku dari pegangan Naeun membuatkan aku terlanggar badan Jungkook. Terkejut! Sumpah, Jungkook tak pernah kasar macam ni.
"Oh wow, now you have a slut in your office-"
PANG!
Mata aku membesar dengan tindakan Jungkook. Memang aku terkejut apabila doktor itu memburukkan aku sebegitu tetapi terkejut aku bertambah bila Jungkook menampar wajah Doktor Naeun itu.
"Watch your mouth Doctor Kim!" Jungkook menghentak meja dengan fail fail ditangannya. Bahu aku terhincut. Takut. Lengannya yang sedang memegang aku, aku pegang dengan tanganku lagi satu.
"Kau berani tampar aku Jung?" Naeun menolak nolak bahu Jungkook mencabar kesabaran lelaki itu. "Aku akan bagitahu pihak media fasal ni Jungkook. Kehidupan kau sebagai seorang doktor akan tamat macam tu je!" ugut Naeun
Mata aku membesar sekali lagi melihat tangan Jungkook naik untuk menampar doktor itu lagi tetapi aku pantas memeluk Jungkook kuat menghalang pergerakannya. Aku dengar tawa Naeun melihat perbuatan aku.
"Jungkook, jangan.."
"See, Doctor Jung? A slut." katanya. Aku memejamkan mata dan mengeratkan lagi pelukan aku dibadan Jungkook apabila terasa Jungkook ingin melawan lagi.
"Keluar Naeun." Katanya tegas.
"Why? Wanna have a sex in this office?" selamba sahaja doktor itu menuduh kami. Dapat aku rasakan mata aku memanas.
"Keluar!" dada Jungkook berombak ombak menahan marah. Aku menggenggam kain kot doktor Jungkook.
"Ingat Jung. Aku akan buat nama kau buruk." dengan itu, terus Naeun keluar dari pejabat Jungkook. Jungkook melepaskan keluhan berat dan dapat aku dengan bunyi rahangnya bergesel menahan marah.
"Saya minta maaf Jungkook.. Saya minta maaf.." air mata aku jatuh akhirnya. Kau memang pembawa masalah dalam hidup orang Yunseol. Esakan aku keluar tiba tiba. Perasaan takut dan sedih aku bercampur.
"Kenapa awak masih nak pertahankan dia sedangkan dia fitnah awak macam macam Yunseol?" Jungkook melepaskan pelukan aku pada badannya. Dagu aku ditarik untuk membalas pandangannya.
Air mata aku kesat untuk memandang Jungkook lebih jelas. Aku keliru dengan pertanyaannya
"A-apa maksud awak?"
"Dia fitnah awak and then kenapa awak tahan saya daripada tampar dia? Park Yunseol, Don't be too kind sampai orang pijak kepala awak pun awak tak perasan." kata Jungkook tegas.
"Jungkook, saya tak nak awak bahayakan pekerjaan awak hanya sebab saya. Saya taknak kerja awak musnah sebab saya. Saya fikirkan imej awak, maruah awak sebagai seorang doktor-"
"Habistu maruah awak?! Biar orang lain pijak pijak? she said that you are a slut. A slut! Hina sangat panggilan tu Yunseol. Hati saya sakit dengar dia burukkan orang yang saya sayang depan mata saya sendiri. Awak faham tak Park Yunseol? Hati saya sakit." Air mata aku jatuh lagi. Jungkook, awak patut risaukan diri awak sendiri..
Tangannya yang memegang dagu aku, aku tolak. "Doktor tu pun cakap dia nak burukkan nama awak. Semuanya sebab siapa? Sebab saya! Saya rasa saya ni beban untuk semua orang! Saya punca hidup orang lain musnah. Saya minta maaf Jungkook. Saya tak boleh hidup dengan awak. Saya ni pembawa malang. Jungkook, awak patut risaukan diri awak sendiri.." Pantas aku pusing untuk keluar dari pejabat ni.
Baru sahaja aku ingin menarik pintu pejabat ini untuk keluar, aku ditarik semula kedalam dengan kasar sehingga pinggang aku terlanggar meja membuatkan aku mengerang sakit.
"So you want to leave me after you makes me fall in love with you hm Park Yunseol?" Jungkook memerangkap aku dengan dua tangan sasanya disisi meja mengurung aku ditengah tengah. Matanya tajam memandang mata aku. Fall in love? Jungkook jatuh cinta dengan aku? Aku diam tak mampu membalas kata katanya.
"I will never let you go. Never." pinggang aku ditarik, pantas dia mendaratkan bibirnya keatas bibir aku tanpa aku sempat berbuat apa apa.
Ciuman lembutnya hilang. Ciumannya kali ini kasar bermain diatas bibir aku. Aku menangis lagi takut untuk melawan Jungkook. Tangan aku naik kedadanya menahannya agar tidak terlalu dekat dengan aku.
Bunyi ciuman terlepas apabila dia menukar posisinya membuatkan aku menggenggam kain bajunya. Nafas Jungkook kasar menampar pipi aku. Tangannya mengusap pinggang aku perlahan membuatkan desahan aku terlepas. Ciuman Jungkook menjadi lebih kasar. Tahu sahaja dia kawasan sensitif aku.
Bibir bawah aku digigit membuatkan aku mengerang kecil. Aku menolak dada Jungkook kasar membuatkan ciumannya terlepas.
"Jungkook, this ain't you.." air mata aku jatuh. Jungkook menunduk menarik nafasnya dalam.
"I'm sorry." katanya lalu dia berlalu keluar dari pejabatnya.
Aku terduduk dikerusi itu. Lemah lutut dibuatnya. Dia tinggalkan aku lagi..
_______________tbc
AKU TULIS APA NI WTF. AAAAA IM SORRY YALL. KALAU KORANG TAK SELESA MOHON SANGAT SKIP PART TU SIJKDJSKDJA. SEJAK KENA QUARANTINE NI OTAK MAKIN TAK BETUL HSSHH
btw, Saya tukar tajuk part ni sebab.. haha u kno whyyyyyyy hshs
Tekan la votes gais 😞
YOU ARE READING
[OG] Remedy || 전정국
FanficKau kekuatan aku, kau ubat aku, kau seorang sahaja yang berjaya membuatkan 'dia' tidak muncul. Tiadanya kau disisi aku, aku bukanlah diri aku. 'Dia' menguasai diri aku. Aku perlukan kau untuk sentiasa bersama aku. Sayang, jangan tinggalkan aku.