Di dalam bilik,
Elena terbaring di atas katil sambil memandang siling biliknya itu. Air matanya yang mengalir dibiarkan sahaja.
Tidak sangka sehingga begitu sekali keputusan Razil mengenai penyakitnya itu. Dia pasti ada cara lain lagi selain berkahwin dengan Aliq.
Kenapa sampai kena kahwin? Aliq pun bukannya sukakan dia.
Tangan dilingkar ke atas bagi menutup wajahnya. Dia penat.
TUK!TUK!TUK!
Elena menoleh ke arah pintu biliknya.
' Siapa pulak yang ketuk tu? ' bisik hatinya.
"Aku ni, Aliq."
Dia terus terduduk di atas katilnya.
' Acak?! Apahal pulak dia yang naik, ingatkan along yang naik nak pujuk aku. ' gumam hatinya.
"Nak apa?" tanya Elena dari dalam bilik. Pintu tidak dibuka.
"Bagi aku masuk kejap." kata Aliq.
Elena mengeluh lemah. Mukanya yang basah dengan air mata segera dilap dengan lengan bajunya sahaja. Kemudian pintu biliknya itu dibuka.
Tetapi belum sempat dia membesarkan bukaan pintu itu, terasa dirinya ditolak sehingga terduduk dia di atas lantai bilik.
Aliq pula segera masuk dan menutup pintu. Terkejut dia melihat Elena yang sudah terduduk di atas lantai.
' Alamak! Kuat sangat ke aku tolak? ' gelabah Aliq.
"Acak ni kenapa?! Tolak-tolak Elen pulak!"
"Sorry sorry, tak sengaja." kata Aliq dengan sengihan.
"Tu apahal nak tutup-tutup pintu?! We are not muhrim!" marah Elena lalu bangun dari lantai biliknya itu.
"Tak lama lagi kan kita nak kahwin dah pun."
Elena menjeling geram. Ingat lawak ke cakap macam tu?
"I dont have anything to say so can you get out from my room?" pinta Elena.
Dia malas mahu melayan Aliq ketika itu. Tak ada mood!
"Elen, aku kena cakap jugak dengan kau. Walaupun kau tak-"
"I say enough! Elen tak nak cakap apa-apa lagi!" tengking Elena.
Matanya kembali berair apabila dia memandang muka Aliq.
Entah kenapa dia rasa sedih, marah dan gembira. Gembira? Perasaannya bercampur baur.
Aliq yang ditengking itu terus senyap. Dia hanya hanya merenung sahaja Elena. Air mata yang mengalir di pipi gadis itu lagi menambahkan rasa sayu dihatinya.
' Teruk sangat ke keputusan aku? Tapi along kata ni je jalan terakhir. ' Aliq sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kalau kau ade pakwe, kau cakap dekat along. Aku tak tahu pulak keputusan aku ni buat kau rasa sedih sampai macam ni." kata Aliq perlahan.
"Cuma satu je reason aku, aku sayang kau not because we are siblings. Sebab aku pandang kau as perempuan not as adik."
Elena tersentak.
Sayang? Bukan sebagai adik?
Dia mahu katakan sesuatu tetapi Aliq terus berjalan ke arah pintu.
Lelaki itu terus sahaja keluar meninggalkan Elena yang masih lagi kaku di tengah ruang biliknya.
Kata-kata Aliq tadi mengusik sedikit jiwanya. Rasa sayang yang dirasai selama ini adakah rasa sayang Aliq kepada dia sebagai seorang kekasih?
Dia terus mendekati katil lalu duduk. Masih tidak percaya dengan realiti yang dihadapinya sekarang ini.
' Arghhhh!! Aku dah buntu!! ' hatinya menggumam geram.
Rambutnya dikusutkan dan terus dia merebahkan dirinya ke atas katil.
••••
Aliq masuk ke dalam biliknya. Dia menuju ke arah meja belajarnya dan mencapai satu frame gambar yang berada disitu.
