"Acak? Are you mad?" tanya Elena perlahan.
"Cakap kuat sikit Elen."
Elena menelan liurnya. Keras betul suara Aliq. Pertama kali dia rasa sangat takut apabila duduk di sebelah lelaki itu.
"Acak marah ke?" tanya Elena dengan suara yang lebih kuat.
"Rasa?"
Elena senyap. Hujung blausnya dimain-mainkan untuk menghilangkan gementar..
"Marah." kata Elena sepatah.
"Sebab apa aku nak marah?"
Elena menjongketkan sebelah keningnya. Mana lah dia tahu kenapa lelaki itu marah.
"I'm asking you Elen."
"Elen tak tau." kata Elena.
Aliq mengeluh perlahan.
"Sebab apa aku marah kau? Sebab kau tak nak dengar apa aku cakap."
Elena hanya senyap. Dia menunggu lelaki itu menyambung kata-katanya.
"Sakit tau rasa bila aku nak explain salah faham tu tapi kau tak nak dengar. Habis kau nak suruh aku explain dekat siapa? Along? Angah?"
"Habis acak ingat Elen ni tak sakit hati ke? Ingat Elen ni suka ke lelaki yang Elen dah start sayang tiba-tiba ada affair dengan orang lain?" kata Elena.
"Apa? You just said that you love me?"
Muka Aliq yang agak dingin itu kendur sedikit apabila mendengar ayat daripada Elena sebentar tadi.
"No, I didn't say it like that." kata Elena.
Dia mengetap bibirnya kerana terlepas kata.
' Bodoh lah kau ni Elen! Macam kau boleh terlepas cakap ni?! ' bisik hatinya kesal.
"I heard you just now Elen." Aliq tersenyum senget.
"Haaa acak dah tak marah kan? Tu acak senyum." kata Elena cuba mengalihkan topik.
"Aku tak kata yang aku dah tak marah. Salah ke kalau aku senyum?"
Elena mencebik.
"Apa lagi yang acak nak? Ok, Elen maafkan acak. Cukup dah penjelasan depan mata Elen dekat kafe tadi." kata Elena.
Sekali lagi Aliq mengukir senyuman senget.
"Are you sure? Betul ni kau maafkan aku?"
"Ye betul. So now? Acak nak bawak pergi mana ni?" tanya Elena.
"Hantar kau balik lah. Kau tak ada test? Aku nak balik study, esok test."
Elena tercengang. Ingatkan lelaki itu ingin membawanya berjalan di taman ke tepi tasik ke. Baguslah dapat bakal laki kaki study ni.
"Chill lah acak. Acak kan perform je sebelum ni." pujuk Elena.
"Nope. Kau pun study la. Sem ni kau dekan, aku bagi hadiah."
"Tak nak lah." kata Elena.
"Kalau tak nak sudah, aku tetap hantar kau balik. Fullstop!"
"Fullstop!" ejek Elena dengan mulut tercebik-cebik.
"Aku cium karang. Berani kau ejek aku."
Elena pantas menutup mulutnya. Kadang si Aliq ni pun suka buat perangai lepas laku dia. Buatnya dia cium betul-betul, naya je.
YOU ARE READING
Skinship❤️❗️❌
Romance[COMPLETE] Skinship : I just need Your touch ⚠️Alert: Watak, tempat dan jalan cerita tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. 🚫 Abaikan kesalahan ejaan/tatabahasa. Start: April 2019 End: July 2021