Memasuki sahaja pagar kolej kediaman untuk pelajar lelaki, Aliq segera mencari parkir kosong dan memarkir keretanya. Selepas mengunci kereta, kaki segera ke arah bangunan Firdaus 1 dan menunggu lif untuk ke tingkat 5 di mana biliknya terletak.
Dia masuk sahaja ke dalam bilik, terlihat Failih sedang bersantai di atas katil dengan buku novel di tangan.
"Sejak bila pula kau minat romance?"
Failih mengalihkan sedikit buku itu dari mukanya.
"Apasal? Tak boleh ke aku baca?"
"Sebelum ni aku offer tak ada pulak kau nak baca. Sekarang ni sedap je rembat dekat rak aku." kata Aliq.
Kunci keretanya disangkutkan di papan notis yang terdapat di meja belajar. Kemudian wallet dan Iphone Xsnya di letakkan di atas meja. Dia segera mencapai tuala dan alatan mandi untuk segera membersihkan diri.
Jam menunjukkan sudah hampir ke pukul 7.
"La laju je, mana lagi?" tanya Failih. Buku tadi di letakkan ke tepi.
"Kau tengok dah pukul berapa? Aku malas nak lelama. Seram." kata Aliq saja menakutkan rakannya itu walaupun dia tahu tiada kesan.
"Ha baguslah, sapa suruh kau balik lambat sangat. Kau jangan nak lelama, aku baru dapat tahu cerita tadi. So bersegeralah ya." kata Failih dengan senyuman sinis.
"Shit lah kau!" marah Aliq.
Cepat dia berlari ke bilik air yang berada di hujung koridor, nasib sahaja biliknya itu berada di tengah. Jadi tidak, memang ambik masa untuk berjalan ke bilik air. Haraplah ada orang lagi tengah mandi sekarang.
Selepas solat maghrib,
Aliq, Failih dan Kherul berjalan ke arah kafeteria yang terletak tidak jauh dari pusat islam selepas menunaikan solat maghrib berjemaah. Memandangkan mereka sudah lapar, jadi mereka memilih untuk makan sambil menunggu azan isyak.
Kawasan kafeteria agak meriah kerana banyak kedai yang dibuka malam itu. Jadi banyaklah pilihan untuk mereka memilih lauk buat makan malam. Mereka bertiga berpecah mencari makanan masing-masing dan kemudian berkumpul kembali di satu meja yang sudah kerap menjadi pilihan mereka untuk duduk di situ.
Kedudukan meja itu juga agak jauh dari kedai-kedai dan orang lalu lalang. Senang untuk mereka berborak tanpa perlu terjerit-jerit.
Aliq membaca bismillah dan mula untuk menyuap nasi serta lauk ikan patin masak cili api itu ke dalam mulut.
"Liq, kau hutang cerita tadi." kata Kherul.
Tidak jadi lelaki itu menyuap makannya.
"Nanti aku cerita boleh tak? Lepas makan? Aku lapar ni." kata Aliq. Dia menyuap kembali nasi tadi.
"Tak boleh, tadi kau dah janji nak cerita."
Aliq mendengus geram.
Failih menggelengkan kepalanya. Kalau tiada dia mesti mahu berperang Aliq dan Kherul ni.
"Hei, boleh tak korang berdua senyap? Aku ni nak makan, kalau nak cerita tunggu habis dulu. Depan rezeki jugak nak cari pasal." tegur Failih.
Kherul tersentap. Memang lah dia yang cari pasal dulu tapi apa salahnya bercerita sambil tengah makan ni. Sebelum ni ada saja kesah yang akan dibualkan mereka, terutama sekali Aliq. Pasti ada saja kesah darinya walaupun dia tidak pernah bercerita mengenai perempuan.
Tetapi kali ini Aliq pula tidak ingin bercerita ketika makan.
Kherul kembali senyap dan mula makan. Dia menahan sabar dulu disebabkan Failih. Kalau sudah ditegur tu dengarlah, kalau tidak habislah dia dikerjakan oleh Failih.
Selesai sahaja makan,
Mereka bertiga kembali semula ke meja yang diduduki mereka tadi. Kherul sudah memandang Aliq sambil menjongketkan sebelah keningnya untuk meminta penjelasan perihal petang tadi.
Aliq menarik nafas perlahan dan menghembuskannya.
Dia memandang kedua-dua sahabat di hadapannya itu. Kherul dan Failih lah rakan susah senangnya. Dia tahu bahawa dia agak popular di kalangan pelajar di kampus tersebut, dia pun mempunyai ramai kawan sebelum ini tetapi disebabkan kes yang terjadi terhadap dirinya, Failih dan Kherul lah yang sentiasa ada dibelakangnya.
Sejak itu, dia memilih untuk mengecilkan bulatan rakan-rakannya. Dia tak lagi mencari rakan yang hanya memerlukan dia sahaja tetapi melupakannya apabila dia susah.
Sekarang, mereka bertiga ni jugak menjadi tumpuan di kampus selepas mereka berjaya menggondol anugerah sukan, akademik dan malah mereka mendapat anugerah daripada universiti luar negara yang terkemuka.
Tidak tahu untuk kali ke berapa Aliq mengeluh. Terasa kepalanya agak serabut memikirkan semua yang terjadi dalam hidupnya.
"About that girl just now, sorry Kherul.. She is actually my sister." kata Aliq.
Ternampak sinar kebahagiaan di wajah Kherul. Lega hatinya bila Aliq mengatakan bahawa Elena adalah adiknya, jadi dia adalah peluang untuk memikat hati gadis itu.
"But not a biological sister." sambung Aliq.
Terus mati senyuman Kherul.
"I don't understand dude." sampuk Failih agak pelik dengan kenyataan tersebut.
"Korang tahu kan, aku ni just anak angkat dalam family aku. So then, my mom suddenly mengandung and Elena become my youngest sister. So then, now we have a conflict that i dont know if aku boleh cerita ke tak dekat korang." kata Aliq sambil memandang rakannya dengan wajah sungul.
Kherul dan Failih sudah berpandangan.
"Ok brother in law, tell us about your problem. Kalau kitaorang tak tau, macam mana kitaorang nak tolong kau selesaikan." kata Kherul.
Aliq menjeling tajam apabila Kherul memanggilnya 'brother in law'.
Dia kemudian menceritakan perkara yang terjadi kepada dirinya selepas kepulangan Elena kepada mereka berdua. Panjang ceritanya sehingga jam pun hampir menunjukkan ke angka 9 malam. Agak lama mereka bertiga berada di situ.
Kherul dan Failih pula terangguk-angguk mendengarkan cerita Aliq itu. Mereka berpandangan dan memandang Aliq yang sudah tertunduk itu.
"Thats mean aku ada chance lah kan?" tanya Kherul.
Aliq mengangkat wajahnya. "Maksud kau?"
"Sebab kau kan dah anggap Elena as adik so it must be hard to have a feeling towards her. Kau dah lama hidup bawah satu bumbung dengan dia." kata Kherul.
*continued*
YOU ARE READING
Skinship❤️❗️❌
Romance[COMPLETE] Skinship : I just need Your touch ⚠️Alert: Watak, tempat dan jalan cerita tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. 🚫 Abaikan kesalahan ejaan/tatabahasa. Start: April 2019 End: July 2021