"Aku suka kau, aku harap tujuan aku ni betul." katanya perlahan.
Dia meletakkan kembali frame gambar tersebut.
Ding!Ding!
Iphone Xs yang berada di dalam kocek seluarnya diambil. Aplikasi Whatsapp terus dibuka.
Kherul: Woi, kau ni balik rumah asal tak cakap? Kita dah janji kan nak basketball malam ni?
Failih: Aku as roommate dia pun terkejut. Balik je tandas tadi aku tengok kau dah hilang. Desup je kau blah kan?
Aliq tersenyum. Whatsapp tersebut dari group yang dicipta sendiri oleh Kherul. Katanya dia malas nak hantar mesej dekat sekor-sekor manusia.
Aliq: Dalam pukul 9 aku sampai court. Family matter, aku balik lah dulu. Dun worry k?
Tak sampai beberapa saat, terus saja Kherul dan Failih membalas.
Kherul: Tak habis lagi lah kau dengan family matter. Ok aku pun pukul 9 smpai court.
Failih: Gue jugakk😋
Aliq menggelengkan saja kepalanya. Dia tidak membalas dan terus keluar dari aplikasi tersebut.
Kaki mula melangkah mendekati tingkap bilik. Dia memerhatikan permandangan yang berada di hadapan mata. Disebabkan biliknya itu berada di tingkat 3, jadi permandangan bandar sangat cantik sekali.
Dalam pada yang sama dia mengeluh perlahan. Entah berapa kali lah dia asyik mengeluh hari ni. Matanya mula memandang ke arah kawasan rumah. Lebih menarik perhatiannya ialah di bahagian kolam renang.
Dia ternampak Elena sedang berjalan di keliling kolan renang itu. Selepas itu gadis tersebut berhenti dan merenung kolam renang.
Aliq perhatikan saja kelakuan Elena itu.
' Pelik? ' bisik hatinya perlahan.
Tiba-tiba Elena menghulurkan satu kaki ke depan.
' Eh kejap! Bukan dia ni tak reti berenang ke? ' gumam hatinya lagi.
Dia berasa tidak sedap hati melihat kelakuan Elena itu. Terus tingkap biliknya dibuka luas.
"Elen jangan buat keje gila! Bunuh diri tak akan selesaikan masalah!" jerit Aliq.
Gadis itu terus mendongakkan kepalanya ke atas.
"Kau jangan risau, aku akan make sure dia kahwin dengan kau." kata Razil keluar dari gazebo yang berhadapan dengan kolam renang tersebut.
Elena terus menundukkan pandangannya. Mukanya mula memerah.
"Along ni merepek!" marah Elena lalu memukul lengan Razil. Kemudian dia terus berlari masuk ke dalam rumah.
Aliq hanya tersengih seperti kerang busuk dari tingkap biliknya.
"Sejak bila pulak along ada kat situ." katanya perlahan lalu menutup tingkap tersebut. Langsir juga turut ditarik.
Razil ketawa sendirian melihat telatah adik-adiknya itu. Sorang overprotective, sorang lagi tak reti jaga diri sendiri.
Dia yakin, menyerahkan Elena kepada Aliq bukan pilihan yang salah. Dia sendiri memerhatikan kedua orang adiknya itu dari kecil.
Dia perasan pandangan Aliq kepada Elena. Dia tahu juga bahawa Aliq menyukai Elena dan menganggap gadis itu lebih dari sekadar adik.
*continued*
••••••
Sorry sebab lambat update, dua hari lepas tengah hadap final.. Paper tk habis lagi jawab, but i will try to update more chapters for all of you💖💖 please wish me luck for the next paper up coming 😇😘Keep voting and comment😍 please tell other people about my novel ok? Love you all😻💖
YOU ARE READING
Skinship❤️❗️❌
Romance[COMPLETE] Skinship : I just need Your touch ⚠️Alert: Watak, tempat dan jalan cerita tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. 🚫 Abaikan kesalahan ejaan/tatabahasa. Start: April 2019 End: July 2021