Bab 4

6.3K 152 4
                                    

"Kau nak usya perempuan pun tak nak, jangan kau nak kencing aku Liq." kata Kherul.

Dia tahu sangat perangai kawannya yang satu itu, pantang apabila bercerita pasal perempuan. Katanya rimas lah, apa lah tapi alih-alih petang itu minah yang sudah menjadi pujaan hatinya adalah gadis milik Aliq.

"Antara sebab aku tak usya perempuan ni lah salah satunya." kata Aliq tenang.

"What?!" marah Kherul. Dia masih tidak mempercayai kata-kata Aliq.

Dia sudah menyiasat latar belakang Elena. Dia sanggup mengganggu rakan sebilik gadis itu semata untuk memastikan Elena tidak mempunyai teman lelaki. Adakah gadis itu memperdayakannya?

"Hah? Apa lagi yang kau tak puas hati?" tanya Aliq.

Elena yang masih setia menyorok di belakang abangnya itu hanya memerhatikan Kherul.

' Rupanya mamat ni kawan acak ke? Apasal lah aku tak minta tolong acak je dari hari tu? '

' Eh aku baru tau dia ni kawan acak hari ni Tapi masalahnya aku pun bukannya dapat dekat sangat dengan acak. Ni pun kira rezeki lah ni. ' bisik hati Elena sambil tersenyum nipis.

"Masalahnya aku dah tanya kawan minah ni. Kawan dia kata dia single, so tak mungkin kau pakwe dia." kata Kherul. Dia tidak mahu mengalah.

Elena sudah menelan liur.

' Aduh sapa pulak pecah rahsia ni? Mesti si Syaira, siaplah dia nanti! Tak nampak pula aku mana dia, tak kan dah balik tinggalkan aku? Tak guna!! ' Elena mula memerhatikan sekelilingnya untuk mencari kelibat Syaira namun tiada.

"Ala confirm lah kitaorang nak sorok relationship, nak hebohkan buat apa? Aku bukan macam kau." kata Aliq.

Kherul sudah mengetap gigi geram. Perli-perli ni dah mencalarkan egonya.

Dia dan Aliq sudah saling menikam tajam pandangan mata. Tidak lepas dari merenung antara satu sama lain.

"Stop!" kata Failih sambil meletakkan tangannya di antara muka Kherul dan Aliq.

Terkejut mereka berdua lalu memandang Failih tidak puas hati.

"Korang ni asyik nak bergaduh je. Kalau nak gaduh pasal minah tu, biar minah tu bagi kat aku. Korang dua tak payah dapat." kata Failih mengerling ke arah Elena di belakang Aliq.

Cantik pun cantik, jadi tak salah kalau dia pun nak masuk line jugak.

"Fai!" marah mereka berdua serentak.

"Ok ok! Cuba selesaikan benda ni elok-elok! Aku lagakan jugak kepala korang ni nanti." kata Failih tegas.

"Kherul balik nanti aku settle dengan kau. Sekarang ni bagi aku cakap dulu dengan dia. There are things happen between us, more like a family matter. I will tell to both of you after this, so please let us here alone." pinta Aliq.

Failih menganggukkan kepala lalu memberikan isyarat mata kepada Kherul untuk mengikutinya. Dia tidak mahu menganggu perihal Aliq dan perempuan itu. Dia pasti yang Aliq akan menceritakannya juga kepada mereka, jadi lebih baik dia dan Kherul pulang dulu.

Selepas Aliq memastikan kelibat dua rakan baiknya itu sudah pergi, dia membawa Elena ke bangku yang menghadap tasik. Jam ditangan dilihat sebentar. Sudah hampir ke pukul 6 petang.

Dia menarik nafasnya dan menghembuskan perlahan. Elena yang duduk itu di pandang dengan otak yang sedang sibuk cuba untuk menyusun kata.

"Elen, I know along had already told you about the things that happen between us." kata Aliq.

