Bab 49

3.9K 106 2
                                    

"Mama akan rindukan anak manja mama ni." kata Pn Atilia sambil memeluk erat Elena.

Mereka kini sudah berada di lapangan terbang kerana beberapa jam lagi Elena dan Aliq akan berangkat ke London.

"Ma, you can come and visit us there. Jangan buat macam ma tak dapat langsung nak datang jenguk Elen dekat sana."

"Kalau abah tak bagi mana boleh mama pergi London. Duduk lah dengan acak diam-diam dekat sana tu. Mana tau balik je dah ada anak, untung mama dengan abah jadi tok abah dengan tokma." kata En Ramzi disambut ketawa oleh Pn Atilia.

"Abah ni memang jelaous kan dengan Elen? Ma tetap mama Elen. Abah tak boleh rebut ma dari Elen."

"Tak ada abah, tak ada Elen yang dah besar depan mata ni ha!" kata En Ramzi lagi.

Muka Elena sudah berubah cemberut. Sengaja betul ayahnya ni menyakat dia.

Dah lah hati tengah tak tenang memikirkan apa akan jadi dengan dia nanti bila bersama dengan Aliq sahaja berdua di sana!

"Are you done hugging each other? Sebab kejap lagi flight kita pulak." kata Aliq mendekati mereka bersama Azran selepas uruskan perihal tiket.

"Bawak lah bini kamu ni cepat acak, karang dia langsung tak nak lepaskan ma pulak."

"Abah!" marah Elena.

En Ramzi hanya tayang muka selamba. Walaupun mereka berdua selalu bergaduh pendapat tetapi tak dinafikan hubungan antara ayah dan anak itu tetap rapat.

Aliq hanya tersenyum sahaja. Cukup biasa dengan perangai 'anak manja' isterinya itu apabila sudah lama hidup dibawah satu bumbung dengannya.

"Before that acak, ada someone yang nak jumpa dengan kau." kata Razil.

"Aik? Siapa?"

Razil berpusing ke belakang dan jari telunjuknya dituju ke satu arah. Dari jauh terlihat dua susuk tubuh manusia yang sedang berdiri memandang ke arah mereka sekeluarga.

Riak wajah Aliq berubah sedikit tegang. Ingatkan rahsia tentang pemergiannya hanya diketahui oleh Failih dan Kherul sahaja. Tidak sangka ada orang lain yang turut mengetahui tentang hal itu.

"Aku tak ada benda nak cakap dekat dia. That day was the last thing I have done as a friend. Sekarang aku bukan kawan dia lagi."

"But still dia bersungguh datang sini nak jumpa kau untuk kali yang terakhir. Tell her that you already forgive her. Sekurangnya bila kau dah hilang dari hidup dia, dia tak akan tanggung lagi rasa bersalah tu." kata Razil.

Aliq diam. Matanya melirik ke wajah Elena yang tika itu turut memandangnya.

"I know forgive people will never make you forget about the things they did but at least berpisah biar cara baik. Tak payah ada dendam lagi." tambah Azran pula sambil menepuk bahu Aliq perlahan.

Mata Aliq masih lagi memandang wajah mulus Elena. Cuba untuk membaca reaksi wajah isterinya tika itu. Adakah Elena juga turut menginginkan yang sama.

"Just go and meet her. After that, lets move on and mulakan hidup baru macam apa yang abang nak." kata Elena.

Mahu meyakinkan Aliq lagi supaya bertemu dengan bekas rakan baiknya itu. Dia bukan kejam untuk mengeruhkan lagi keadaan antara mereka berdua.

Aliq mengeluh perlahan.

"I will be back in 10 minutes. And you, no more crying face on the flight." kata Aliq lalu tersenyum sinis ke arah Elena.

Elena hanya membalas dengan menjulingkan matanya ke atas. Menyampah dengan ayat yang Aliq sempat selitkan untuknya.

Skinship❤️❗️❌Where stories live. Discover now