Elena senyap. Menunggu lelaki itu untuk menghabiskan cakapnya.

"Aku bukan abang kandung kau Elen, so our relationship is going to be different." sambungnya.

Tiba-tiba tangannya dipegang oleh Elena menyebabkan dia pantas menarik tetapi genggaman kuat dari Elena menghalangnya.

"Elen, we are not muhrim!" tegas Aliq berkata.

"Im sorry cak, tapi along forgot to tell you about me. Maaf pegang acak, tapi ni je saluran yang paling dekat memandangkan puncanya daripada acak jugak." kata Elena.

Aliq tidak faham. Saluran? Punca daripadanya?

"Aku? Punca? Apa yang kau merepek ni? Now, please let me go! I dont want to be harsh on you." kata Aliq mendatar.

Selepas beberapa ketika, Elena melepaskan juga tangan Aliq. Jantungnya berdegup laju sehingga mahu gugur apabila tangannya seperti bergerak sendiri memegang tangan abangnya itu tadi. Dia seperti tidak dapat mengawalnya.

Elena pantas bangun dan ingin pulang ke kolej. Lebih lama dia disitu nanti Aliq tu pasti diterkamnya. Fikirannya sudah mula membayangkan yang bukan-bukan.

"Elen, aku tak habis cakap lagi!" panggil Aliq.

"Kalau lama lagi Elen dekat sini, acak yang tak selamat. Sorry acak, I'm scared of myself more than our problems right now." kata Elena dan terus berlalu pergi.

Aliq meraup mukanya. Penat memikirkan ayat yang tak habis lagi ingin dikatakan tetapi Elena sudah pulang. Dia duduk pula di tempat yang diduduki oleh Elena tadi dan termenung memandang tasik di hadapannya.

Kata-kata daripada Razil dan Azran tempoh hari mengenai hubungannya dan Elena masih lagi segar di ingatannya.

"Elen tu lain sekarang. Dia sakit." kata Razil.

"Sakit? Cak tak tau pun dia sakit. Kenapa kau tak bagitau aku long?" marah Aliq.

Dia ingin mencari Elena tetapi segera ditarik duduk kembali oleh Razil.

"Dia bukan sakit biasa-biasa. Benda ni jadi antara korang berdua sendiri. Aku tak boleh nak lepaskan dia dekat-dekat dengan kau." kata Razil.

"Cak ikut je cakap kau dulu long, cak jaga batas dengan Elen sebab i know she is not my sister." kata Aliq tidak puas hati.

"Ya aku tau, tapi aku tak percayakan adik aku sendiri. She is more than you can think. Kau akan tau nanti." kata Razil.

Dia ingin bangun untuk melihat keadaan Elena di biliknya.

"Apa yang cak kena buat sekarang long?" tanya Aliq.

Razil memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"Boleh sampai satu tahap korang kena kahwin untuk kebaikan Elena dan kau jugak. Tapi sekarang, kalau boleh kau elak dari Elena." kata Razil dan berlalu pergi.

Dia masih belum boleh faham apa sebenarnya yang terjadi pada Elena. Kenapa dia harus mengelak? Atau adakah abang-abangnya sudah mengetahui akan perasaanya kepada adik mereka?

Memang dia sudah jatuh suka kepada adik angkatnya itu. Disebabkan status itu semakin kuat perasaan suka tersebut kepada Elena. Tetapi riak wajahnya sedaya upaya disorokkan daripada dilihat oleh Razil dan Azran.

Apabila jarum jam sudah melepasi angka 6, dia mula bangun dan berlalu ke arah kereta Nissan Almera hitam pemberian abahnya yang diparkir tidak jauh dari kawasan taman tersebut.

Dia terus memandu pulang ke kolej kediaman pelajar lelaki yang hanya 10 minit dari taman rekreasi itu. Kepalanya terus berfikir lagi untuk memikirkan rancangan yang harus dilakukan.

*continued*

Skinship❤️❗️❌Where stories live. Discover now